"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, February 10, 2019
Bising......Hari-hari bising!!!
Bising...bisingnya semakin kuat.
Siapa yang bercakap dan siapa yang mendengar?
Entah. Ikut suka...
Setengah orang akan terus bercakap walau pun tidak ada yang mendengar kerana ia yakin ia punya sokongan. Mereka tidak peduli sama ada apa yang didengari itu dapat diterjemah kepada tindakan yang sepatutnya.
Bising hingar bingar ini sering terdapat di media sosial. Saya pun penat mendengari.
Kalau tak mau dengar bising, jangan buka terus.....kata suami saya. Dia suka mendengari kebisingan itu. Nak dengar mana yang betul, katanya.
Bukan di media masa untuk mencari dan mendengari apa yang sahih, betul dan bolih diikuti. Terlalu banyak pendapat minda dari berbagai golongan. Ada yang memuji dan ada yang mnengeji, menghina dengan nada yang lantang.Saya perhatikan masih ada orang yang akan khusyuk mendengari apa yang diperkatakan oleh orang-orang individu yang ia suka dan ia hormati. Apa yang diperkatakan jarang sekjali dianalisa secara bijak. Ia terus dipercayai dan diikuti. Keadaan seperti ini bolih menimbulkan bahaya kerana pendapat minda yang kurang tepat boleh memecahbelahkan masyarakat.
Pemerhatian saya ini umum dan tidak memihak pada mana-mana individu atau kumpulan.
Adalah dikhuatirkan semuanya kerana kuasa politik dan kekayaan hidup dan kemewahan di dunia ini. Bukan mencari keadilan yang tulin. Bukan mencari kedamaian yang bolih dikongsikan. Orang yang suka bising-bising tidak kira faktanya logik atau tidak logik. Kalau logik pun, tidak semestinya yang logik itu betul dan benar. Semua mahu menegakan kebenaran yang difahami sendiri, katanya. Dari sudut mana kebenaran itu????
Berbagai pendapat...
Sampai bila pun tidak akan selesai.
Eluk kita duduk diam-diam tambah ilmu dengan membaca buku-buku yang diiktiraf sahih dan bolih di guna pakai apa yang diutarakan. Kita cuba baca buku dari berbagai sumber, sebanyak mungkin dan sekerap yang mungkin. (Memahami alQuran dan hadith itu terutama). Saya mencuba dan mendorong diri untuk jangan bising walaupun dalam premis keluarga kecil dan keluarga besar. Baca, laksana dan berdoa semoga yang kita buat itu suatu yang baik yang diiktiraf sahih dan boleh diikuti sebagai contoh. Saya masih kekurangan dan masih ketinggalan. Tetapi saya cuba juga. Semoga Allah menunjuki jalan dan tidak kecundang tanpa di sedari.
Kebisingan ini akan berterusan.......
Allah maha Memerhati, berfikir dengan saksama dan jangan semata-mata mengikut gerak hati.......
Kita sentiasa ingatkan diri.
Yang benar tidak pernah memihak. Benar tetap benar. Ada Nas yang sah yang membuktikannya.
Semoga kita berhati-hati dan memohon pada Illahi jalan yang IA redhai.
.........................
Saturday, February 9, 2019
Jalan-jalan cuba melupakan......
Ini taman rehat dipenjuru rumah kakak saya di Pontian. Saya mesti ambil foto ini setiap kali balik kampung. Kali ini saya balik untuk pujuk kakak tertua saya yang ada untuk dapatkan rawatan di Putrajaya kerana dia ada masaalah di perutnya dan Hospital Johor Bahru tidak sesuai baginya kerana jauh dari pertolongan anak-anak dan waris terdekat yang lainnya.
Memujuk kakak saya yang berumur hampir 84 tahun bukan suatu yang mudah. Ia tidak suka tinggalkan rumahnya. Amat selesa berseorangan walaupun makan minumnya kekadang menjadi masaalah. Maklumlah kedai dan pasar ikan dan sayur agak jauh dan ia perlu batuan naik kereta yang bolih ikut rentak keselesaannya. Maklumlah....84 tahun bukan umur yang mudah.
Perjalanan balik ke Putrajaya mudah kerana lenuhraya tidak sesak. Dari tingkap kereta saya ambil foto yang buat saya rasa tenang dan dapat bersembang santai dengan kakak saya atas beberapa hal masaalah dalam menjalani ujian hidup. Semua kita Allah uji dengan berbagai ujian kerana Allah kasih pada kita dan mahu kita hampir padaNya.
