"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, July 31, 2021

SIFAT PEMIMPIN BUAT KITA INSAF DIRI .....@Omar Ibn Al Khattab (ra): His Leadership, His Legacy, His Death.


Basmala-smaller.png


Dalam kemelut politik dan kepimpinan yang ada sekarang, saya rasa sedih
 sebab seperti tidak ada harapan untuk mencapai ketenanagan
dalam menghadapi wabak covid19 dan berbagai
 masaalah yang melanda negara.

Namun kita mesti sedar bahawa setiap kita adalah pemimpin,
di rumah, di tempt kerja, di NGO dan berbagai lagi.
Oleh itu Sifat Saidina Omar Ibn Al Khatab seperti dalam video
ini harus kita semua contohi dan ikuti.

Setiap detik saat Allah swt maha Mengetahui apa yang ada pada hati kita
 dan apa yang kita perkatakan pada orang lain di mana jua.
Kekadang kita tidak rasa bersalah bercakap tanpa fakta sebenar
 kerana kita tidak sedar bahawa berbohong pada orang lain
 padahnya itu akan berbalik pada kita.

Maka saya berdoa dalam hura hara yang sedang berlaku
 di negara kita sekarang
mengenai siapa yang benar, siapa yang bijak, siapa yang hebat
akan Allah beri Petunjuk dan menginsafi diri bahawa
 tiada manusia yang sempurna,
tiada manusia yang tidak mudah lupa dalam banyak hal 
 dalam menjalani fungsi kepimpinan atau hidup seperti manusia biasa.

Jom kita semua bertaubat dan mohon keampunan Allah swt
 kerana kita mendapat pemimpin yang yang ada sekarang
mungkin kerana kita tidak sunguh-sunguh mohon pertolongan Allah swt.
Kita mendabik diri dan merasakan kitalah yang sempurna dan hebat.
(Saya insafi diri saya kerana saya pun banyak salah silap semasa saya
membuat pengundian semasa Pilihan Raya).
Semoga Allah mengampuni dan semoga Allah dengan sifat
 Kasih Sayangnya akan memelihara kita semua dan kita dapat
 hidup tenang dan aman damai.
Kasihan anak cucu dan generasi masa hadapan.  
Semoga Allah swt menunjuki jalan yang terbaik di sisiNYA dan
rakyat hidup aman damai dan serba mencukupi hingga ke akhir hayat.
Semoga Allah swt kurnia Jannah kerana kita cuba bersungguh-sungguh
 untuk patuh pada perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.
Aamiin Allahumma Aamiin...


No comments:

Related Posts with Thumbnails