Masya Allah, Ceramah ini buat saya kagum mengenai
orang kulit Hitam.
Saya tidak pernah mendengari fakta seperti apa yang diperkatakan.
Amat cetek Ilmu saya.
JOM dengari ceramah/Pidato ini.
Banyak asal usul Islam bermula di benua Afrika.
Hijrah orang Islam semasa Rasulullah saw kali pertama
ke Abyssinia adalah
negara penduduk dan Rajanya berkulit Hitam.
Saya teringat juga sejarah pendatang orang kulit Hitam
dari Afrika ke Amerika.
Saya teringat membaca Novel "ROOTS"
yang menceritakan orang-orang
Afrika di bawa ke Amerika sebagai slaves/hamba abdi.
Satu karakter yang saya ingat hingga kini ialah "Kunta Kinte".
Ia seorang Islam. Saya tidak berapa ingat
tetapi saya percaya hamba-hamba itu adalah beragama Islam.
Suhanallah. Jahilnya saya.
Saya baca novel itu tanpa merujuk hakikat bahawa
di Afrika Islam sudah kuat waktu itu.
Amat nyata mereka kuat dari segi fisikal.
Kalau tidak kuat mereka tidak akan ditangkap beramai-ramai
dan dipaksa masuk kapal,
merentas lautan untuk ke benua Amerika.
Ustazah ini bertanyakan kita semua apa yang diperkatakan dalam
alQuran dan Hadith mengenai orang Kulit Hitam.
Yang nyata dalam Hadith ialah Bilal Ibnu Rabbah,
hamba yang kuat dan tidak gentar disikasa.
Kalimah "AHAD" Bilal RA yang 'promosi'.
Hubungannya dengan Rasulullah saw amat rapat sekali.
Beliau Muazin yang amat istimewa disisi Allah swt.
Saya rasa insaf.
JOM ikuti video di atas. Tukar fahaman kita jika masih kabur tentang
kehebatam manusia berkulit Hitam.
Saya mohon keampunan Allah swt tentang kekurang saya.
Semoga cerita Ustazah berkulit hitam ini memberi kita Inspirasi baru.
Aamiin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment