Allahyarham Mak saya selalu berkata-kata pada saya dan kakak-kakak tentang apa nak jadi pada cucu dan cicit dan pada pewaris seterusnya. Mak saya seorang yang berfikiran jauh. Kadang-kadang saya katakan padanya jangan risau-risau pada cucu cicit. Mak sudah buat yang terbaik pada peringkat anak-anak, maka itu sudah memadai. Semoga Allah terima usaha Mak itu sebagai amal soleh. Allahyarham bapak saya tidak berpeluang kerana semasa ia meninggal dunia kami belum sempat bercerita-cerita tentang anak cucu. Walaubagaimana pun semoga bapak juga mendapat ganjaran atas usaha-usaha gigihnya.
Gambar di atas ialah Hafiz dan Firdaus. Allah kurnia sampai keperinkat University. Ramai yang lain samapi juga ke peringkat itu. Allah kurnia juga yang memegang jawatan penting di syarikat-syarikat. Cuma saya belum berpeluang menyimpan gambar-gambarnya.
Yang baju merah di bawah itu ialah Taufik dan baru setahun belajar di Maahad Tahfiz di Shah Alam. Yang baju hijau itu Afiq yang belajar di Sek Menengah di Cheras tingkatan II Ia sudah menampakan ketelitianya tentang hukum hakam Islam. Alhamdulilah.
Ini Afiqah dan yang baju hijau itu Husna. Keduanya di peringkat Sek. Menengah.
Selalu saya katakan semoga salah seorang menajadi seorang journalist yang menguasai berbagai bahasa antarabangsa. Saya sarankan juga pada cucu cicit yang tiada digambar. Semoga Allah kurnia.
Ini Gambar Allahyarham Emak dan Bapak saya yang dirakam pada pertengahan tahun 1950an di Pontian, Johore. Bapak saya duduk dikerusi. Kiranya mereka itu dulu "pendatang tanpa izin" dari Tanah Jawa pada tahun 1920an. Saya bersyukur, rupanya perancangan Allah itu tiada yang dapat menduga.
Siapakah dapat menduga usaha bapak saya membuka hutan untuk ditanam pokok getah semasa datangnya ke tanah Melayu ini dapat melahirkan warga yang dapat diasuh supaya berwawasan sepertinya, iaitu berani mengharung lautan dan berani mengambil apa jua risiko, pada masa itu mungkin untuk sesuap nasi dan tidur beratap. Alhamdulilah. Itu kurnia Allah dengan izin dan kehendakNya. Bapak saya dulunya seorang santri tetapi belum selesai pengajiannya ia sudah "berhijrah" ke sini. Disamping berkerja berkebun sepanjang hari Bapak mengajarkan Fardhu ain pada keluarga dan kawan-kawan dalam bahasa Jawa. Saya masih menyimpan beberapa kitab jawanya tetapi sudah lusuh keadaannya.
Bila mengimbau cerita-cerita pada anak cucu ada yang mengambil ringan perjuangan itu tetapi ada juga yang bertanya-tanya lanjut. Begitulah lumrahnya keturunan pendatang, terutama generasi pelapis kedua dan ketiga. Cerita-cerita penoraka dunia baru makin lama makin dilupai. Nanti perginya saya dari bumi Allah ini pasti cerita-cerita perjuangan bapak sudah hilang dari kenangan. (sangat besar kemungkinan itu). Sedih tetapi itulah reality. Semoga Allah menerima kami sebagai hamba-hambanya yang berbakti dan kami diredhaiNya.
Dilain entry insyaAllah saya sambung cerita-cerita cucu cicit untuk tatapan mereka bila saya sudah tiada. Semoga Allah memberkati.
No comments:
Post a Comment