"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Wednesday, May 11, 2011
RASA KEHILANGAN
Bermula 2 Mei hingga 9 Mei saya dan suami bermusafir ke Negara Turkey bersama Syarikat POTO Travel. Ia menjadi sebahagian usaha kami mentaddabur alam, wahyu Allah selain dari apa yang termaktub dalam alQuran. Dalam perjalanan dari lapangan terbang Istanbul terus ke Bursa, seorang teman yang bersama dalam musafir menerima SMS memberi tahu berita bahawa Osama Laden telah ditembak mati oleh tentera Amerika Syarikat.
Setiap yang hidup pasti mati akhirnya. Itu hakikat yang mesti diterima. Namun hati ini tetap marah pada AS yang menganggap dirinya terunggul di dunia ini. Orang lain sahaja yang zalim dan tidak bermarwah. AS mengaggap dirinya tidak ada salah silap. Sebenarnyanya merekalah manusia rakus kuasa. Tetapi oleh kerana mereka menguasai semua media, maka mereka disanjung tinggi sebagai kaum yang mempertahankan hak asasi manusia, kebebasan dan bergabai lagi hinggakan ada rakyat di Malaysia juga yang merasai mereka juga terhutang budi pada AS dan seharusnya memberi sokongan tanpa berfikir mendalam tentang siapa yang benar dan siapa yang berpura-pura.
Maka sebelum saya bercerita lanjut mengenai pengalaman saya di Turkey, saya suka merakamkan rasa kehilangan seorang pejuang Islam yang sukar ditandingi. Semoga Allah menempatakan Ruhnya bersama-sama para sidiqqin, syuhada' dan solihin. Dan semoga kami dapat bertemu di Syurga Allah yang maha besar, maha adil dan maha berkuasa. Semoga para mujahid yang masih ada akan meneruskan perjuangannya dan semoga satu hari nanti Islam akan berkuasa dimuka bumi ini seperti yang Allah sebut dalam surah An Nur ayat 55. Namuna adalah menjadi tanggong jawab semua orang yang mengaku dirinya muslim mukmin mentauhidkan Allah dalam semua perilaku dan tindakannya.
Marilah kita yakini janji Allah dan berusaha bersungguh-sungguh menuju ke arahNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum puan
Wah begitu adventure hidup puan.Saya juga ada azam untuk itu.
Amarika adalah lambang dajjal yang muncul diakhir zaman,atau sememngnya lah dia dajal itu.Dia akan memaksa umat mengikuti telunjuknya jika mahu dunia.Dan semakin ketara nampaknya siapa mereka yang sudah berada di hujung jarinya.
Waslm, t. kasih datang kunjung. Cerita AS tak habis dalam satu blog. Cuma ramai lagi rakyat Malaysia yang tak yakin sifat musang berbulu ayam ini. Ya Allah peliharalah kami dan peliharalah umat Islam di mana jua.Hanya pada Allah kita mohon pertolongan
Post a Comment