ALHAMDULILLAH.
Ini malam Hari Raya Eidul Adha 1442 Hijrah, 2021 Masehi.
Malam ini saya rasa ingin berehat dan melihat-lihat Utube
untuk mendapat cerita menarik.
Dalam kemelut covid19 ini semua cerita seperti menakutkan
dan meyedihkan. Saya pujuk diri sendiri.
Kan kita ada Allah. Yakin bahawa dalam semua ujian
bersamanya ada kemudahan.
Pasti rasa tenang. Tetapi bila melihat Utube
cerita di Padang Arafah, saya rasa tersedih juga.
Hanya 60,000 yang dibenarkan menunaikan Fardhu Haji.
Kita takut Virus dan kurang yakin virus itu adalah makhluk
dan pastinya
ada beberapa cara untuk melawannya.
Saya bukan ahli dalam hal ini tetapi saya mirip berfikiran
bahawa kita harus
banyak berikhtiar dan kemudian bertawakal penuh yakin
bahawa Allah akan menurunkan pertolongan yang diluar jangkaan.
Saya ingatkan diri saya supaya berhati-hati dalam
memberi pendapat hati.
Uataz dalam video di atas menyarankan pada kita semua
supaya jangan berfikir dengan logik sahaja tanpa
memahami tipu muslihat.
Dengarilah Video ini semoga kita lebih balance dalam berfikiran
dan hendakalh sentiasa memohon pertolongan Allah.
Hanya Allah yang maha mengetahui dan maha Bijaksana dan
maha Berkuasa atas segala sesuatu.
JOM lihat.
Semoga bermunafaat.
No comments:
Post a Comment