"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saturday, July 31, 2021
SIFAT PEMIMPIN BUAT KITA INSAF DIRI .....@Omar Ibn Al Khattab (ra): His Leadership, His Legacy, His Death.
Friday, July 30, 2021
MENGGETARKAN NASIHAT PAGI JUMAAT ....@Kasut SYAIT4N Diisi DAR4H MANUSIA?..Menyeramkan| Ust Elyas Ismail
Thursday, July 29, 2021
FAHAMI...@Happiness & Sadness....SAMA SAHAJA KALA KITA ADA ALLAH.
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
(Al-Fajr 89:15)Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
(Al-Fajr 89:16)Wednesday, July 28, 2021
Hampir ke Penghujung .....@ Larian ke Garis Penamat.
Covid19 semakin menunjukan bahawa wabak ini semacam mengganas dan rasa saya akan memakan masa yang lebih panjang untuk beredar. 'Ala kulli hal, kita bersabar kerana Allah. Jangan kecewa dan jangan ada apa-apa sesalan. Kita ikhtiar, berdoa dan tawakal. Semoga Allah kurnia umur yang bermunafaat dan kesudahan yang terbaik di sisiNYA. Semoga Allah mengasihani kita semua. Aamiin....
Umur saya sudah hampir ke Garis Penamat. Semasa di sekolah menengah dahulu saya seorang "sprinter" dan selalu sahaja jadi bintang pada Hari Sukan Sekolah. Setakat itu sahaja bakat saya. Paling baik hanya ke peringkat antara Daerah. Waktu itu saya sudah rasa "seronok".
Melihat kembali carta hidup, saya guna prinsip yang sama. Semakin dekat dengan Garis Penamat kita kena berlari semakin kencang. Itu akan menentuka kejayaan. Biasanya begitulah.....
Maka dihari Tua ini saya mahu buat kerja cepet-cepat semoga dapat 'Qadha' kerja-kerja kebajikan yang tidak terbuat semasa muda kerana tiada ilmu dan kesedaran yang mencukupi.Tetapi hidup ini bukan kita yang menentukan sebenarnya. Kita cuma fikir kita hebat dan kita yang menentukan. Allah sebenarnya yang berkuasa dan penentu buat semua makhluknya. Kita hanya boleh mencuba dan berikhtiar.....
Dalam kemelut Covid19 ini berbagai peristiwa saya mendengari di Utube. Kes di Indonesia pun makin genting dan pesakit tidak dapat perhatian yang sewajarnya. Di Malaysia ada perhatian cuma tidak mencapai kecekapan yang diharapkan oleh rakyat.
Ingin cerita peristiwa saya 5 hari dulu. Saya sebenarnya tidak 100% sihat. Tetapi saya sentiasa ingatkan hati supaya bersyukur atas apa jua nikmat yang Allah swt kurnia. Yang nampak seperti bukan nikmat itu sebenarnya pun nikmat. Manusia mudah lupa. Saya sedih bila saya ingat-ingat perjalanan hidup yang saya lalui kerana lalai dan hati saya mudah terfikir yang bukan-bukan. Mujur ada seorang teman yang sentiasa mengingatkan saya.
Maka 5 hari dahulu saya pergi ke hospital Putrajaya kerana mahu mendapat rawatan sakit kulit yang saya rasa ada kaitan dengan diabetis saya. Biasanya kalau tiada temujanji saya pergi ke Bahagian Kecemasan. Rasa agak terkejut kerana katanya mereka hanya melayan kecemasan pesakit Covid19. Rasa kecewa tetapi cepat sedar bahaw itu satu hakikat yang mesti saya terima. Pendekan cerita, saya tidak dapat bertemu doktor diabetis walaupun saya sememangnya pesakit yang diperiksa 6/7 bulan sekali. Setelah merayu-rayu, Nurse bertugas memberi saya temujanji untuk Disember. Dengan sedih hati saya terima.....redha akan ketentuan Allah.
Maksud bercerita hal ini ialah kita harus berdoa semoga sentiasa sihat kerana perkhidmatan kecemasan Hospital tidak seperti dahulu. Semua untuk covid19. Yang lain tidak diberi keutamaan melainkan sakit yang mencemaskan dan kemungkinan mati mengejut jika tidak dirawat segera. Apakan daya..... itu hakikatnya sekarang.
Saya pulang kerumah dan saya teruskan kerja sendirian saya untuk memastikan saya tidak membuang masa. Saya sudah hampir ke Penghujung jalan.
Sekarang saya sudah tidak ambil tahu banyak hal yang berkaitan politik negara. Rasa amat penat dengan karenah yang berfikir dan bertindak kurang pasrah pada hakikat bahawa apa yang berlaku sekarang sememangnya suatu hal yang amat rumit. Doktor dan kakitangan kerajaan yang lainnya pun kurang pengalaman mentadbir hal-hal kecemasan. Mereka yang tidak sabar untuk ambil alih kuasa politik pada pendapat saya cuma memikirkan hal Parti sahaja dan bukan maslahah rakyat.
Itu sedikit sahaja yang saya ingin luahkan isi hati. Saya tidak mampu berbuat apa-apa sebagai Warga Emas maka saya hanya berdoa semoga Allah beri kebijaksanaan yang sewajarnya pada semua lapisan pemimpin.
Masalah wabak ini janganlah dilihat hanya dari sudut keselamatan rakyat untuk kelangsungan hidup. Kita lihat juga apa "mesej" yang Allah mahu kita ambil iktibar. Tiada sesuatu yang berlaku di dunia ini tanpa Izin Allah swt. Maka kita semua harus berfikir banyak lapis supaya tidak panik dan tuduh menuduh antara satu sama lain, diperingkat semua lapisan masyarakat. Ini perlu kita lihat dengan penuh perhatian kerana apa yang berlaku di Malaysia berlaku di seluruh dunia. Maka kita mesti rasa insaf dan bukan mencari salah pihak lain dan tidak melihat salah kita sendiri.
Maaf..... itu saja luahan hati warga tua...sudah menjadi seperti "melukut di tepi gantang". Tidak menambah apa-apa pada masaalah yang ada. Eluk senyap dan banyakan doa. Maka bila rasa agak "stress" saya jalan-jalan di belakang rumah melihat pokok-pokok dan kehiajuan yang lainnya.
Bersyukur dengan nikmat Allah swt yang tidak terkira....