Saya bersungguh-sungguh cari cara untuk buat kakak saya tidak risau meninggalkan rumahnya dan kebiasaannya hari-hari. Saya berdoa ia bolih melupakan pokok-pokok hiasannya dilaman rumah tidak disiram air dan melupakan juga kelas-kelas pengajian yang dihadirinya dengan kekawan 2 atau 3 kali seminggu. Saya katakan nanti saya buka Utube dan belajar dari Ustaz google.
Dia hanya tertawa kerana tidak dapat mengerti bagaiman belajar dari ustaz google. Saya beri penerangan nama-nama ustaz yang saya sering ikuti. Semoga kakak saya dapat membiasakan diri.
Dalam perjalanan pulang kami singgah ke restoran yang terkenal di Air Hitam exit Lebuhraya Utara Selatan. Kari Kambing 40 hari. Itu kali kedua saya singgah..Anak buah saya yang memandu dan saya ikut sahaja. Terlalu ramai pelanggan yang ada. Tetapi perkhidmatannya cepat dan tidak lama menunggu. Kakak saya tidak berapa minat kambing dan dia mendapati nasi agak keras baginya. Maklumlah daya kunyah makanan sudah amat terhad dan sukar. Saya turut menginsafi diri kerana hakikat hidup cara tua makin lama makin saya rasai sendiri.
Semoga Allah sentiasa memudahkan segalanya.
Kami lalu bandar Yong Peng. Teruja juga sebab sudah lama tidak melalui jalan itu untuk ke Kuala Lumpur. Untuk menceriakan kakak saya saya pun buka cerita sikit politik Malaysia kini dalam perjalanan pulang. Walaupun hampir 84 tahun kakak saya masih suka dengar cerita siapa pemimpin yang berkuasa sekarang. Saya cerita yang mudah-mudah sahaja kerana takut tersilap fakta nanti dosa padahnya. Saya cuma fahamkan siapa BN dan siapa PH. Ringan sahaja hujah-hujah saya kerana tujuan perbualan hanyalah untuk buat kakak saya lupa bahawa saya akan bawa dia periksa doktor selepas CNY. Sekejap sahaja berbual dan dia tertidur lena.......kepenatan.
Kami sampai waktu Maghrib. Foto ini berhampiran dengan rumah saya.
Alhamdulillah selamat tiba.
........................
Thursday, February 7, 2019
Bersama di hari tua.........
Ibarat umur sudah senja......
Dalam perjalanan pulang melalui Puchong dari rumah abang saya di Shah Alam, teringat-ingat sejarah hidup yang membawa kami adik beradik hingga ke umur ini.
Abang saya 3 tahun tua pada saya. Saya bongsu. Dia pergi ke Asrama penuh The Royal Military College yang ketika itu di Port Dickson. Kami berbeza dalam banyak hal. Tetapi dalam umur tua ini kami tidak lagi memikirkan perbezaan. Kami mencari persamaan terutamanya persamaan prinsiip hidup yang di wariskan emak/bapak kami. Saya agak terharu kerana dalam perbualan kami kali ini abang saya banyak bersetuju dengan pendapat saya dan kakak-kakak saya. Alhamdulillah.
Abang saya banyak bercerita tentang dosa pahala dan ilmu yang kita perlu ada sebagai asas beramal secara betul. Deria ingatannya sudah berkurangan dan saya pun begitu. Kekadang kami lupa fakta dan ada kalanya kami lupa perkataan yang seharusnya diguna untuk menerangkan sesuatu.
Saya sendiri kekadang lupa mengira rakaat dalam solat.
Semoga Allah mengampuni dan
berdoa semoga deria rasa, deria lihat, deria dengar dan lain-lain deria
Allah sampaikan ke akhir hayat.
Abang saya amat kurus kerana kurang selera. Kami bercerita lawak
semasa kami kecil-kecil dahulu. Terdetik di hati saya kenapa kali ini
ia tidak "berbalah" dengan saya mengenai hal--hal keluarga.
Adakah ini kali terakhir kami bersama
bersembang santai. Tetapi cepat-cepat saya beristighfar.
Semoga Allah masih anugerah kami ruang dan peluang untuk bermesra kerana Allah.
Kami makan bersama tengah hari itu. Kakak ipar saya menghidangkan menu yang saya suka...berasas tempoyak. amat menyelerakan. Alhamdulillah.
Saya amat hargai perjumpaan kami adik beradik di umur tua ini.
Sering kami cerita umur tua emak/bapak dahulu. Kami merasai kehilangan dan kami kerinduan.
