"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, May 25, 2011

SAMPAI DI SINI DULU......






Pemandangan di daerah Pumakkale dengan  "Signature Landscape" bagi Bumi Turki . Lihat juga peninggalan struktur tembuk dizaman kerajaan Rome.




Sebahagian dari bunga-bunga di tempat yang sama. Menceriakan maka hilang kepenatan.
Betapa maha kasih sayangNya Allah pada manusia.

Tinggalah bumi bersejarah Turki dengan segala keindahannya buat sementara waktu. Saya dan suami bercita-cita menziarahinya lagi. Entah bila agaknya, siapa yang tahu. Mungkin kali ini akan ke sebelah Timur negara itu di mana terletaknya sebahagian dari Kurdistan yang juga bersejarah itu. Orang-orang Kurdish terkenal dengan kehebatan sikapnya, jati dirinya, tanggongjawabnya, komitmennya dan keberaniannya. Maka penjajah British dikatakan telah senghaja memecahkan kelumpuk bangsa itu supaya kekuatan mereka  tidak akan membahayakan mana-mana pihak. Hari ini sebahagian mereka berada di TimurTurki, sebahagian di Utara  Iraq dan sebahagianya di utara kedua negara itu. (Tanyakanlah pakar sejarah yang lebih arif  dalam bidang geopolotik mereka.)

Setelah musafir selama 9 hari dan melihat serta mendapat berbagai maklumat, saya rasakan Turki amat istimewa bagi saya. Pada akhir kata lawatan musafir ini saya  ingin menyorot kembali akan kehebatan bangsa Turki ini  dan juga keturunan Kurdish yang menjadi sebahagian rakyat Turki. Pastinya ramai yang tahu mengenai  orang Turki dan orang Kurdish ini.

Seorang Panglima perang, Sallahudin Al Ayubi yang berbangsa Kurdish telah membebaskan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis (Jeruselum) dari penjajah pada 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah tentera Salib. (Sila rujuk Wikipedia Bahasa Melayu). Salahahudin meninggal dunia pada 1193. Jika kita dapat gabungkan semangat dan kegagahan panglima ini dengna seorang lagi Panglima iaitu Al Fatih dalam kekuatan tentera Islam sekarang, saya yakin musuh-musuh Islam akan rasa gentar. Al Fatih telah menakloki Constantinople tetekala umurnya baru 21 tahun. Dengan jatuhnya Constantinople maka bubarlah empayar Byzantine. Constantinople adalah Istanbul sekarang ini. (Sila rujuk Wikipedia Bahasa Melayu).

Jika Umat Islam bersatu padu dan berusaha sungguh-sunguh membangunkan kekuatan negara dari segi sosial, ekonomi dan ketenteraan dalam ruang lingkup mentauhidkan Allah, saya yakin Islam akan kembali cemerlang gemilang dan Israel tidak akan berani mengangkat muka sama sekali. Islam bukan mahu bermusuh. Tetapi jika mana-mana pihak mahu menggangu gugat keselamatan dan maruah orang-orang Islam di mana jua maka orang Islam dituntut mempertahankan diri.

Marilah kita berusaha dan berdoa semoga akan lahir tokoh-tokoh seperti Salahudin dan Al Fatih di zaman ini dan Allah akan membuka jalan semoga Umat Islam akan dapat membebaskan Palestine dari cengkaman Yahudi Zionist dan menghapuskan pengaruh mereka di mana jua mereka dan sekutu-sekutu mereka berada.. Yakinlah kita dengan Janji Allah dalam Surah An Nur ayat 55 yang menyebut orang-orang yang beriman akan memerintah Bumi ini dengan syarat-syarat yang ditentukan. Semoga kita mematuhi syarat-syarat itu dan semoga Allah kurnia kemenanagan dan kemenangan ini Allah meredhai.

Usaha kita terutamanya adalah dibidang ilmu, semua jenis ilmu, kerana tanpa ilmu tidak mungkin kita dapat menguasai ekonomi, kewangan, politik, dan ketenteraan dan apa jua yang relevan untuk pembanunan sumber manusia, sosial dan sebagainya. Doa perlu kerana itu bukti kesungguhan dan kebergantungan kita hanya pada Allah jua. Tetapi jangan pula kita hanya bergantung pada doa kerana Allah maha Berkuasa dan Allah tidak terikat dengannya. Hanya kita yang memerlukanNya dan doa kita harus berterusan terutama ketika di satu-pertiga malam. Munajat ketika itu amat Allah sukai dan kita insyaAllah didengari. Itulah yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah dan hampir semua lapisan tenteranya dan siapa jua yang bersungguh-sungguh mengabdi diri ke jalan itu, iaitu menegakan Kebenaran Allah yang maha Esa maha Berkuasa.

Alhamdulilah, Allah mengurniakan saya dan suami musafir ke Turki dengan selamat dan dapat berfikir-fikir dan berkongsi pengalaman. Semoga Allah meredhai niat tadabur alam yang kami lalui.

3 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum puan

Alhamdulillah dapat singgah sebentar di sini membaca coretan perjalanan.. saya belum pernah ke sana..

ngasobahseliman said...

Dear Werdah. Terima kasih singgah. Semoga ada munafaatnya. Werdah muda lagi banding saya. Pergilah mengembara ke hujung unia.Mengembara dalam umur saya banyak kekangan. Allah ada mesej yang dapat kita pelajari dan sedari. Nanti cerita pulak kat saya. Salam.

Kerabu Jantung said...

Salam Sis,

Did I miss this post? sayangnya.....
Gambar- gambar sungguh menarik dan begitu kontras antara satu sama lain.
Masyaallah..sungguh ajaib ciptaan Allah,
ada tempat yang terdiri dari batu batan, ada pula tempat yang ditumbuhkan dengan bunga-bungaan yang menawan....
Subhanallah!

Related Posts with Thumbnails