"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, May 20, 2011

MAQAM SUFI AR RUMI.





Selama seminggu  bermusafir di Turkey banyak perkara yang saya terfikir-fikir terutamanya mengenai Sistem Khalifah dunia Islam yang terhapus dengan runtuhnya Empire Ottoman dan lahirnya Republic Turkey yang diperjuangkan oleh Mustafa Kemal Ataturk. Sistem pemerintahan Khalifah dikatakan melemahkan pengurusan negara terutamanya dari segi politik dan hubungan luar. Bagaimana sebenarnya fenomena ini diterjemahkan demikian rupa  saya kurang pasti. Tetapi hakikatnya sekarang ini imej Islam amat rendah di kalangan beberapa warga Turkey yang saya temui. Fakta ini disahkan oleh pemandu pelancung kami yang mengatakan ramai yang tidak hairan dengan keagongan Islam kerana pembangunan negara itu dapat menandingi negara maju di Eropah yang lainnya. Perihal sebenarnya saya kurang pasti kerana tidak ada peluang untuk mencari pengesahan bebas.

Tetapi yang menghairankan saya, aturcara lawatan membawa kami melawat masjid-masjid yang dibina beratus tahun yang lampau. Pemandu pelanucung amat cekap memberi penerang mengenai fakta sejarah masjid-masjid tersebut dan boleh juga menceritakan siapa yang membina dan salur galur keturunan sultan-sultan yang mewarisi bangunan-bangunan yang indah tersergam itu.

Diantara masjid yang dilawati adalah masjid yang dalam kawasan Maqam Sheikh Jalaluddin Ar Rumi, di daerah Konia sejauh lebih kurang 300km dari Istanbul. Ia asalnya adalah 'the Rose Garden of the Saljuk Palace' yang dihadiahkan pada bapa Ar Rumi. Dalam tahun 1273 sejarah mencatatkan ia menjadi Maqam Ar Rumi.

Pemandangan jarak jauh  'The Green Dome'  iaitu Maqam Maulana Sheikh Jalaluddin Ar Rumi.

Ruang solat  dan Solat Jemaah waktu Asar sedang berjalan. Diperhatikan mereka berdiri amat
rapat-rapat, tidak seperti disetengah-setengah masjid di Malaysia.

Keindahan taman di hadapan Masjid.

Masjid ini khas besebelahan dengan Maqam Ar Rumi yang dikenali juga dengan 
panggilan "Maulana".Diterangkan juga bahawa maqam ini dinamakan Melvana Museum. Tulisan jawi arab yang jarang-jarang dilihat di Turkey yang saya lawati masih ada tanda bagi Maqam ini.
Semoga ia akan kembali murni dihati-hati yang menziarahi Maqam ini. Dan tulisan Jawi arab akan disanjung tinggi kerana tanpanya isi alQuran tidak akan dapat difahami ke akar umbi.
Pemandangan Maqam Maulana  dan Masjid dari jauh.
(Tiada dibenarkan mengambil gambar di dalam Maqam. Dalam ingatan saya ada peninggalan bilik bacaan dan ada simpanan naskah -naskan alQuran dengan penulisan khat yang cantik-cantik.
Ramai pengunjung yang mengangkat tangan berdoa atau membaca sesuatu. Masih ada yang menghargai 'alim ualama' silam walau pun tidak diketahui sebenar tujuan lawatan.)

Taman perkuburan waris Sheikh Maulana bersebelahan dengan Maqamnya.
Di dalam adalah maqam waris terdekat sahaja.

Saya tertarik dengan tertubuhnya Maqam ini kerana nama Jalaluddin Ar Rumi telah saya dengar lama dahulu lagi. Tetapi saya cuma mengetahuinya bahawa beliau adalah seorang ahli Sufi yang terkenal. Saya percaya Gerakan Sufi di Malaysia ramai yang sudah maklum akan  Ar Rumi. Pada fahaman saya Gerakan Sufi adalah seperti Gerakan Tarikat. Saya sendiri pernah mengikuti satu gerakan Tarikat Nekshabandiah yang dipimpin oleh seorang Sheikh  yang mengajar di Akademi Islam University Malaya ketika itu, iaitu dihujung tahun lapan-puluhan hingga awal sembilan-puluhan.(saya tidak menyambungnya kini atas kesibukan ketika itu dan sekarang terputus jemaah).Saya difahamkan Ar Rumi juga mengikut Nekshabandiah.  Maka saya tahu sedikit-sedikit mengenai prinsip, amalan zikrullah dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan gerakan kumpulan seperti ini. Tetapi amalan kumpulan yang saya ikuti ini tidak ada amalan seperti apa yang dipelopori oleh Sheikh Ar Rumi di bumi Turkey ini. Pastinya berlainan sedikit antara satu amalan dengan satu amalan. Antara amalan Ar Rumi dan ahli-ahlinya ialah seperti apa yang disebut oleh pemandu pelancung "the whirling dervish". Apa bila sampai ke tahap khusyuk mereka seperti "menari" berpusing agak lama seperti dalam gambar kulit buku yang ada di atas entry ini. Saya difahamakan bahawa Sheikh Ar Rumi cuba mendekatkan ahli-ahli melalui "hiburan". Di dalam museum ditunjukan juga peralatan musik yang digunakan yang boleh membantu mencapai peringkat khusyuk.