Semoga anak cucu kami akan ingat kami apabila kami sudah tiada.
Apapun saya berpendapat kita harus berusaha sendiri dalam semua amalan untuk hari di mana tidak ada siapa yang peduli. Jika anak cucu ingat dan sering mendoakan kita, kita simpan sebagai bonus.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan RahmatNya yang tidak terhingga
sekarang dan seterusnya hingga ke Syurga.
Aamiin ya Rabb....
..........
Tuesday, February 5, 2019
Cukup sekadar menjamu mata....
Keindahan warna warni alam ada dimana-mana
Cukup bagi ku sekadar menjamu mata
Kederat kurnian Illahi kini makin hari makin jauh tiada
Namun kesyukuran ku panjatkan semoga setiap nikmat mengampirkan hati ku pada yang maha Pencipta
Esuk mungkin deria lihat ku makin pudar
Deria ingatan ku ditiup angin sepoi menjauhi diri ini yang ku sangaka pintar
Ketentuan Illahi jangan diambil ringan seperti itu suatu hak yang tidak bolih dicabar
Kini aku mengerti, semuanya anugerah Illahi dan jangan menyombong diri
Dan aku berpesan pada anak-anak harus peduli hidup ini ada penghujung yang pasti
Dan jika Allah kurnia umur panjang kongsikan segala nikmat jangan tamak membawa rugi
Di hujung hidup ini Allah hanya lihat hati budi.
Mencari ikhlas hati, yang malaikat pun sukar mengetahui...........
Ya Allah hanya pada MU aku mengabdi diri.
Memohon keampunan semoga diiktiraf Hamba sejati.
.............................
Sunday, February 3, 2019
Nelayan Cina Sungai Ayam.....
Semasa di Batu Pahat baru-baru ini saya di bawa anak teman saya ke Sungai Ayam untuk makan Asam Pedas berbagai ikan. Tetapi hari itu kami sampai agak lewat dan kenalah tunggu hingga jam 6 petang untuk sessi petang/malam. Katanya sedap, maka kami sabar menunggu.
Sebelum berhenti makan kami meronda-ronda kawasan nelayan di kampung Sungai Ayam yang agak terkenal kerana banyak warung-warung makanan yang dikendali oleh orang-orang Melayu.
Ada satu spot kawasan yang agak cantik dan saya ambil kesempatan
ambil foto. Cuaca agak muram maka tidak nampak keindahan sebahagian pantai yang ada ini.
Sebahagian pantai yang lain hanya menampakan deretan tempat mendarat
bot-bot ikan setiap hari. Yang di atas ini adalah sebahagian yang saya lihat.
Tidak kelihatan penduduk berjalan-jalan kerana hari sudah petang.
Mungkin mereka di rumah berehat atau ada yang sudah ke laut
menangkap ikan waktu malam.
Kami diberitahu kawasan nelayan ini majoritinya dari keturunan Cina.
Amat beza dari apa yang saya nampak di Pantai Timur.
Rumah-rumah mereka tegap dan punya kereta untuk kemudahan harian.
Jelaslah bahawa status ekonomi mereka lebih baik.
Tidak hairan kerana Joohor adalah negeri yang lebih maju maka tidak kelihatan berhampiran sini penduduk yang agak melarat hidupnya.
T
Tetapi ini adalah pemerhatian rambang dan tidak boleh
dibuat ukuran yang sah. Ini bukan seperti pemerhatian pakar penyelidik.
Maka siapa jua yang peduli nasib bangsa bolehlah
Maka siapa jua yang peduli nasib bangsa bolehlah
meninjau-ninjau kawasan ini dan lihat perbezaannya.
Kami hanya ronda-ronda dan "berbicara" standard kedai kopi sahaja.
Walauun berbagai yang kami bicarakan tetapi kemana akan kami bawa??
.................................
Saturday, February 2, 2019
Mengerat-padu semangat di SmarTop.....
Ini tahun ke7 saya bersama SmarTop Subur Firah Tadika dan Taska. Sudah tidak selalu ke Tangkak ... remote control sahaja. Pengetua kami efisyen dan Alhamdulillah we are managing okay. Sokongan sukarela kekawan membuat tugas kami ringan sedikit. Bersatu kita teguh, becerai kita runtuh. Alhamdulillah.
Ada program latihan bagi guru dan pengasuh yang kami adakan mandatori sebulan sekali. Tujuannya adalah untuk menitikberatkan fahaman mengenai cara mendidik anak-anak Tadika dan Taska dari segi Psikilogi.
