"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, November 1, 2012

Sendirian juga...





Kini Mak Ngah Majid sendirian juga. Suami tersayang baru beberapa bulan lalu meninggalkan alam nyata ini. Ia tinggal berjiranan dengan Pak saudara yang kini bersendirian kerana Mak Ngah Norliah isteri tersayang pun telah pergi buat selamanya. Mereka semua adalah kaum kerabat terdekat di Sungai Batu Selama Kedah.

Ini tentunya cerita biasa kerana di bandar-bandar pun akhirnya salah seorang pasangan hidup akan pergi dahulu. Maka tinggalah yang lainya berseorangan.

"The Moment of Truth" kata seorang teman.....tinggal berseorangan dan tenaga pun sudah berkurangan. Bagaimana mahu menjalani hidup ke hadapan.... Orang lelaki biasanya akan mencari gantian teman. Tetapi pada orang perempuan, pemergian suami bererti tinggal seorangan. Jika anak menjemputnya tinggal bersama maka ia tidak akan kesunyian. Tetapi ramai juga yang tidak mahu tinggal bersama anak kerana beberapa sebab yang ia sendiri yang tahu  hakikat sebenarnya.

Saya terfikir juga hal ini kerana kalau ditakdirkan suami pergi dahulu, bagaiman ye ? Kalau Allah takdir sihat dan masih boleh memandu kereta, mungkin tidak terlalu sunyi kerana di Lembah Kelang ini berbagai aktiviti boleh disertai. Tetapi saya tidak mahu berfikir panjang dan hanya berdoa semoga saya boleh mengurus diri hingga ke akhir hayat dan mohon pertolongan Allah dan perlindungan dariNya. Saya meyakinkan diri supaya berpegang pada hakikat bahawa kebergantungan kita hanya pada Allah jua. Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Cuma saya memikirkan realiti harian. Sekiranya ada jawatan "Ustazah bergerak" di bawah Jabatan Agama Negeri  atau di bawah mana pun, maka balu-balu yang sudah dewasa tua ini boleh diberi bimbingan hidup seterusnya supaya baki-baki kehidupan menjadi lebih bererti. Tidaklah mereka ke sana ke sini berbual-bual kosong, bersembang santai untuk mengisi masa. (ada yang bercerita dengan saya begitu).

Dalam program "RAKYAT DIDAHULUKAN" mungkin ini boleh menjadi agenda utama kerana sumbangan mereka pada masyarakat ketika mudanya harus juga dihargai. Janganlah bila "habis santan, hampas dibuang".Dahulu mereka inilah yang menoreh getah dengan gigih mengeluarkan hasil negara hingga kini maju hampir seperti negara yang sangat maju. Maka janganlah mereka dibiarkan tanpa haluan.

Setuju ?

Akhir hayat amatlah penting bagi semua kita. Lagi hampir lagilah kita perlu bergegas untuk berbuat apa saja kebajikan dan menyelesaikan tanggongjawab yang masih tergantung. Tapi kita di Malaysia ini program untuk warga emas tidak menjadi agenda penting. Mungkin kerana yang membuat dasar adalah orang-orang muda yang tidak rapat dengan kehidupan warga tua. Maka ada kelalaian untuk memikirkan hakikat hari tua dan ada antaranya yang seperti tidak percaya bahawa jika ditakdirkan umur panjang akan juga sampai ketahap itu. Semoga ada kesedaran atas pembuat dasar untuk berfikiran ingin membantu kehidupan warga emas untuk keselesan fisikal, minda dan rohani.

Setuju ?

Kita fikir-fikir dulu.....
Semoga Allah menunjuki jalan dan meredhai segala usaha walau sekerdil mana....

Sekuntum bunga untuk warga tua di mana jua berada. Allah maha Pemurah Allah maha Pengasih.
Kita mohon Kasih Sayangnya dan Rahmatnya yang tidak terhingga.
Ameen, Ya Rabb....
....

2 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Teringat arwah mak.. selepas kepergian ayah pada tahun 1953, mak tak pernah kahwin lagi biarpun ramai yang melamar.. katanya dia tak mahu kami berbapa tiri.. mak meninggalkan kami (empat beradik)pada tahun 1965

Kakak saya juga ditinggalkan suami - meninggal pada akhir tahun 80-an..kahwin semula namun suami keduanya juga meninggal (1990-an) kini tinggal bersama anak-anaknya yang bujang.

Saya juga tidak dapat membayangkan jika suami yang pergi dulu bagaimanapun saya setuju bahawa kak kata kita ada Allah. Semoga kebimbangan kita tidak terlalu difikirkan. Allah Maha bijaksana mengatur perjalanan hambaNYa.. semoga kita dapat kesudahan yang baik. Allahumma Aamiin

ngasobahseliman said...

Salam Werdah. Semoga sihat2.
Emak akak membujang lama jugak. Bapak meninggal 1964 dan emak meninggal 2004. Akak yang bongsu. Beza umur amat jauh. arwah emak aktif orangnya. Suka berkebun dan bantu kakak sulung saya buat tempe. Emak saya ikut tarikat Nikshahbandi. Jadi kawan-kawan seangkatan ramai juga di kampung. Mereka bertemu sebulan sekali. Dulu saya selalu jugak ikut emak jumpa Tuan gurunya, panggil Kiayyi seminggu atau dua minggu sekali. Duduk kat lain kampung. Masa tu sekolah menengah. Bila tuan gurunya meninggal, tamat cerita pasal Tarikat. Alhamdulilah, Kak mudah faham bila 20 tahun dulu kawan sepengajian ajak masuk Tarikat. Kenal ke Ustaz Jahid? Saya ikut dia. Tetapi sekarang relax sekejap. Masa kerja setiap minggu jumpa dan zikir ramai-ramai. Bila tidak ada pembantu tolong kemas rumah, saya berhentikan jumpa di rumah saya dan pergi berkumpul di rumah ahli lain. Now Kak put this "on hold". Namun baru-baru ini seorang teman rapat pergi Ke Yamen (Hadralmaut) semasa Ramadhan dan cerita cara beribadah di situ. Kembali teringin untuk sambung semula di sini kemudian mungkin nak "jenguk" juga ke Yamen. Tempat itu dipimpin oleh Sheikh Umar yang katanya selalu datang KL. Werdah tahu ke ? Cerita sikit. TQ take care.

Related Posts with Thumbnails