"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, February 9, 2019

Jalan-jalan cuba melupakan......




Ini taman rehat dipenjuru rumah kakak saya di Pontian. Saya mesti ambil foto ini setiap kali balik kampung. Kali ini saya balik untuk pujuk kakak tertua saya yang  ada untuk dapatkan rawatan di Putrajaya kerana dia ada masaalah di perutnya dan Hospital Johor Bahru tidak sesuai baginya kerana jauh dari pertolongan anak-anak dan waris terdekat yang lainnya.

Memujuk kakak saya yang berumur hampir 84 tahun bukan suatu yang mudah. Ia tidak suka tinggalkan rumahnya. Amat selesa berseorangan walaupun makan minumnya kekadang menjadi masaalah. Maklumlah kedai dan pasar ikan dan sayur agak jauh dan ia perlu batuan naik kereta yang bolih ikut rentak keselesaannya. Maklumlah....84 tahun  bukan umur yang mudah.



Perjalanan balik ke Putrajaya mudah kerana lenuhraya tidak sesak. Dari tingkap kereta saya ambil foto yang buat saya rasa tenang dan dapat bersembang santai dengan kakak saya atas beberapa hal masaalah dalam menjalani ujian hidup. Semua kita Allah uji dengan berbagai ujian kerana Allah kasih pada kita dan mahu kita hampir padaNya.


Saya bersungguh-sungguh cari cara untuk buat kakak saya tidak risau meninggalkan rumahnya dan kebiasaannya hari-hari. Saya berdoa ia bolih melupakan pokok-pokok hiasannya dilaman rumah tidak disiram air dan melupakan juga kelas-kelas pengajian yang dihadirinya dengan kekawan 2 atau 3 kali seminggu. Saya katakan nanti saya buka Utube dan belajar dari Ustaz google. 
Dia hanya tertawa kerana tidak dapat mengerti bagaiman belajar dari ustaz google. Saya beri penerangan nama-nama ustaz yang saya sering ikuti. Semoga kakak saya dapat membiasakan diri.


Dalam perjalanan pulang kami singgah ke restoran yang terkenal di Air Hitam exit Lebuhraya Utara Selatan. Kari Kambing 40 hari. Itu kali kedua saya singgah..Anak buah saya yang memandu dan saya ikut sahaja. Terlalu ramai pelanggan yang ada. Tetapi perkhidmatannya cepat dan tidak lama menunggu. Kakak saya tidak berapa minat kambing dan dia mendapati nasi agak keras baginya. Maklumlah daya kunyah makanan sudah amat terhad dan sukar. Saya turut menginsafi diri kerana hakikat hidup cara tua makin lama makin saya rasai sendiri.
 Semoga Allah sentiasa memudahkan segalanya.


Kami lalu bandar Yong Peng. Teruja juga sebab sudah lama tidak melalui jalan itu untuk ke Kuala Lumpur. Untuk menceriakan kakak saya saya pun buka cerita sikit politik Malaysia kini dalam perjalanan pulang. Walaupun hampir 84 tahun kakak saya masih suka dengar cerita siapa pemimpin yang berkuasa sekarang. Saya cerita yang mudah-mudah sahaja kerana takut tersilap fakta nanti dosa padahnya. Saya cuma fahamkan siapa BN dan siapa PH. Ringan sahaja hujah-hujah saya kerana tujuan perbualan hanyalah untuk buat kakak saya lupa bahawa saya akan bawa dia periksa doktor selepas CNY. Sekejap sahaja berbual dan dia tertidur lena.......kepenatan.


Kami sampai waktu Maghrib. Foto ini berhampiran dengan rumah saya.
Alhamdulillah selamat tiba.


........................

No comments:

Related Posts with Thumbnails