Pensyarah kami ialah Hjh Norlida Md Top yang kami datangkan
khas dari Kangar, Perlis.
Beliau adalah juga ahli Lembaga Penglola Tadika dan Taska kami.
Beliau aktif dalam NGO Haluan dan dari beliaulah kurikulum dapat dibina supaya ia lebih menepati kehendak semasa. Beliau punya kelulusan Sarjana
dalam Kaunseling dari University tempatan.
Alhamdulillah program berjalan lancar dan sessi soal jawab pun memuaskan.
Program tamat jam 1 tengah hari pada 2 Januari yang lepas.
Kami rakam peserta yang hadhir. Ceria semuanya. Waktu latihan seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli Lembaga dan semua staf. Kami buka peluang latihan pada sahabat-sahabt yang minat dikalang penggerak masyarakat yang ada di Tangkak.
Alhamdulillah kami dapat bertukar-tukar pengalaman dalam pendidikan.
Ini teman /partner saya yang bekerja keras menjayakan program ini.
Semoga Allah kurnia kesihatan yang sempurna untuk meneruskan jihad kami dalam pendidikan.
Semoga Allah memberkati usaha ini. Aamiin ya Rabb..,...
Ini pohon bunga yang sentiasa menceriakan kawasan Tadika dan Taska kami
di Bandar Tangkak.
Nanti lain kali saya cerita pula Taska kami yang di urus di bangunan
Maktab Matrikulasi juga di Tangkak.
Semoga Allah memudahkan segala urusan.
............................
Friday, February 1, 2019
Esuk bagi ku......
Rentak Hati di Pagi Jumaat.
Cantik Malaysia ku.....dahulu dan kini.
Allah kurnia yang secukupnya bagi semua di bumi ini
Malahan amat lebih dari mencukupi
Cuma kita tidak mahu mengerti
Tidak mahu mengerti Malaysia ini bukan tempat untuk berkelahi
Berkelahi sesama sendiri apatah lagi dengan mereka yang menumpang di sini.
Biarlah yang lepas itu lepas, yang silap ambil iktibar
Kerana bapa-bapa kita yang dahulu bukan semuanya bijak dan pintar
Dan bukan semuanya mengambil pesanan ulama', kata-kata mereka mungkin terbiar
Kerana waktu itu hanya berfikir tentang rezki yang Allah sudah pun janji
Tidak dapat melihat selain itu memohon semoga hidup ini diberkati
Tetapi kita jangan putus asa, singkirkan semua sesalan
Berbicara apa pun seperti tidak akan nampak kesudahan,
Sesalan memanjang tidak akan membawa langkah yang berkesan
Ayuh....kita ambil tekad baru, semangat baru, minda baru
Tukar cara berfikir dan tumpu usaha tanpa mengenal penat dan lesu
Membujur lalu melintang patah kita cari tindakan yang perlu
Maruah Malaysia kita bela, jangan sesiapa ingat kami tiada tenaga dan aqal yang jitu.
Ayuh....kita kembali pada yang maha Pencipta, yang maha berkuasa
Saya ajak dan jemput semuanya....semuanya.
Tidak kira rupa keturunan dan warna budaya.
PanduanNYA, tuntutanNYA jangan ambil ringan, tanpa RahmatNYA kita akan terbabas keluar
Kita berjiwa besar, berfikiran lebar, tidak takut dari sudut mana kita dicabar.
Itu contoh akhlak Rasulullah, jika kita ikut Allah bantu tanpa perlu senjata tanpa perlu pertolongan luar.
Cantik Malaysia ku ....dahulu dan kini
Jangan siapa ganggu gugat tidak mahu mengerti
Sejarah bumi ini punya warisan yang harus dipelajari dipatuhi dan dihayati
Supaya tinggi mana dan kaya mana, harus tahu bumi ini aku yang punya.
Bapak ku menebang hutan tanpa bayaran tanpa nasi suapan, tanpa atap teduhan
Siapa menumpang kerana dasar penjajah janganlah lupa jasa perjuangan anak watan
Jangan dikira itu satu suratan, itu silap dasar penjajahan
Yang hari ini harus diperbetulkan dan dihormati tanpa soalan dan jeritan.
Jangan siapa berani mendabik dada
Malaysia ini aku yang punya.
Dan juga siapa yang bersama ku mentauhidkan yang maha ESA.
Ingat....
Cantik Malaysia ku.....dulu dan kini.
................
Subscribe to:
Posts (Atom)



























