"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, May 16, 2011

"BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG".

Ukiran bunga-bunga membentuk bendera Merah Putih Republik Turkey di hadapan pintu besar masuk ke Mausoleum Mustaffa Kamel Atuturk. 
(Mausoleum Anitkabir)


 
Mustaffa Kamel digelar 'ATUTURK'  iaitu Bapa orang Turkey. Mosseleum yang dibina untuk mengenang jasa-jasanya tersergam indah. Di sinilah jasadnya di'semadikan' dalam casket dalam tahun 1954 yang sekelilingnya dihias dengan "Garden of Peace". Dalam taman itu, selain dari pohon-pohon bunga,  terdapat pohon-pohon yang dihadiahkan oleh berbagai negara seperti Afghanistan, Austria , Canada, Denmark, Egypt, India, Germany dan banyak lagi termasuk AS dan UK. Tetapi kami tidak ditunjukan tempat casket khas  itu dan kami pun tidak minta ditunjukan. Pemandu pelancung menjelaskan  bahawa jenazah Kamel Aturtuk diakhir hayatnya dimasukan dalam keranda dan keranda itu di isi dengan tanah dari semua wilayah Turkey dan kemudian diletakan disatu tempat khas sementara menunggu Mausoleumnya dibina yang mengambil masa beberapa tahun setelah kematiannya. Mengapa ia diperbuat begitu kami kurang arif dan tidak bertanya lanjut kerana itu menjadi isu sensitif. Di Mausolem ini dibina dataran yang amat luas yang digunakan untuk memperingatinya setiap tahun. Kanak-kanak sekolah digalakan mengunjungi tempat ini dalam program pendidikan mereka. Kami terserempak dengan mereka maka saya rakamkan kehadiran mereka untuk kenanagan lawatan kami.

Dataran yang luas.

Generasi pewaris Atuturk?

Antara landskap "Garden of Peace" yang  indah di sekeliling kawasan Mausoleum

Sehubungan dengan ini saya membaca sebuah handbook  " Atuturk's Legacy" dan  sebuah buku "Ataturk - The Rebirth of a Nation oleh Patrick Kinkross. Saya membacanya semata-mata untuk memahami fakta yang diceritakan oleh pemandu pelancung yang kadang kala saya tidak dapat memahami sepenuhnya. Dalam pendahuluan handbook "Ataturk's Legacy" saya rakamkan di bawah ini sebahagiannya untuk sama-sama kita fikirkan.:-
"ATATURK - Victorious commander of the Gallipoli War 1915, Natiuonal Hero, Nation - builder 1923 - 1938, Field Marshal and Ghazi 1922, Revolutionary 1922 - 1938, The First President of the Republic of Turkey 1923 - 1938, Mustafa Kemal Ataturk 1881 - 1938 was all of the above. But who really was he? Was he the Miracle worker as many people, foreign and Turkish, depicted him to be? Was he the " immortal Ataturk"? Was he only the liberator, a Republican, and Nationalist? If so, how is it possible to account for his cosmopolitan ways and worldview based on the three simple words that he constantly employed for the future of his country - to catch up with contemporary Civilization (muasir medeniyete erismek) Why did he capitalize on Secularism and on the legal / political emancipation of women?"
Kerajaan Ottoman Empire wujud selama 500 tahun. Tetapi tidak dapat mempertahankan keagongannya. Kalau kita membaca buku Sayyid Khutub "MILES STONES" beliau  mengatakan Empire Ottoman menjadi bobrok kerana sikap dan akhlak pemimpin dan rakyatnya yang  makin hari makin bertunjangkan kebendaan. Ramai mereka yang hidup berpoya-poya. Maka runtuhlah Empire itu. Kamal Ataturk melihatnya dan mengambil keputusan : "The Republic of Turkey can never be the land of Sheikhs, Dervishes, disciples and lay brothers. The straight and true path is the road to Civilization." Dan ketamadunan yang unggul padanya semestinya berasaskan Sains dan logik (Rationalism and Science).

Maka padanya agama bukan sains. Agama adalah punca kelemahan manusia. Maka ia mengharamkan tulisan abjad jawi yang termaktub dalam alQuran. Ataturk mereka (create) tulisan (alphabet) baru bagi seluruh negara. Hari ini alQuran dibaca mengikut bunyi tulisan Turkey alQuran tidak diajarkan disekolah-sekolah. Mengikut maklumat pemandu pelancung pendidikan Islam tidak diajarkan disekolah kerajaan dan tidak diajarkan dimana-mana. Ia cuma menjadi agama warisan mengikut kekuatan penghayatan agama oleh ibu bapa. Maka saya tanyakan bagaimana pula Imam-imam Masjid menjadi Imam. Itu katanya ada syarat dan program khas. Dia tidak menjelaskan lanjut. (Kami berpeluang berjemaah dalam dua Masjid dan bacaan Imam adalah cantik pada pendengaran saya.)

