"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, June 13, 2011

OLE-OLE UBI KENTANG DARI GARUT.




Sekali lagi kami ke Garut  (tiga jam dengan kereta dari Bandung) untuk memantau perkembangan projek Situwangi Boarding School yang mana kami di minta membantu merancang dan melaksanakannya.Pernah saya ceritakan  beberapa kali dalam entry saya yang dahulu.

Kali ini kami berpeluang melihat pihak pengurusan sekolah dan karyawan menuai ubi kentang. PANEN pada istilahnya.Panen bererti menuai  hasil tanaman. Itu perkataan bahasa Indonesia. Pada saya perkataan itu satu nostalgia kerana itulah bahasa yang bapak dan emak saya guna semasa saya kecil-kecil dahulu. Allahyarham bapak saya bercucuk tanam ubi kayu, keladi dan keledek dan alhamdulilah saya membesar dengannya. