"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, April 24, 2021

Saya kagum, Tetapi kasihan mereka tidak tahu erti hidup dan mati...... @Paratroopers Static Line Jump From C-17.



Bismillahgreen.jpg

Alhamdulillah Allah kurnia dapat menjalani Ramadhan buat saya tahun ini.
 Terlalu banyak yang saya fikirkan dalam menjalani bulan yang mulia ini.
 Berfikir masaalah Covid19 (mahu vaksin atau tidak) di samping berbagai
 masalah dunia termasuk pelarian perang yang kelaparan
 dan tidak nampak kesudahannya. 

Saya kongsikan Video di atas kali ini untuk mengalih sedikit fokus dari politik yang menghampakan kepada kesan atas dunia kerana manusia tidak mahu
 menepati janjinya yang dibuat semasa di alam Ruh.
 Dalah Rahim ibu lagi kita sudah berikrar.:

A172

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

(Al-A'raaf 7:172

Allah itu Tuhan dan tiada yang selain dariNYA. 

Kalau bercerita mengenai fakta Akhir Zaman Ustaz Ihsan Tanjung kata bahawa kita sekarang ini adalah didalam Fasa 4 dari 5 Fasa yang di maklumkan. Di fasa 4 ini Umat Islam di kuasai oleh kuasa yang tidak mengenal Allah mengikut AlQuran dan Sunnah. Mereka di kuasai Oleh Yahudi Zionist dan pengaruhnya diserata dunia.

Maka video di atas adalah antara persediaan peperangan yang sentiasa dibuat untuk menentukan mereka tetap berkuasa di dunia ini.

Masaalahnya ialah tentera Islam belum jelas memperlihatkan kebesaran 
dan kekuatannya untuk melawan kuasa tentera Zionist yang ada sekarang.
 Dalam hal ini saya hanya mahu menyatakan betapa
 saya rasa kesal dan khuatir
  sebab saya secara peribadi tidak akan dapat menjawab solan 
berkaitan hal ini  jika saya di soal di Alam Akhirat nanti.
Apakah yang telah saya buat untuk berdakwah
 dan memperkuat kedudukan Islam.
(Saya mengaku 'tiada'. Kalau ada pun amat sedikit).
 Sekarang ini pun saya sudah rasa tidak dapat menjawab soalan seperti itu.

JOM lihat video ini yang membuat saya agak rasa takut kerana
 saya tiada persediaan.
Di Malaysia pun saya tiada tindakan yang saya buat secara jelas
 dalam memilih Kepimpinan Politik yang bolih membuat perbezaan
 dalam usaha mengendali dan memandu Negara ke arah perjuangan
 Mengembangan dan Mempertahankan
 Kebenaran Allah swt dan RasulNYA. (saw).

JOM kita fikirkan bagaimana kita bolih selamat di dunia dan di Akhirat.
Mohon keampunan MU ya Rabb.
 Mohon diterima Taubat kami atas segala kekurangan dan kelemahan 
dan kami mohon Taufiq dan Hidayah MU semoga kami menjadi
dari sebahagian orang yang berjuang di JalanMU, Ya Allah.........
Aamiin ya Allah, Aamiin ya Rahman
Kasihanilah kami.........


No comments:

Related Posts with Thumbnails