"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, September 8, 2020

Kasihnya Ayah .........@ membawa keSyurga.


A001
Alhamdulillah saya menemui Video yang saya kongsikan diatas. Jom dengari kerana ia baik buat kita untuk merenungi kasih IBU dan AYAH. 

Teringat lagu terkenal mengenai Ibu.
Antara lyriknya..."Kasihnya IBU membawa ke Syurga". Tetapi hakikatnya kasihnya AYAH juga membawa ke syurga.
Video di atas menyentuh hati saya dan mengingat kembali betapa Ayah dan Emak bekerja kuat untuk saya boleh belajar "tinggi-tinggi". Alhamdulillah saya amat bersyukur saya sekolah tidak lah tinggi tetapi mencuckupi untuk dapat kerja dan menyara diri.

Dalam ayat alQuran di bawah ini dapat menginsafkan diri kita supaya kita menjaga kesejahteraan Emak Ayah kita, yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Semoga kepedulian kita atas Emak Ayah kita Allah terima sebagai amal soleh dan menjadi asbab kita bertemu semula dengan mereka di Syurga Firdaus dengan Rahmat Allah jua.

Dan sebagai tanda ksyukuran juga kita berkongsi hasil kejayaan kita dengan mereka  di luar sana yang memerlukan bantuan mengikut kemamapuan demi mencari Redha Allah jua.


A023

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(Al-Israa' 17:23) |


A014

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

(Luqman 31:14

Aamiin ya Rabb.



No comments:

Related Posts with Thumbnails