"Cuaca" di Malaysia saya lihat muram di selimuti awan tebal
yang menanti turunnya hujan lebat.
Semoga yang Allah tidak akan menurunkan hujan lebat dan hujan batu. Semoga hujan biasa sahaja
kerana kita sentiasa perlukan air dan dalam keadaan
sekarang kita doa semoga hujan yang membawa rahmat.
Saya kaitkan cuaca dengan apa yang berlaku dengan
fenomena politik Malaysia kini.
Saya secara peribadi rasa amat penat mendengari
kemelut politk yang tidak nampak penghujung
yang melegakan hati rakyat.
Entah siapa yang berhujah benar, iaitu benar dalam
ruang lingkup paradigma Tauhid yang nyata termaktub
dalam alQuran dan Hadith yang semua kita akan dipersoalkan dihadapan Mahkamah Agong nanti yang
tida peguam bela melainkan amalan soleh yang tepat
seperti kehendak yang maha Pencipta kita.
Dalam konteks ini saya teringatkan satu kursus dalam perkhidmatan yang saya hadiri bagi memahami bagai mana pegawai boleh membantu kakitang yang terjebak dengan Dadah haram.
Kata penceramah:
Jika kita bertemu bual dengan pesakit dadah
dengari baik-baik mengapa mereka terjebak dalam
masaalah yang sukar diatasi.
Sebab-sebab yang mereka utarakan dalam temubual pada
mulanya buka sebab sebenar. Kita terus sahaja berbual dan bercerita hingga terkeluar dari hatinya sebab sebenar bagaimana mereka terjebak dengan dadah.
Maka sekarang ini saya guna cara itu untuk sendirian menganalisa
apa sebabnya karenah politik di Malaysia kini semacam tidak masuk akal.....akal saya sebenarnya.
Tentunya ada sebab lain dari apa yang dikatakan
dan di perjuangkan.
Kita buat teka teki sendiri. Buat saya sebab sebenar tidak
dibayangkan langsung. Semua rahsia.
Siapa yang mahu berterus terang?
Saya pun simpan rahsia jawapan saya sendiri.
Saya rasa bukan sebab politik, bukan sebab ekonomi dan
bukan sebab Covid19.
Sebab.....
Allahu'alam.
No comments:
Post a Comment