Ini cucu saya yang tertua, kini 15 tahun. Azmi Huzaifah namanya
Di musim Covid19 ini saya jarang-jarang bertemu.
Saya mengikuti keadaannya
dan adik-adiknya melalui panggilan talipon bergambar.
Saya menjaganya sejak lahir hingga 6 bulan kerana ibunya pergi
sambung belajar di Tokyo Jepun. Panjang sejarahnya.
Dia membesar di Jepun hingga umur hampir 3 tahun.
Dulu boleh bertutur beberapa perkataan Jepun.
Kini hilang semua.
Semoga Allah kurnia umur yang bermunafaat dan membuka
ruang dan peluang yang sesuai dengannya. Ujai nama manjanya.
Dia anak istimewa semoga mendewasa dalam
dakapan kasih sayang Allah swt.
Aamiin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment