"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, June 14, 2011

MENUMPANG GEMBIRA


Gambar-gambar kenangan semasa lawatan ke Turki baru-baru ini.

Masih teringat akan bumi bertuah tertubuhnya Khalifah Islamiah satu ketika dahulu.
Semoga warisan kehebatan Islam akan kembali di bumi ini.
Tahniah pada Perdana Menteri Recip Tayyip Erdogan atas kemenangan pilihan raya baru-baru ini. 
Semoga Allah merahmati bumi Turkie yang penuh sejarah ini dan semoga kemenangan ini dapat membangkitkan semangat rakyatnya untuk menegakan kebenaran Islam di Bumi Turkie
dan di alam sejagat.

Monday, June 13, 2011

OLE-OLE UBI KENTANG DARI GARUT.




Sekali lagi kami ke Garut  (tiga jam dengan kereta dari Bandung) untuk memantau perkembangan projek Situwangi Boarding School yang mana kami di minta membantu merancang dan melaksanakannya.Pernah saya ceritakan  beberapa kali dalam entry saya yang dahulu.

Kali ini kami berpeluang melihat pihak pengurusan sekolah dan karyawan menuai ubi kentang. PANEN pada istilahnya.Panen bererti menuai  hasil tanaman. Itu perkataan bahasa Indonesia. Pada saya perkataan itu satu nostalgia kerana itulah bahasa yang bapak dan emak saya guna semasa saya kecil-kecil dahulu. Allahyarham bapak saya bercucuk tanam ubi kayu, keladi dan keledek dan alhamdulilah saya membesar dengannya. Makan nasi tidak semudah makan ubi keladi keledek  kerana kami keluarga pendatang, dari Solo Indonesia ke Johor, Malaya ketika itu pada tahun awal 1920an. Bapak saya selalu menceritakan betapa seronoknya penduduk kampung ketika sampai waktu panen terutamanya panaen padi. Tapi takdir mementukan bapak saya berhijrah ke Tanah Melayu dan mencari sesuap nasi di negeri orang. Kalau sekarang saya akan katakan: dimana jua ia adalah bumi Allah.

Maka saya rakam di sini aktiviti panen di ladang berhampiran kawasa Sekolah yang kami lawati minggu lepas bermula 8 hingga 9 Jun. Alhamdulilah sekolah ini berjalan lancar dan sebahagian kos operasi sekolah ditampung dengan hasil ladang pertanian di kawasan ini. Selain ubi kentang ialah tanaman cabai, jagung, karot, sayur kubis dan lain-lain lagi.

Timbalan mudir (berdiri) dan guru yang membantu aktiviti panen
Mudir sekolah membantu sama.

Ini kami yang hanya melihat, takut kaki dan tangan kotor?
Di belakang itu adalah blok kelas dan asrama  tambahan yang dalam pembinaan.

Ini kawasan tanaman sayur kubis yang akan panen dalam lawatan kami yang akan datang, insyaAllah.

Kelebihan sekolah di kawasan ladang pertanian ialah pelajar-pelajar sentiasa mendapat bekalan makanan yang segar dan lumayan. Disamping itu mereka terdedah dengan budaya kerja rajin dengan komitmen yang tinggi. Malah pendedahan seperti ini penting bagi proses pembesaran kerana mereka dapat merasai sendiri betapa sesaorang itu perlu mendapat pengalaman yang nanti dapat digunakan semasa dewasa.

Adalah menjadi fokus pihak penganjur dan pihak pengurusan sekolah bahawa pelajar-pelajar keluaran Situwangi Boarding School ini menjadi warga yang pintar dan aktif, tahu hala tuju hidup dan kehidupan dan bijak pula dalam menangani krisis hidup jika terpaksa melaluinya. Maka pihak pengurusan sekolah sedang menyediakan satu "blue print" sekolah sebagai satu dokumen yang boleh diguna pakai dalam merancang pengambilan pelajar dan guru-guru serta jenis latihan yang perlu diberi pada semua kategori pegawai dan staf yang berkhidmat di Sekolah tersebut.

