"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, May 31, 2011

TIGA JENIS MANUSIA





Firman Allah dalam alQuran Surah Al Angkabut ayat 39-40.
"Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan) Qarun dan Firaun serta Haman, dan demi sesungguhnya Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang jelas nyata lalu mereka berlaku sombong takabur di Bumi pada hal mereka tidak dapat melepasi diri (dari azab Allah).
Maka masing-masing Kami binasakan disebabkan dosanya, iaitu diantaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang kami tenggelamkan di laut; dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiyaia mereka,  tetapi mereka yang menganiyaia diri sendiri."
Ustaz kata ada 3 jenis manusia yang ianya wujud dikalangan kita hingga hari ini, iaitu:
  • Qaarun : Sangat mementingkan kebendaan, (materialistik). Ia akan sentiasa menyibukan diri mengumpul harta tetapi tidak pernah memunafaatkannya pada yang memerlukan. Ia tidak akan memberi walau sedikit pun tanpa ia tahu apa keuntungan yang akan ia dapat dari perbuatan itu.
  • Firaun :  Watak seorang yang gila kuasa. Ia akan berbuat apa sahaja semata-mata untuk mendapat kuasa dan mengekalkannya. Ia gembira melihat orang lain terseksa dan merana.
  • Haamaan :  Sentiasa berfikir bagaimana ia boleh menipu atau membohongi. Dan dia seorang yang akan berbuat baik dan memuji semata-mata kerana mahukan sesuatu dari orang yang dibuat baik itu, (pengampu). Dan Haamaan ini akan tetap mengambil kesempatan dari kesempitan orang lain.
Sama-sama kita muhasabah diri. Kalau satu sifat pun Allah  akan azab, apakan lagi kalau sesaorang itu punya tiga-tiga sifat sekali, dan ditambah pula dengan sifat-sifat negatif yang lain. Tidak terbayang kemurkaan Allah. Semoga Allah jauhkan kita dari sifat-sifat buruk ini. Semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails