"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, February 10, 2019

Bising......Hari-hari bising!!!


Bising...bisingnya semakin kuat.
Siapa yang bercakap dan siapa yang mendengar?
Entah. Ikut suka...

Setengah orang akan terus bercakap walau pun tidak ada yang mendengar kerana ia yakin ia punya sokongan. Mereka tidak peduli sama ada apa yang didengari itu dapat diterjemah kepada tindakan yang sepatutnya.

Bising hingar bingar ini sering terdapat di media sosial. Saya pun penat mendengari.
Kalau tak mau dengar bising, jangan buka terus.....kata suami saya. Dia suka mendengari kebisingan itu. Nak dengar mana yang betul, katanya.

Bukan di media masa untuk mencari dan mendengari apa yang sahih, betul dan bolih diikuti. Terlalu banyak pendapat minda dari berbagai golongan. Ada yang memuji dan ada yang mnengeji, menghina dengan nada yang lantang.Saya perhatikan masih ada orang yang akan khusyuk mendengari apa yang diperkatakan oleh orang-orang individu yang ia suka dan ia hormati. Apa yang diperkatakan jarang sekjali dianalisa secara bijak. Ia terus dipercayai dan diikuti. Keadaan seperti ini bolih menimbulkan bahaya kerana pendapat minda yang kurang tepat  boleh memecahbelahkan masyarakat.

Pemerhatian saya ini umum dan tidak memihak pada mana-mana individu atau kumpulan.

Adalah dikhuatirkan semuanya kerana kuasa politik dan kekayaan hidup dan kemewahan di dunia ini. Bukan mencari keadilan yang tulin. Bukan mencari kedamaian yang bolih dikongsikan. Orang yang suka bising-bising tidak kira faktanya logik atau tidak logik. Kalau logik pun, tidak semestinya yang logik itu betul dan benar. Semua mahu menegakan kebenaran yang difahami sendiri, katanya. Dari sudut mana kebenaran itu????

Berbagai pendapat...

Sampai bila pun tidak akan selesai.
Eluk kita duduk diam-diam tambah ilmu dengan membaca buku-buku yang diiktiraf sahih dan bolih di guna pakai apa yang diutarakan. Kita cuba baca buku dari berbagai sumber, sebanyak mungkin dan sekerap yang mungkin. (Memahami alQuran dan hadith itu terutama). Saya mencuba dan mendorong diri untuk jangan bising walaupun dalam premis keluarga kecil dan keluarga besar. Baca, laksana dan berdoa semoga yang kita buat itu suatu yang baik yang diiktiraf sahih dan boleh diikuti sebagai contoh. Saya masih kekurangan dan masih ketinggalan. Tetapi saya cuba juga. Semoga Allah menunjuki jalan dan tidak kecundang tanpa di sedari.

Kebisingan ini akan berterusan.......
Allah maha Memerhati, berfikir dengan saksama dan jangan semata-mata mengikut gerak hati.......

Kita sentiasa ingatkan diri.
Yang benar tidak pernah memihak. Benar tetap benar. Ada Nas yang sah yang membuktikannya.
Semoga kita berhati-hati dan memohon pada Illahi jalan yang IA redhai.


.........................

No comments:

Related Posts with Thumbnails