"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, February 2, 2019

Mengerat-padu semangat di SmarTop.....





Ini tahun ke7 saya bersama SmarTop Subur Firah Tadika dan Taska. Sudah tidak selalu ke Tangkak  ... remote control sahaja. Pengetua kami efisyen dan Alhamdulillah we are managing okay. Sokongan sukarela kekawan membuat tugas kami ringan sedikit. Bersatu kita teguh, becerai kita runtuh. Alhamdulillah.

Ada program latihan bagi guru dan pengasuh yang kami adakan mandatori sebulan sekali. Tujuannya adalah untuk menitikberatkan fahaman mengenai cara mendidik anak-anak Tadika dan Taska dari segi Psikilogi.


Pensyarah kami ialah Hjh Norlida Md Top yang kami datangkan
 khas dari Kangar, Perlis.
Beliau adalah juga ahli Lembaga Penglola Tadika dan Taska kami.
 Beliau aktif dalam NGO Haluan dan dari beliaulah kurikulum dapat dibina supaya ia lebih menepati kehendak semasa. Beliau punya kelulusan Sarjana
 dalam Kaunseling dari University tempatan. 
Alhamdulillah program berjalan lancar dan sessi soal jawab pun memuaskan.
 Program tamat jam 1 tengah hari pada 2 Januari yang lepas.


Kami rakam peserta yang hadhir. Ceria semuanya. Waktu latihan seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli Lembaga dan semua staf. Kami buka peluang latihan pada sahabat-sahabt yang minat dikalang penggerak masyarakat yang ada di Tangkak.
Alhamdulillah kami dapat bertukar-tukar pengalaman dalam pendidikan.


Ini teman /partner saya yang bekerja keras menjayakan program ini. 
Semoga Allah kurnia kesihatan yang sempurna untuk meneruskan jihad kami dalam pendidikan.
Semoga Allah memberkati usaha ini. Aamiin ya Rabb..,...


Ini pohon bunga yang sentiasa menceriakan kawasan Tadika dan Taska kami 
di Bandar Tangkak.
Nanti lain kali saya cerita pula Taska kami yang di urus di bangunan
Maktab Matrikulasi juga di Tangkak.
Semoga Allah memudahkan segala urusan.


............................

No comments:

Related Posts with Thumbnails