Dalam Handbook di atas tadi ada satu paragraph yang berbunyi berikut:
" In 2008, Talaat S. Halman published ATATURK ALIVE, IN HIS OWN WORDS, where he introduced the President as follows:  Destiny has endowed very few individuals with any of Ataturk's achievements. Protagonist of his nation's sovereignty. Undefeated commander. Pioneer of anticolonialism. Staunchest fore of Imperialisam at home and abroad. Creator of a Republic. Transformer of the political, legal and socio-economic systems. Spellbounding orator. Cultural revolutionary. Secularist visionary. Humanist and International peacemaker. Model for the leaders of emancipation and of emerging nations. The hero of the 20th century renaissance...Ataturk's oratorical legacy stands as one of the most successful for its time as well as for later decades.His statements on peace at home and peace in the world, freedom and independence, human dignity and economic development, education for all, the vital importance of science, culture and the arts, and the supremacy of humanistic values continue to inspire forward-looking Turks and progressive nations throughout the world."
 Begitulah hebatnya Mustafa Kemal Ataturk ini. Semasa saya disekolah rendah dan permulaan sekolah menengah, antara sejarah dunia dan personality yang mesti kami pelajari ialah Kemal Ataturk. Beliaulah yang memodernkan Turkey dan harus kita contohi. Apabila dewasa dan berkerja hingga seterusnya sekarang barulah saya menyedari bahawa ada kontrovesi mengenai keunggulanya. Yang terpenting sekali ialah ia dituduh sebagai tidak menempatkan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Turkey. Ia menghapuskan tulisan Jawi alQuran. Beliau mengasingkan agama Islam dari pentadbiran negara. Islam tidak mendapat tempat yang istimewa dihatinya dan di negaranya. Tetapi kedudukannya dalam Islam hanya Allah sahaja yang boleh menilainya. Maka dalam musafir melancung di sana baru-baru ini kami cuba bertanya-tanya mengenai kontroversi ini. Pemandu pelancung kami tidak mahu berbicara mengenainya. Padanya Ataturk adalah segala-galanya bagi Turkey. Secara perbadi saya rasa sedih kerana identity Islam sudah tidak jelas lagi walaupun Turkey dapat membangunun dengan pesatnya setelah kemerdekaan dapat dicapai dengan  kekuatan dan kebijaksanaan Kemal Ataturk sendiri.

Maka dalam buku yang saya sebut di atas tadi saya cuba memahami mengapa Ataturk mengambil jalan ini dan mendapat sokongan kuat dari rakyatnya. Tetapi tidak mungkin saya dapat memahami segalanya. Cuma saya baca sedikit mengenai zaman kanak-kanaknya, dan pendidikan awal remajanya dan sedikit selepas itu.

Ia adalah seorang Macedonian yang dilahirkan di Salonika dalam tahun 1881.Ia dilahirkan sebagai seorang Muslim Ottoman dari keluarga kelas pertengahan dan berketurunan Turkey. Mungkin ada darah campuran Slav atau Albania. Bapanya bernama Ali Riza dan ibunya Zubede (Zubaidah agaknya dalam bahasa kita). Datuknya seorang guru sekolah rendah dan Ali Riza bermulanya bekerja sebagai kerani dalam  perkhidmatan kerajaan. Kemudian dia menjadi seorang peniaga dan atas sebab-sebab yang berbagai, perniagaannya kurang berjaya. Zubede adalah seorang yang wara' dan amat berpegang teguh pada nilai-nilai turun menurun yang berasaskan Islam. Dia bercita-cita supaya Mustafa Kamel menjadi seorang Hafiz. Maka anaknya dihantar ke sekolah untuk mendapat pendidikan alQuran. Bapanya tidak begitu setuju tetapi untuk keserasian keluarga, dia mengalah pada kehendak isterinya. Mustafa Kemal tidak membantah secara terbuka tetapi pembawakan dirinya menampakan ketidak sesuaiannya dalam sistem itu.

Untuk memendekan cerita, Musafa Kemal dihantar pula ke sekolah biasa. Sememangnya ia bijak dari kecil lagi dan menunjukan keperibadian yang unggul sebagai pelajar. Dia hebat dalam ilmu mathematik. Semasa bersekolah menegah dia berada dalam  suasana dimana masyarakat telah dipengaruhi dengan budaya asing. Maka bila samapai  masanya untuk melanjutkan pelajarannya Mustafa Kemal memilih Kojej ketenteraan. Mula-mula ibunya tidak bersetuju tetapi akhirnya membenarkannya demi kejayaan anaknya. Pastinya dia sendiri tidak tahu apa yang akan jadi seterusnya.

Itulah sedikit latarbelakang yang dapat saya fahami. Maka saya terpegun sendirian memikirkan laluan hidupnya selepas itu. Maka senyap-senyap saya berfikiran sendiri. "Bukan salah ibu mengandung". Ia telah cuba memberi pendidikan asas dalam sistem traditional berasaskan Islam. Tetapi setelah ke Kolej tentera, ibunya sudah tidak dapat mempengaruhinya lagi. Percaturan hidup selepas itu adalah keputusan  Kemal Ataturk sendiri.

Saya terus berfikir kerana fenomena seperti itu boleh berlaku pada sesiapa jua. Bayi dilahirkan seperti kain putih bersih. Ibu-bapanyalah yang mewarnai kain itu. Tetapi hakikatnya ialah usaha ibu-bapa semata-mata tidak mencukupi. Marilah kita fikirkan hal ini untuk generasi kita dan negara kita. Semoga Allah menunjukan jalan yang lurus. Semoga negara Turkey juga  sedang bermuhasabah diri dan semoga mereka dapat menerajui kepimpinan dunia berlandaskan Islam suatu hari nanti.

2 comments:

Makbonda61 said...

Assalamualaikum,

Teruskan,saya mengekori ayat demi ayat.

ngasobahseliman said...

Terima kasih Makbonda. Kata-kata yang memberi semangat. Semoga saya dapat menunaikan apa yang saya fikirkan. Salam.

Related Posts with Thumbnails