"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Wednesday, September 30, 2020
DAJJAL by Sheikh Hamza Yusuf. Reflection on Muslim's Ummah.
Tuesday, September 29, 2020
Cuba memahamfi fakta....@ Hagia Sophia: Answer to Sh Imran Hosein and Omar Baloch
Sunday, September 27, 2020
Apa agaknya kehendak sebenar para pemimpin politik negara.....@kemelut cabar mencabar kuasa ditengah-tengah Covid19.
Saturday, September 26, 2020
Mengingati hari kelahiran.....@Covid19
Friday, September 25, 2020
The Gates of Babylon......@ memahami bahaya Sihir
Umur Tua itu satu anugerah......
بسم الله الرحمن الرحيم
Kata setengah pemdapat Umur Tua itu suatu Anugerah Istimewa. Setengah yang lain pula mengatakan bahawa umur itu adalah anugerah Allah....bayi, remaja, muda atau tua. Allah yang maha bijaksana dan yang maha menentukan.
Kini saya dewasa Tua. Sudah menghampiri 74 tahun. Lingkungan umur sedemikian kini amat mencabar kerana sudah ketinggalan kecanggihan maklumat di jejari.
Semalam saya di PPUM.... Pusat Perubatan University Malaya. Ini pertama kali dalam musim Covid19. Untuk menepati temu janji Doktor saya harus lapur diri ke Klinik Perubatan 3. Saya tidak boleh mendaftar kehadiran kerana tiada "Visa....". Semuanya guna sistem electronik. Saya ada telefon tetapi tidak ada wify. Kalau ada pun saya tidak tahu guna.......
Maka saya rasa tidak menentu kerana tidak ada sistem manual. Kakitangan klinik tidak dapat membantu kerana sibuk dengan tugas masing-masing. Mujurlah saya tidak malu minta pertolongan pesakit lain atau pembantunya. Seorang anak muda perempuan membantu saya.
Lega rasa hati.......
Jika kita tua dan tidak sihat maka amat terasa umur tua itu diminda dan di hati.....sudah lumrah hidup dan tetap bersyukur segala nikmatNya.
Maka sambil menanti,saya hiburkan diri dengancerita indah saya dan dua orang kakak saya yang saya ziarahi di hujung minggu lepas di Pontian Johor.
Wednesday, September 23, 2020
Meneroka Norma Baru....@ pintu rezeki akibat Covid19
Di celah-celah mencari penyelesaian dalam kemelut Covid19 yang masih belum nampak jelas penghujungnya, rakyat dinasihatkan untuk berusaha sendiri menyesuaikan diri dengan norma baru. Anak saya berfikir untuk buka tingkap-tingkap peluang jika Pintu biasa tertutup.
Saya ikuti "karenahnya" dan anak saya cuba mahu melibatkan diri dibidang pertanian supaya tidak bergantung pada bantuan prihatin kerajaan.
Friday, September 18, 2020
Tidak mengapa "berleter"....@ Overcoming Ego – Abdal Hakim Murad
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27)"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
(Al-Fajr 89:28)"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr 89:30) |
Kata Ustaz kita harus sentiasa berdoa semoga kita termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat alQuran di atas. Berdetar hati bila kita mendengari ayat itu dibacakan. Semoga hati kecil kita sentiasa berdoa Allah memelihara kesemuanya.
Ego adalah kurniaan Allah jua. Ia perlu sebagai senjata yang dapat mempertahankan maruah diri. Maka kita bolih urus ego kita antaranya melalui amalan-amalan soleh yang kita lakukan.
Dalam konteks ini lah saya ingin bawakan isu "berleter".
Tentu kita ingat dari kecil lagi ibu bapa kita atau pengasuh kita sentiasa sahaja mengulangi kata-kata yang mengingatkan kita untuk berbuat baik, terutamanya untuk solat setiap waktu dan sentiasa pergi mengaji alQuran dan pergi sekolah tanpa ponteng.Kemudian bila kita mula dewasa mereka ini akan berterusan mengatakan perkara yang sama. Mulalah kita mengatakan mereka itu suka "berleter". Apabila sudah berumah tangga pun nanti ada suami-suami yang mengatakan isteri suka berleter, kekadang sepanjang hari.Orang yang tinggi Ego sememangnya tidak suka mendengari "leteran".
Sekarang ini saya ingin katakan bahawa "berleter" itu adalah satu cara untuk memastikan tugasan kita dilaksana dengan betul dan tepat pada waktunya. Fakta 'Waktu' amat penting dalam hidup kita. Maka itulah ada yang suka "berleter"....kerana mahu menekankan sesuatu yang penting dalam hidup..... termasuk saya sendiri 😅..... kerana hidup kita ada akhirnya.
Ada kalanya saya dan kekawan 'berhujah' mengenai fakta "berleter". Ini disebabkan kita manusia bersifat lemah dan perlu sentiasa diingatkan. Maka itulah Allah dalam alQuran pun mengulang-ulang perkara yang penting supaya manusia sentiasa beringat dan sentiasa berusaha untuk menentukan kita faham dengan jelas dan dengan itu rasa komited untuk membuat segala yang disuruh dan meninggalakan semua yang dilarang. Bukankah itu antara asas Iman dan Taqwa. Tetapi tidaklah boleh kita kata Allah pun "berleter". Subhanallah. Maha suci Allah. Astaghfirullah......
Jom kita ulang-ulang mendengari fakta "Ego" seperti dalam video di atas.
Semoga Ego kita berkisar dalam ruang lingkup paradigma Tauhid dan di hujung umur kita Allah redha dan kita tergolong dalam kategori "Nafsul Mutmainnah", (jiwa-jiwa yang tenang)....
Semoga "berleter" kita bermunafaat.......
Wednesday, September 16, 2020
Saya selalu rasa RUGI.....@ Sholat Subuh.
Tuesday, September 15, 2020
Rasa tenang nyaman dalam kesempitan dan kesakitan........
Sunday, September 13, 2020
Petanda apa ini Allah tunjuk....@ Sudden floods bring massive snakes to central Kuala Lumpur, Malaysia ���� ...
Thursday, September 10, 2020
Tindakan halus Israel/Zionists menguasai negara Islam......@ Israeli Spy “Underwear Model” in UAE? The Trick of Shaytaan.
Tuesday, September 8, 2020
Kasihnya Ayah .........@ membawa keSyurga.
Antara lyriknya..."Kasihnya IBU membawa ke Syurga". Tetapi hakikatnya kasihnya AYAH juga membawa ke syurga.
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Israa' 17:23) |Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman 31:14)Saturday, September 5, 2020
JEJAK LANGKAH MENCARI-CARI.....
Rata-rata kebelakangan ini apabila meninjau ceramah agama di media massa, saya selalu mendengari fakta-fakta akhir zaman. Kita sudah "di ambang" Akhir Zaman,.... bersedialah. Ada yang mengatakan begitu dan terus berhujah panjang lebar.
Sehubungan itu saya perlu berfikir panjang kerana banyak perkara yang saya belum dapat selesaikan dalam hidup ini dan sekarang sudah diberi tahu bahawa masa untuk kita hidup di muka bumi ini amat sedikit sekali. Suami dan saya lantas terfikir bagaimana mahu menyelesaikan hal-hal seperti hutang-piutang kerana hal ini amat penting yang akan dipersoalkan di Akhirat nanti. Dalam keadaan yang ada sekarang saya katakan pada suami bahawa tidak banyak yang dapat kita lakukan kerana keadaan dunia sekarang amat tidak menentu. Wabak penyakit di negara China dan beberapa negara lain termasuk Malaysia belum menampakan peyelesaian yang muktamad. Ini mengakibatkan pula masaalah ekonomi dunia maka saya hanya mampu terdiam dalam fikiran yang hampir kosong bagaimana mahu mengambil tindakan yang sewajarnya.
Termenung, hampir ketakutan, saya mengimbas balik kehidupan sehingga kini.
Semasa saya di peringkat sekolah, tidak pernah terduga apa bentuk kehidupan yang sebenarnya akan saya lalui ketika dewasa dan ketika tua. saya ikuti sahaja yang emak dan cikgu suruh dan sarankan. Saya diberi gambaran oleh keluarga, oleh guru-guru dan oleh media dan siapa jua di sekeliling saya bahawa corak hidup dewasa nanti akan berbentuk begini atau begitu. Rata-rata mereka berkata: kalau kita rajin belajar dan kalau kita pandai jaga diri maka senanglah hidup kita nanti. Saya dengari seolah-olah resipi hidup ini mudah sekali.
Zaman saya di sekolah rendah sering saya ditanya apa cita-cita masa hadapan. Ketika itu ramai yang akan kata jadi cikgu, jadi askar dan lain-lain yang biasa-biasa sahaja sebab ketika itu amat sedikit maklumat yang diketahui. Guru pun ada yang tidak tahu. Ada seorang dua yang akan menyebut jadi doktor. Untuk jadi orang 'bisness' tidak pernah kedengaran.
Entah kenapa saya kata saya ingin jadi 'pelayan kapal terbang'. Malu nak cakap tapi kerana cikgu desak maka saya sebut nak jadi pelayan kapal terbang. Dalam ingatan saya, saya amat kagum mengapa kapal boleh terbang, dan kalau nak naik kapal terbang ketika itu mesti jadi pelayan. Saya tidak sebut juru terbang sebab tidak pernah dengar perempuan boleh jadi juru terbang.
Maka sepanjang persekolahan saya berusaha untuk mendapat "kesenangan" dan yakin pasti senang kalau jadi pelayan kapal terbang. 😝 (Ketika itu tidak ada nama peramugara atau peramugari. Mungkin saya yang tidak pernah dengar). Selepas tingkatan enam saya ditawarkan untuk ke Amerika Syarikat mengikuti kurusus Business Administration dengan biasiswa MARA. Itulah pertama kali saya naik kapal terbang.😄😄😄
Namun atas beberapa sebab yang panjang ceritanya, saya tidak menghabiskan pengajian saya dan pulang setelah lebih setahun di sana. Di sinilah mulanya Jejak Mencari-cari apa sebenarnya kehidupan, apa sebenarnya kesenangan dan apa sebenarnya kejayaan dan lain-lain lagi yang tidak mampu fikirkan waktu itu.