Hari ini saya ingin sepintas lalu memikirkan apa yang berlaku
dalam kehidupan harian dan bagaimana ia dipengaruhi
fakta yang berlaku di luaran yang sedikit sebanyak
mempengaruhi kehidupan diri dan family.
Saya amat menghargai kumpulan individu yang tertara dalam video yang saya kongsikan di atas ini. Mereka menyentuh serba ringkas keselamatan individu/rakyat akibat sistem keselamatan sosial
yang tidak jelas. Mereka amat prihatin melihat
apa yang sedang berlaku di Malaysia kini dan mereka khuatir
jika tidak ditangani dengan rasa ikhlas dan berintergriti
Malaysia akan termasuk dalam perangkap yang akan
memusnahkan keharmonian hidup Rakyat yang berbilang kaum.
Keharmonian ini harus dilandaskan atas satu dasar
yang saksama seperti apa yang dituntut
oleh yang maha Pencipta.
Siapa dia yang Maha Pencipta ?
Saya rasa ada yang mahu mempertikai fakta itu.
Namun janganlah membuang masa diheret oleh anasir-anasir
yang sememangnya mahu mengelirukan manusia kerana
mereka itu adalah anak-anak Dajjal yang sudah mula muncul
untuk menyesatkan.
Jom kita berdoa semoga suatu jalan yang saksama
akan ditemui tanpa
membunuh nilai-nialai yang sudah digariskan dalam
alQuran dan Sunnah Rasulullah saw dan jangan mempertikai
prinsip Perlembagaan Negara yang tidak bercanggah
dengan Prinsip alQuran danSunnah itu.
Ini tugas amat berat dan siapa jua yang inginkan kejayaan sebelum mati dan sesudah mati harus bertindak bukan secara ikut-ikutan.
Tindakan itu harus jelas dan kuat seperti
menggegam bara api....biar samapai menjadi arang.
Jom sama-sama berdoa semoga Niat Murni ini kesampaian.
Disamping doa setiap kita harus juga berbuat sesuatu yang akan
memperkuat tindakan mereka di atas mengikut kepakaran
dan kemampuan yang kita ada.
Semoga kumpulan ini dapat mengkongsikan
apa perkembangan seterusnya.
Saya berdoa siapa jua yang berbuat kebaikan mengikut
jalur yang Allah tentukan akan
mendapat kejayan di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment