PENGABDIAN SENDIRIAN ?
Nabi Muhamad saw berkhalwat di Gua Hira', memantapkan pengabdian kepada yang maha Esa walau pun ketika itu belum turun alQuran. Menyendiri tidak bererti sediri atau bersebdirian. Ada kalanya kita perlu menyendiri untuk berfikir panjang tentang hal-hal kehidupan diri atau keluarga. Menyendiri juga perlu semata-mata untuk "berzikrullah", memikirkan kembali kebesaran dan kekuasaan Allah dan sifat-sifat lainnya dan melihat dimana kedudukan kita.
AlQuran menyebut dengan jelas dalam Surah AliImran ayat 190-191.
Di sini Ululalbab di terjemah sebagai 'orang-orang yang berfikir'. Ia meliputi semua aktiviti orang-orang yang beriman yang memakmurkan dunia ini termasuk membuat penyelidikan yang hasilnya boleh dimenafaatkan untuk masyarakat dan ummah sejagat. Maka konsep zikrullah itu bukan bererti berzikir di atas tikar sejadah solat semata-mata, tetapi lebih hebat ialah orang yang mungkin dudduk di kutub Utara dan hutan belentara yang membuat penyelidikan tentang hikmah kejadian dan ciptaan Allah dan sekali gos menyumbang pada kegemilangan tamadun manusia.
Maka konsep menyendiri atau dalam kumpulan orang-orang sufi sebagai Uzlah atau Suluk pada pandang saya belum mencukupi sebagai usaha pengabdian yang menyeluruh. WaAllahu'alam.
AlQuran menyebut dengan jelas dalam Surah AliImran ayat 190-191.
Ia itu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring; dan mereka pula mimikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."" Sesungguhnya pqada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan Rahmat Allah) bagi orang-orang yang berfikir.
Di sini Ululalbab di terjemah sebagai 'orang-orang yang berfikir'. Ia meliputi semua aktiviti orang-orang yang beriman yang memakmurkan dunia ini termasuk membuat penyelidikan yang hasilnya boleh dimenafaatkan untuk masyarakat dan ummah sejagat. Maka konsep zikrullah itu bukan bererti berzikir di atas tikar sejadah solat semata-mata, tetapi lebih hebat ialah orang yang mungkin dudduk di kutub Utara dan hutan belentara yang membuat penyelidikan tentang hikmah kejadian dan ciptaan Allah dan sekali gos menyumbang pada kegemilangan tamadun manusia.
Maka konsep menyendiri atau dalam kumpulan orang-orang sufi sebagai Uzlah atau Suluk pada pandang saya belum mencukupi sebagai usaha pengabdian yang menyeluruh. WaAllahu'alam.
2 comments:
Salam kunjungan, blog yg menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)
http://www.zuwairiaiman.com
Salam kembali. Terima kasih sudi berkunjung. InsyaAllah saya kesana.
Post a Comment