Saya tidak faham sepenuhnya cuma saya tuliskan dalam entry  ini kerana saya  agak tidak selesa dihati apabila ia dikaitkan dengan Ar Rumi seolah-olah inilah tunjang amalan ahli Sufi. Dan l saya juga rasa kurang selesa apabila saya diberitahu oleh pemandu pelancung "tarian" itu seperti di "dagangkan" kerana sekarang terdapat disetengah tempat (di restoran besar) ia menjadi "pertunjukan khas" seperti ianya satu budaya Turkey. Walau bagaimana pun saya tidak dapat dan tidak boleh mengulas lanjut hal ini kerana saya di Turkey hanya sebentar dan saya  bukan ahlinya.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah sedikit maklumat mengenai AR Rumi dari kaca mata seorang biasa yang baru pulang melancung dari Turkey dan bukan dari kaca mata dan pendirian seorang penyelidik dan pemikir atau seorang ilmuan.

Mengikut buku yang saya baca seperti di atas, Ar Rumi dilahirkan di Balkh, Khorasan, (yang sekarang ini Usbekistan, Turkmenistan, Afghanistan, Tajikistan dan Iran). Dalam umurnya lima tahun ibu-bapanya berhijrah ke Anatolia, sekarang ini  negara Turkey. Mereka menetap di Konia hingga Ar Rumi  pulang ke Rahmatullah pada bulan Disember 1273. Mengapakah ada elemen "tarian" yang dipanggil "whirling dance" atau "Sama" dalam amalan sufi mereka. Sheikh Ar Rumi yakin musik boleh membantu sesaorang khusyuk dalam zikrullahnya. Katanya: "Music is the nutrition of the souls of the servants of the Lord; Since in music there is hope of reaching God."

Kita tinggalkan konsep "The Whirling Dervish" atau "the whirling dance"  kerana ia sukar difahami sepenuhnya dengan hanya membaca. Cuma saya ingin mencatat di bawah ini beberapa kata-kata  Ar Rumi yang boleh sama sama kita fikirkan, dan mungkin boleh kita tanyakan pada yang ahli dalam bidang ini.
Ar Rumi's Seven Pieces of Advice
 In Generosity in helping others....Be like the river
In Compassion and Grace....Be like the sun
In Concealing others' fault....Be like the night.
In Anger and Fury....Be like the dead.
In Modesty and Humility....Be like the soil.
In Tolerance....Be like the ocean.
Either appear as you are or ......Be as you appear.

Maxims from Ar Rumi.

The wars of men are like the quarrels of children; both are meaningless and stupid.
Indeed envy is a defect worse than any other.
If you want to receive mercy, be merciful to the weak.
Before you say anything, first listen.
Thoughtless friends are themselves the enemy.
Don't allow your animal nature to rule your reason.
The people of the world don't examine themselves, and they blame one another.
O, happy is the soul that sees its own faults.
The middle path is the way to wisdom.
Revile those who flatter you.
The essence of all wisdom is to know the answer to "Who am I?" and
"What will become of me?" on the Day of Judgement.
Know that a word suddenly shot from the tongue is like an arrow shot from the bow. Son, that arrow won't turn back on its way; You must damn the torrent at its source.
Look where you step. You will avoid a false step and you will be saved from stumbling.
The carnal soul inside you that is waiting to ambush you is worse than anything else in terms of pride and resentment.
Hard work and earning are not obstacles to finding  a treasure! Continue to work hard, if it is God's will, the treasure will find you.

Adat manusia, kita suka kata-kata yang indah. Tetapi Ar Rumi tidak mahu kompromi jika kata-katanya di salah tafsirkan. Maka dia berkata:

"I am the servant of the Quran as long as I have life.
I am the dust on the path of Muhammad, the Chosen One,
If anyone interprets in any other way,
I deplore that person and I deplore his words."

Wa Allahu'alam.

2 comments:

noraini said...

salam sobah berbaloi beli buku arrumi.

ngasobahseliman said...

Salam. Memang betul amat berbaloi. Orang Barat yang tidak beragama Islam pun amat kagum dengan keperibadian Ar Rumi. Semoga satu hari nanti ramai yang mengikuti jejak Ar Rumi dari segi mentauhidkan Allah swt.

Related Posts with Thumbnails