"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, July 6, 2024

JOM SAMA-SAMA BERKONGSI ILMU DI JERUSELUM ! ......@DISIASAT, DIEKORI PERISIK ZIONIS!









SAYA RASA TERUJA MENEMUI CERITA INI DI U-TUBE.
SEKARANG BARULAH BERTAMBAH MAKLUMAT BUAT SAYA KALAU INGIN ZIARAH BAITUL MAQDIS DAN MASJID AL AQSA.WALAU APA PUN TUNGGU PERANG SELESAI DAN SEMOGA PALESTINE DIIKTIRAF NEGARA MERDEKA DAN BERDAULATDAN ISRAEL TAMAT RIWAYATNYA.AAMIIN.

MALAM SEMALAM SAYA IKUTI PENERANGAN USTAZ MENGENAI PENGALAMAN BELIAU BERURUSAN BERBAGAI HAL KE JERUSELUM.
SAYA  ALHAMDULILLAH DAPAT MELAWAT MASJID ALAQSA PADA TAHUN 2012 MENGIKUTI SEORANG  USTAZ MEMBAWA PELANCUNG.SAYA DIBAWA OLEH MENANTU SAYA SEORANG USTAZ MUDA DAN BELIAU YANG MENGURUS SEMUANYA DENGAN SYARIKAT PELANCONG YANG SEKARANG SUDAH LUPA NAMA SYARIKAT ITU.
WAKTU ITU SAYA TIDAK SANGAT TAHU MENGENAI SEJARAH PALESTINE DAN APA JUA YANG BERKAITAN DENGANNYA.CUMA ANAK MENANATU SAYA KATA KALAU NAK IKUT MELAWAT 3 MASJID YANG RASULULLAH SEBUT, ELUK IKUT SYARIKAT INI.
MAKA SAYA DAN SUAMI DAN BEBERAPA LAGI SANAK SAUDAR DAN KAKAK-KAKAK- SAYA SERAMAI 12 ORANG (TAK SILAP INGATAN) PERGI PADA TAHUN 2012 ITU. RASA MACAM MELANCUNG BIASA KERANA TIDAK TAHU MASAALAH SEBENAR YANG ADA DARI SEGI POLITIK DAN LAIN-LAIN LAGI.
SAYA TIDAK TANYA PUN KENAPA TIDAK LALU GAZA. ADIK IPAR SAYA PERNAH TANYA SAYA MENGENAI LAWAN KE GAZA.SAYA JAHIL ILMU POLITIK TIMUR TENGAH DAN TIDAK PERGI KE GAZA.
ALHAMDULILLAH,ALLAH SWT GERAKAN HATI PERGI KE MASJID AL AQSA UNTUK 2 MALAM. TETAPI BILA SAMPAI DI SANA KAMI DI MINTA BERMILAM SATU  MALAM SAHAJA. SYARIKAT YANG MEMBAWA KAMI TIDAK MEMBERI PENJELASAN.
TETAPI SUAMI SAYA KATA JANGAN CEREWET DAN IKUT SAHAJA. MAKA KAMI HANYA SOLAT WAKYU ISYAK DAN SUBUH ESUKNYA SAHAJA DAN BALIK MENERUSI MAKKAH MADINAH HARI ESUKNYA.

SEKARANG BARULAH SAYA MENYEDARI MASAALAH SEBENAR SETELAH SAYA IKUTI CERITA DI ATAS. WAKTU ITU LANGSUNG TIDAK SEMPAT ZIARAH TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH. KAMI LAMA BERURUSAN DI IMMIGRATION LEBIH 5 JAM DALAM INGATAN SAYA.
SAYA DI NASIHKAN JANGAN BANYAK SOAL.MAKA BARU SEKARABG SAYA FAHAM.. KAMI HANYA BERSEDEKAH SEDIKIT DI MASJID ALAQSA SAHAJA. DI DOME OF ROCK PUN HANYA SEMPAT SOLAT SUNAT SAHAJA.
WAKTU ITU KAMI DIMAKLUMKAN ADA KUMPULAN YANG LANGSUNG TIDAK DAPAT MASUK. TETAPI SAYA HANYA TERPINGA-PINGA. BARU SEKARANG FAHAM SEDIKIT MENGAPA KAMI TERGESA-GESA PADA TAHUN 2012.
KAMI HANYA SEDEKAH PADA KANAK-KANAK YANG MENGEKORI KAMI DI TEMPAT-TEMPAT KAMI BERHENTI. TIDAK SEMPAT PUN MEMBELI BELAH. SEKARANG BARU FAHAM.
DARI HOTEL KE MASJID AL AQSAKAMI BERJALAN KAKI SELAMA 30 MINIT LEBIH KURANG.DAN TIDAK ADA MASA MEMBELI BELAH MELAINKAN YANG NAIK BAS KITA UNTUK MENJUAL KORMA.APA PUN SAYA AMAT BERSYUKUR SEKARANG DAPAT PELUANGKE MASJID AL AQSA WALAUPUN AMAT SEKEJAP.
ALHAMDULILLAH.KENANGAN LEBIH SEPULUH TAHUN YANG LALU.TETAPI SAYA PASANG NIAT UNTUK KE SANA LAGI. SEMOGA TERCAPAI KERANA KINI SAYA BERUMUR HAMPIR 80 TAHUN KIRAN TAHUN HIJRAH. APA PUN SAYA MOHON ALLAH SWTMEREDHAI USAHA SAYA DAN KELUARGA UNTUK MENGENALI SEDIKIT HAL-HAL PALESTINE.SEKARANG SAYA LEKAT DI MUKA TV MENGIKUTI SEBANYAK MUNGKINCERITA PERANG HAMAS-ISRAEL.RASA SEDIH DAN SAYU!


...........................................................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails