"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 8, 2011

" AFGHAN CHAPEL" DAN UYGHURS DI ADELAIDE.






Tidak sah rasanya bila musafir tidak bertemu dengan masjid. Kenapa ye? Rasa seperti jauh. Tapi Allah tu kan di hati letaknya. Takut lalai..........

Ini Masjid di Adelaide. Kami di bawa oleh Hafiz, anak buah suami saya yang berkerja sebagai Doktor Perubatan dan bercadang menetap di sana. Kami kata, asalkan kita berakhlak mulia, di mana saja kita boleh tinggal. Semuanya Bumi Allah. Hafiz senyum sahaja kalau kami kata begitu.

Masjid ini kecil sahaja tetapi yang menarik perhatian ialah maklumat yang ada di papan tanda yang saya ambil fotonya seperti di bawah ini.


Ia ditubuhkan oleh orang Afghan dalam tahun 1888. Mineret yang empat dibina dalam tahun 1903. Disebut "Afghan Chapel" agaknya ketika itu tidak boleh disebut 'mosque'. Ini membuat saya kagum dengan orang Afghan. Dulu dan sekarang mereka berjiwa kental tentang Islam. Semangat Jihadnya tinggi. Saya rasa kerdil sekali. Suami saya solat suant, tetapi saya tidak, sebab saya kurang suci dan ramai anak-anak tempatan sedang belajar di ruang solat.

Saya mengingat semula semangat juang orang Afghan. Russia dihalau keluar, dan sekarang pasti Amerika tidak boleh bertahan lama, walaupun menggunakan "puppetnya". Kita Melayu bagaimana ye? Orang Melayu ada di South Africa, Sri Lanka. Mungkin di tempat lain juga. Mungkin ada juga cerita-cerita yang mengkagumkan. Cuma semasa saya dan beberapa teman melawat Sri Lanka sebagai NGO, saya dapati mereka tidak menyerlah. Rupa mereka sudah tidak Melayu dan percakapan mereka juga sudah sulit untuk difahami. Tetapi ini perkara kecil. Yang penting adalah menyemarakan semangat juang untuk menegakan Kebenaran, tidak yang lain, Islam.

 Masjid Pakistan berhampiran Sydney Road di Melbourne.

Di Melbourne kami berjalan hampir 3 kilometer mencari Masjid terdekat dengan Sydney road setelah menjamu selera makan nasi di restaurant Turkey. Mula-mula tidak menemuinya. Kemudian bila naik taxi untuk balik Ke Hotel Downtowner di Lygon Road kami bertanyakan mengenai masjid dengan driver yang kebetulanya orang Pakistan. Maka kami sampailah di Masjid seperti foto di atas. Alhamdululah. Hilang rindu dengan Masjid buat seketika.

Gambar hiasan di dinding Restaurant Uyghurs di Adelaide.

Saya juga kagum dengan kaum Uyghurs. Di Adelaide kami makan tengah hari yang agak lewat di sebuah restaurant Uyghurs. Saya teringat akan lawatan saya ke Beijing pada tahun lepas di mana ramai saya temui kaum mereka yang di bawah kerajaan Cina. Pemandu pelancung kami tidak begitu berminat untuk bercerita tentang mereka. Malahan apabila kami mahu membeli maniasan yang mereka jual secara kecil-kecilan, kami tidak digalakan. Kaum Uyghurs di Cina adalah Islam maka kami selesa dengan Restaurant Halal yang mereka buka di Adelaide.Usaha membuka Restauran seperti  ini adalah juga satu bentuk menyebarkan Syiar Islam. Agaknya ada juga Restaurant Melayu di Adelaide dan Melbourne tetapi saya tidak menjumpainya.

Makanan yang dihidang amat menyelerakan. Saya sudah tidak ingat nama masakan tetapi bentuknya seperti di bawah ini. Saya recommend tempat ini pada sesiapa yang ke Adelaide.


Alhamdulilah. Amat memuaskan. Cuma Aust. Dollar 100/-

  InsyaAllah datang lagi.

Apabila sampai di rumah saya tergerak hendak tahu sedikit lagi tentang kaum Uyghurs ini dan mengapa mereka seperti kaum yang terpinggir. Maka saya buka internet dan mendapat maklumat seperti berikut. (Sebahagiannya dari About.com, Radio Free Asia dan Uyghur Human Rights Report). Saya catatkan semoga ada pihak yang mahu membela mereka demi Islam.
  • Dikenali sebagai 'Central Asian Ethnic Group', (China's largest Ethnic Minority).
  • Pada tahun 2005 bilangan mereka adalah lebih kurang 8.4 juta.
  • Sebahagian besar mereka adalah di Turkestan Timur, yang kini di gelar Xinjiang oleh negara Cina setelah ia di letak di bawah kuasa nya selepas 1911.
  • Dalam sejarah, pada tahun 700 AD mereka mempunyai ketenteraan yang kuat tetapi mula runtuh dalam pertengahan tahun 800 AD.
  • Ramai memasuki Islam dalam tahun 900 Ad.
  • Kaum Uyghur ada juga yang menetap di Turkey, Uzbekkistan, Kyrgyzstan dan juga negeri berjiranan.
  • Bahasa mereka Bahasa Turkic, hampir seperti Bahasa Turkey.
  • Mereka kini menghadapai masaalah yang berkaitan dengan Hak Asasi Manusia dan menubuhkan organisasi untuk mempertahankan hak mereka. Antaranya ialah Uyghur American Association (UAA).
  • Rusuhan terbesar kini berlaku di Urumchi pada tahun 2009 untuk menuntut hak-hak mereka. Ada pihak yang menganggap mereka 'terrorists', dan keselamatan mereka sentiasa terancam.
  • Uyghur juga datang ke Malaysia dan ada yang menuntut di Instituisi pengajian tinggi swasta. Dasar Malaysia keatas mereka  ada yang dipertikai oleh UAA. Saya kurang arif.
Seperti yang selalu saya katakan:  Kebenaran tidak berwarna, Kebenaran tidak pernah memihak, dan Yang benar tetap benar, Yang batil tetap batil.
Semoga Allah sentiasa melindungi mereka yang Benar.
Allahuakbar.


........

4 comments:

Kerabu Jantung said...

Alhamdulillah, di mana saja kita pergi,insyaAllah kita akan lihat kebesaran Allah!

Sesungguhnya Islam tegak di seluruh bumi Allah - cuma kadang kala ada yang tak perasan!

Makbonda said...

Assalamualaikum,sudah lama tidak kesini,rupanya puan telah tinggalkan saya ke hemisphere Selatan.

Betul kata Puan KJ.Kita tidak perasan,tapi Alhamdulillah ada yang sudi membongkar.

Allahuakbar.

ngasobahseliman said...

Salam Sis. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar dalam pengabdiannya. Semoga kita tidak dilalikan dan semoga kita sampai ke tahap haqqulyakin. Sama-sama kita doa. Amin.

ngasobahseliman said...

Waalaikumussalam, Ya dear Makbonda. Ingat hati nak peluk gunung. Apakan daya tangan tak samapi. Pergi melihat sedikit bumi kangaroo dan bumi Kaola.Itu sahaja. MasyaAllah. Lain padang, lain belalang. Di bumi ini saya tidak berpeluang bersama saudara-saudara yang bersama Allah. Maka musafir ini agak sunyi dalam konteks itu.TQ atas melapang masa menjenguk saya.

Related Posts with Thumbnails