Tujuan utama "blue print" ini ialah supaya pihak penganjur dapat memahami tujuan dan falsafah pendidikan di Situwangi Boarding School ini dan mereka dapat merancang bentuk pelaburan dan penajaan yang diperlukan supaya Sekolah ini tidak menemui masaalah besar dalam urusan harian. Pihak pengurusan mengharapkan pembiayaan Sekolah ini akan lebih terjamin dan  semoga aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Di pihak pengurusan pula, "blue print" ini dapat memberi kefahaman semua yang terlibat  mengenai hala tuju sekolah, visi dan misi dalam konteks pembangunan negara dan  sekali gos pembangunan ummah. Marilah sama-sama kita mendoakan usaha yang kecil ini menjadi sebahagian dari perjuangan yang besar, iaitu menegakan kebenaran Allah jua.

Tuesday, June 7, 2011

"TEACHERS ON THE ROAD".


"Teachers on the road ?' Pardon me , dear teachers. That was what we said when we described the phenomena of traffic jams during school holidays. I served for almost 20 years at the Ministry of Education and teachers are dear to my heart and being casual in the relationship enabled me to  make hearty comments once in a while.
Teachers on the road or elsewhere are a force to be reckoned with, a phenomena almost synonymous with the word "Iqraq" as stated in the AlQuran. We are what we are because teachers are generally 
a dedicated lot and they gave us a good start.




 Sepuluh ke limabelas tahun yang lampau fenomena cuti-cuti Malaysia belum rancancak seperti sekarang. Tetapi sewaktu cuti sekolah sememangnya jalan-jalan raya akan penuh sesak. Shopping kompleks pun akan jadi sesak.  Ketika itu ada diantara kami yang buat  lawak mengatakan cik gu biasanya hanya bawa kereta dari rumah ke sekolah sahaja. Bila cuti sekolah barulah mereka meneroka keluar kawasan. Tetapi sebenarnya kesesakan jalan raya bukan itu sebab utamanya.

Bila 'bosan' jalan sesak maka nikmatilah hutan belentara
di jalan menuju Cameron Highlands.

Gambar kenangan dengan besan dari Rasah, Negeri Sembilan

Pada hujung minggu yang baru lalu anak   saya yang sulung mengajak kami dan besan serta cucu pergi ke Cameron Highland. Saya sudah hampir lebih 15 tahun tidak ke sana. Maka banyak perubahan yang saya lihat. Tetapi pergerakan kami amat terhad kerana kesesakan jalan raya bermula dari Sungai Buloh lagi. Kami keluar di Rawang dan mengambil jalan lama. Malangnya ramai yang berfikiran sama maka jalan pun sesak juga. Maka kami keluar semula ke lebuh raya  di Tanjung Malim dan mula mendaki dari Tapah dengan harapan kesesakan berkurangan. Harapan tinggal harapan. Sesak juga.  Kami merangkak dengan kelajuan mungkin 40-50 ksj. Hanya seronok bersama cucu membuatkan perjalanan kami tidak membosankan.

Azmi Huzaifah, 5 tahun setengah.

Akif Humaidi, 4 tahun 2 bulan .

Asim Haniya 2 tahun 3 bulan
 Tiga orang cucu dengan aksi dan karenah masing-masing dalam kereta.
Pemandangan jauh kawasan rumah peranginan.

Kami tinggal di Rumah Peranginan Kerajaan selama 2 malam. Semua tempat menarik penuh sesak dan trafik begerak bumper ke bumper. Mungkin kerajaan pun boleh dipersalahkan kerana tidak cukup usaha membesarkan jalan dan mengaturkan perancangan bangunan yang sistematik supaya mudah pakir kereta. Dan kami tidak nampak bilangan polis yang mencukupi untuk mengawal kesesakan kereta dan pelancung. Gerai-gerai jualan pun terlalu dekat dengan jalan raya. Mungkinkah fenomena ini boleh dibaiki? Rakyat didahulukan......

Oleh kerana kesesakan maka pergerakan kami selama dua hari pun terhad dan dengan cucu-cucu yang aktif maka keselesan bercuti berkurangan. Walaubagaimana pun kami cuba memenafaatkan masa dan peluang sebaik mungkin. Dapat juga kami melihat ladang strawberry dan tempat jualan Cactus dan tempat membiak lebah untuk madu. Kami cuba pergi ke ladang Teh tetapi kerana kesesakkan jalan maka apabila sampai di gate kami  tidak dapat masuk kerana katanya tempat itu sudah ditutup buat hari itu. Kecewa sedikit tetapi dapat juga melihat nya dari jauh.

 Hidup ibarat pokok Cactus. Sedar akan diri dan padai berjimat keperluan hidup.

 Sekarang ini belum musim strawberry. Tidak ada peluang memetik dan makan dipokok.

Ladang teh dari jauh. Tiada kesempatan ke puat memproses teh untuk membeli ole-ole.

Lebah untuk menarik perhatian pelancung di ladang lebah dimana banyak pokok-pokok
bunga yang berwarba-warni.








Dalam kesesakan kereta dan manusia, kami dapat juga relax dan menikmati "Scone and Tea" di salah sebuah perhentian dan membeli barangan strawberry seperti acar dan jam buatan rumah. Anak saya meraikan keluarga tua (kami dan besan).

 Minum teh berlatar belakangkan ladang strawberry.
(Scone and tea - Teringatkan budaya Mat Salleh semasa tinggal di UK dahulu.)

Dicelah-celah lawatan itu dapatlah kami bersembang santai dan menjalin silaturahim keluarga berbesan. Kami bercerita-cerita sedikit mengenai menantu kami, kekuatan dan kelemahan, dan akhirnya senyum dan gelak belaka melihat  cara keluarga muda sekarang ini menangani masaalah rumah tangga mereka. Tidak sama seperti kami dahulu. Sudah banyak berbeza. Tetapi sering saya katakan pada anak saya kalau kita pegang kuat prinsip dan gaya hidup yang syarie, maka tidak ada masaalah yang tidak boleh diselesai dengan bijaksana.

Kami bersyukur kerana sesekali dapat bersama besan dan menentu. Ada peristiwa-peristiwa yang menceriakan dan ada juga yang mencabar pemikiran dan kesabaran. Itulah adat hidup berkeluarga. Kata Allayyarham P. Ramli : "sedangkan lidah lagi tergigit". Hidup ini tidak sunyi dari perkara-perkara yang memerlukan pemerhatian dan pemikiran yang menggunakan mata-hati.  Mesti ada prinsip memberi dan menerima. Tetapi dalam Islam keindahan hidup ini adalah lebih pada memberi. Jika kita berfikiran memberi maka tidak ada masaalah menjadi penerima.

Dua hari di Cameron saya ceriakan hati saya dengan mengamati jenis-jenis tumbuhan di bumi yang udaranya agak sejuk walaupun tidak sesejuk 15 tahun yang lalu. Di bawah ini saya rakamkan keindahan bunga-bunga ciptaan Allah. Ia menyejukan hati adan akal fikiran.Maha suci Allah. Tiada ciptaanNya yang sia-sia walaupun sebutir zahrah.







Semoga saya dapat kembali lagi ketempat ini, insyaAllah bukan di waktu cuti sekolah. Semoga kami dapat beterusan mentadabbur alam dan menjalani hidup ini dalam runang linkup mentauhidkan Allah swt jua.

Saturday, June 4, 2011

SENDIRI DAN MENYENDIRI

PENGABDIAN SENDIRIAN ?

Nabi Muhamad saw berkhalwat di Gua Hira', memantapkan pengabdian kepada yang maha Esa walau pun ketika itu belum turun alQuran. Menyendiri tidak bererti sediri atau bersebdirian. Ada kalanya kita perlu menyendiri untuk berfikir panjang tentang hal-hal kehidupan diri atau keluarga. Menyendiri juga perlu semata-mata untuk "berzikrullah", memikirkan kembali kebesaran dan kekuasaan Allah dan sifat-sifat lainnya dan melihat dimana kedudukan kita.

AlQuran menyebut dengan jelas dalam Surah AliImran ayat 190-191.
" Sesungguhnya pqada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan Rahmat Allah) bagi orang-orang yang berfikir.
Ia itu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring; dan mereka pula mimikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."

Di sini Ululalbab di terjemah sebagai 'orang-orang yang berfikir'. Ia meliputi semua aktiviti orang-orang yang beriman yang memakmurkan dunia ini termasuk membuat penyelidikan yang hasilnya boleh dimenafaatkan untuk masyarakat dan ummah sejagat. Maka konsep zikrullah itu bukan bererti berzikir di atas tikar sejadah solat semata-mata, tetapi lebih hebat ialah orang yang mungkin dudduk di kutub Utara dan hutan belentara yang membuat penyelidikan tentang hikmah kejadian dan ciptaan Allah dan sekali gos menyumbang pada kegemilangan tamadun manusia.

