"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, March 4, 2021

DIMANA NILAI KASIH SAYANG DAN EHSAN ......@Artificial intelligence and algorithms?


A001

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(Al-Faatihah 1:1

Saya rasa tersedih memikirkan senario kecanggihan tamadun dunia sekarang ini. Namun Alhamdulillah juga saya ucapkan kerana Allah masih kurnia rasa sedih dan membuat akal berfikiran terus........Saya terjumpa video di atas mengenai bagaimana kehidupan manusia menjadi hebat dengan pekembangan Artificial Intelligence dan lain-lain fakta yang berkaitan dengannya. JOM Ikuti sendiri........

Sudah tidak ada lagi keperluan berinteraksi sesama manusia secara meluas atau menyeluruh seperti sekarang kerana semua tugasan sudah boleh dilakukan oleh tenaga bukan manusia dan bilangan manusia terlibat hanya sedikit sahaja. Saya berfahaman inilah cara kehidupan seterusnya dan mereka yang terlibat secara mendalam dalam hal ini akan menjadi lupa  bahawa dunia dan alam ini akan berkesudahan dan berakhir. Ia itu kita sebut akan ada Hari Qiamat dan kehidupan di Akhirat pula. Mereka yang amat terpersona dengan fenomena IT ini sudah tidak memikirkan itu. Maka jika ada yang terlintas mengenai fenomena kematian dan Hari Akhirat mereka akan sibuk mengatakan mengapa sedemikian kerana manusia sudah penat berusaha dan berjaya, mengapa pula manusia mesti mati.......mereka marah. Mengapa mesti mati?

Mereka lupa atau sememangnya tidak tahu bahawa semua kemungkinan yang berlaku di dunia ini adalah dengan izin Allah.  Tidak ada yang sebenarnya hebat melainkan Allah. Tetapi ada manusia yang akan  rasa hebat kerana punya kecerdasan otak yang luar biasa hingga lupa siapa yang kurnia otak itu. Fakta Tuhan, fakta Allah yang maha menjadikan dan maha menentukan sudah tidak ada dalam akal mereka. (Saya takut demikian keadaannya).

Saya tertanya -tanya siapakah yang beruntung dengan kehebatan AI ini dan siapa yang akan rugi. Dalam video itu saya merasakan manusia menjadi seperti sombong kerana merasakan mereka dapat membuat perubahan luar biasa dalam mengendali cara hidup manusia dan mereka merasa seronok dapat menukar bentuk rupa Tamadun Manusia. Saya yakin tidak terlintas di hati dan fikiran mereka apa pula yang akan terjadi pada golongan manusia yang Allah kurnia akal yang kurang dan dan Allah belum kurnia rezeki yang mewah untuk membolehkan mereka merasai dan mendapat faedah dari cara hidup yang berlengkaran denagan kemudahan AI itu.......

Perkara yang mendadak datang dalam fikiran dan hati saya ialah apabila samapai kepada peringakat kehidupan harian, dimana letaknya hubungan hati antara manusia. Semua jadi mekanikal. Tidak akan ada hubungan kasih sayang antara manusia. Kalau ada pun amat sedikit keadaannya. Tidak akan ada rasa ehsan. Manusia nanti semua seperti Robot. Kalau pun tidak saya percaya akan tidak ada rasa mahu bantu-membantu antara manusia. Tidak adlagi hidup bermasyarakat dan saya yakin tidak akan relevan lagi hubungan orang tua dan orang muda, ibu-bapa dan anak......

Semua guna mesin dan AI.......

Di dalam alQuran Allah memulakan alQuran dengan kalimah kasih sayang......(lihat text Arab di atas). Allah yang maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah maha Mengasihani........
Saya yakin Allah tidak membiarkan fakta kasih sayang terhapus dengan adanya AI.
Ini yang saya fikir-fikirkan.....
Anda pula bagaimana?.......
Allahu'alam.

Mohon Keampunan Mu ya Rabb....
Mohon Belas Kasihan Mu ya Rabb.....



No comments:

Related Posts with Thumbnails