Saya panggil ayah saya Bapak.
Dia hijrah ke Malaya/ (Malaysia) dari Tanah Jawa saya kira
di awal kurun sembilan belas.
Saya lahir tahun 1947 dan saya anak bongsu dari 8 orang adik beradik.
Saya kurang ingat sejarah bapak saya.
Cuma yang saya ingat nyata ialah dia mengajar
dikejiranan rumah saya kerana katanya di Tanah Jawa
dia seorang Santri.
Antara yang saya ingat ialah jika ada pertemuan tahunan
ia akan adakan majils Mengaji dan antara
yang dikongsikan membaca waktu itu ialah
Manaqib Syekh Abdul Qadir Jaelani, (dalam text Jawa).
Dia seorang Wali Allah.
Emak saya akan menjemput kekawannya juga
dan saya dengari mereka
bercerita-cerita pasal Syekh ini.
Itu sahaja yang saya ingat.
Kemudian bila saya dewasa saya berguru
dengan seorang Ustaz yang sering bercerita
mengenai Syekh Abdul Qader Jaelani ini kerana beliu
adalah Guru Tarikat.
Beliau masih hidup waktu ini.
Saya mengenalinya dengan nama Ustaz Jahid bin Sidek.
Hari ini senghaja saya kongsikan Video di atas hanya
untuk rujukan saya.
(Kakak saya tidak simpan kitab Jawa yang berkaitan)
Saya kira mungkin ada juga yang berminat
sebagai Ilmu Tasawuf tambahan.
Jika tidak baca pun tidak mengapa.
Namun selepas ini saya akan kongsikan juga satu lagi
video Shaikh Abdul Qadir Jaelani ini
mengenai nasihat beliau yang saya kira bermunafaat.
Sila ikuti jika berminat.
No comments:
Post a Comment