"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, February 1, 2019

Esuk bagi ku......

Rentak Hati di Pagi Jumaat.


Cantik Malaysia ku.....dahulu dan kini.
Allah kurnia yang secukupnya bagi semua di bumi ini
Malahan amat lebih dari mencukupi
Cuma kita tidak mahu mengerti
Tidak mahu mengerti Malaysia ini bukan tempat untuk berkelahi
Berkelahi sesama sendiri apatah lagi dengan mereka yang menumpang di sini.

Biarlah yang lepas itu lepas, yang silap ambil iktibar 
Kerana bapa-bapa kita yang dahulu bukan semuanya bijak dan pintar
Dan bukan semuanya mengambil pesanan ulama', kata-kata mereka mungkin terbiar
Kerana waktu itu hanya berfikir tentang rezki yang Allah sudah pun janji
Tidak dapat melihat selain itu memohon semoga hidup ini diberkati

Tetapi kita jangan putus asa, singkirkan semua sesalan
Berbicara apa pun seperti tidak akan  nampak kesudahan,
Sesalan memanjang tidak akan membawa langkah yang berkesan

Ayuh....kita ambil tekad baru, semangat baru, minda baru
Tukar cara berfikir dan tumpu usaha tanpa mengenal penat dan lesu
Membujur lalu melintang patah kita cari tindakan yang perlu
Maruah Malaysia kita bela, jangan sesiapa ingat kami tiada tenaga dan aqal yang jitu.

Ayuh....kita kembali pada yang maha Pencipta, yang maha berkuasa 
Saya ajak dan jemput semuanya....semuanya.
Tidak kira rupa keturunan dan warna budaya.
PanduanNYA, tuntutanNYA jangan ambil ringan, tanpa RahmatNYA kita akan terbabas keluar
Kita berjiwa besar, berfikiran lebar, tidak takut dari sudut mana kita dicabar.
Itu contoh akhlak Rasulullah, jika kita ikut Allah bantu tanpa perlu senjata tanpa perlu pertolongan luar.



Cantik Malaysia ku ....dahulu dan kini
Jangan siapa ganggu gugat tidak mahu mengerti
Sejarah bumi ini punya warisan yang harus dipelajari dipatuhi dan dihayati

Supaya tinggi mana dan kaya mana, harus tahu bumi ini aku yang punya.

Bapak ku menebang hutan tanpa bayaran tanpa nasi suapan, tanpa atap teduhan
Siapa menumpang kerana dasar penjajah janganlah lupa jasa perjuangan anak watan
Jangan dikira itu satu suratan, itu silap dasar penjajahan
Yang hari ini harus diperbetulkan dan dihormati tanpa soalan dan jeritan.

Jangan siapa berani mendabik dada
Malaysia ini aku yang punya.
Dan juga siapa yang bersama ku mentauhidkan yang maha ESA.

Ingat....
Cantik Malaysia ku.....dulu dan kini.


................

No comments:

Related Posts with Thumbnails