Maka konsep menyendiri atau dalam kumpulan orang-orang sufi sebagai Uzlah atau Suluk pada pandang saya belum mencukupi sebagai usaha pengabdian yang menyeluruh. WaAllahu'alam.


Friday, June 3, 2011

CUCU CICIT PEWARIS BAPAK.






Allahyarham Mak saya selalu berkata-kata pada saya dan kakak-kakak tentang apa nak jadi pada cucu dan cicit dan pada pewaris seterusnya. Mak saya seorang yang berfikiran jauh. Kadang-kadang saya katakan padanya jangan risau-risau pada cucu cicit. Mak sudah buat yang terbaik pada peringkat anak-anak, maka itu sudah memadai. Semoga Allah terima usaha Mak itu sebagai amal soleh. Allahyarham bapak saya tidak berpeluang kerana semasa ia meninggal dunia kami belum sempat bercerita-cerita tentang anak cucu. Walaubagaimana pun semoga bapak juga mendapat ganjaran atas usaha-usaha gigihnya.



Gambar di atas ialah Hafiz dan Firdaus. Allah kurnia sampai keperinkat University. Ramai yang lain samapi juga ke peringkat itu. Allah kurnia juga yang memegang jawatan penting di syarikat-syarikat. Cuma saya belum berpeluang menyimpan gambar-gambarnya.
Yang baju merah di bawah itu ialah Taufik dan baru setahun belajar di Maahad Tahfiz di Shah Alam. Yang baju hijau itu Afiq yang belajar di Sek Menengah di Cheras tingkatan II  Ia sudah menampakan ketelitianya tentang hukum hakam Islam. Alhamdulilah.


Ini Afiqah dan yang baju hijau itu Husna. Keduanya di peringkat Sek. Menengah.
Selalu saya katakan semoga salah seorang menajadi seorang journalist yang menguasai berbagai bahasa antarabangsa. Saya sarankan juga pada cucu cicit yang tiada digambar. Semoga Allah kurnia.

Sering saya kepenatan berkejaran untuk bersama cucu-cucu saudara dari dua orang kakak yang duduk dekat dengan rumah emak saya. Jadi saya amat rapat dengan mereka berbanding dengan yang lain kerana tinggal jauh di kampung lain. Walaubagaimana pun saya selalu mencari masa dan peluang untuk bersembang santai dengan mereka. Alhamdulilah Allah memberi ruang untuk bermesra dari masa kemasa.


Ini Gambar Allahyarham Emak dan Bapak saya yang dirakam pada pertengahan tahun 1950an di Pontian, Johore. Bapak saya duduk dikerusi. Kiranya mereka itu dulu "pendatang tanpa izin" dari Tanah Jawa pada tahun 1920an. Saya bersyukur,  rupanya perancangan Allah itu tiada yang dapat menduga.


Siapakah dapat menduga usaha bapak saya membuka hutan untuk ditanam pokok getah semasa datangnya ke tanah Melayu ini dapat melahirkan warga yang dapat diasuh supaya berwawasan sepertinya, iaitu berani mengharung lautan dan berani mengambil apa jua risiko, pada masa itu mungkin untuk sesuap nasi dan tidur beratap. Alhamdulilah. Itu kurnia Allah dengan izin dan kehendakNya. Bapak saya dulunya seorang santri tetapi belum selesai pengajiannya ia sudah "berhijrah" ke sini. Disamping berkerja berkebun sepanjang hari Bapak mengajarkan Fardhu ain pada keluarga dan kawan-kawan dalam bahasa Jawa. Saya masih menyimpan beberapa kitab jawanya tetapi sudah lusuh keadaannya.

Bila mengimbau cerita-cerita pada anak cucu ada yang mengambil ringan perjuangan itu tetapi ada juga yang bertanya-tanya lanjut. Begitulah lumrahnya keturunan pendatang, terutama generasi pelapis kedua dan ketiga. Cerita-cerita penoraka dunia baru makin lama makin dilupai. Nanti perginya saya dari bumi Allah ini pasti  cerita-cerita perjuangan bapak sudah hilang dari kenangan. (sangat besar kemungkinan itu). Sedih tetapi itulah reality. Semoga Allah menerima kami sebagai hamba-hambanya yang berbakti dan kami diredhaiNya.

Dilain entry insyaAllah saya sambung cerita-cerita cucu cicit untuk tatapan mereka bila saya sudah tiada. Semoga Allah memberkati.

Thursday, June 2, 2011

LIFE AND LEISURE

STANDING AND STARING....AND THINKING?

What is this life if full of care
We have no time to stand and stare
No time to stand beneath the boughs
And stare as long as sheep or cows
No time to see when woods we pass
When squirrels hide their nuts in grass
No time to see in broad day light
Streams full of stars like skies at night
No time to turn at Beauty's glance
And watch her feet how they can dance
No time to wait till her mouth can
Enrich that smile her eyes began
A poor life this is if full of care
We have no time to stand and stare.

I liked the above poem  by William Henry Davies when I was young. As a student of English Literature I memorized it then. I cannot do it now. I  write this down in this entry and started thinking again as to why I considered it  such a great creative thought. I think a little differently now. We should not find time to stand  and stare just for its own sake, enjoying leisure without a divine purpose. If we work hard  all day and every day and there is little or no time for leisure, but we did it all in pursuance of the Pleasure of Allah God Almighty, then there is nothing to be sorry about. Life has a purpose for now and the hereafter.

Wednesday, June 1, 2011

BARANGAN TUA / BARANGAN BURUK



Ini gambar barang tua / barang buruk yang di letak ditepi jalan.
Saya rakam semasa  dalam perjalanan musafir  di Turki baru-baru-baru ini. Saya terasa dalam hati. Inilah kebiasaan hidup. Bila tiada harga maka dicampak ke tepi seperti tidak lagi berguna.

Saya terkenang suatu kisah yang biasa-biasa tetapi bila difikir-fikir rasa agak kebimbangan. Pada malam Sabtu yang lalu suami dan saya menghadiri satu majlis perkahwinan menerima menantu di Hotel Concorde, Shah Alam. Suasana menceriakan dan dapat bertemu sahabat handai dan kenalan.

Di celah-celah perbualan teman yang saya baru kenal duduk bersebelahan,  ia menarik perhatian saya mengenai komposisi para jemputan yang hadir.  Teman baru ini katanya ia belum ada menantu tetapi sering berbual dengan anak-anak mengenainya. Kata anaknya; "Mama, kenapa kita perlu jemput kawan-kawan mama untuk majlis perkahwinan anak. Jemput kawan-kawan biasa  sudahlah. Mana boleh enjoy ramai orang tua." Teman baru ini bercerita selamba dan santai. Seperti komen  itu bukan petanda apa-apa. Tetapi saya rasa terkedu di hati. Inilah perkembangan sosial dan kekeluargaan dalam masyarakat kita sekarang. Orang muda ramai yang tidak nampak bahawa orang tua masih ada peranan. Mereka rasa seperti tidak seronok agaknya. 

Sedih juga rasa dihati. Saya hanya  mengatakan sekarang ini anak-anak muda lebih bergantung pada rakan  sebaya atau dewasa muda kerana ada yang mengatakan orang dewasa tua tidak lagi memahami kehendak dan cita rasa mereka. Teman baru saya hanya tersenyum. Saya pun diam kerana bukan tempatnya dan masanya  untuk berbincang perkara serious seperti itu.

Itulah agaknya sekarang ini bilangan nursing home, diperhatikan secara rambang,  makin hari makin bertambah. Tak kiralah untuk orang tua Islam atau bukan Islam. Nilai insaniah kita makin luntur. Kita membangun dan kemewahan nampak bertambah. Tetapi  tanpa ilmu yang benar dan jelas kita boleh tergelincir dari landasan hidup harmoni. Untuk apa kemewahan dan untuk apa kegembiraan dan kebahagiaan  kalau kesemuanya itu tidak dapat dan tidak mahu dikongsikan......yang muda dengan yang tua. Orang tua menjadi seperti  "Quran buruk", satu pepatah bahasa yang saya rasa amat  tidak selesa menyebutnya.

Semoga ini hanya satu perasaan sensitif sahaja buat malam itu. Hati kecil saya masih mengharapkan bahawa di luar sana generasi pewaris kita semuanya baik-baik belaka.


Related Posts with Thumbnails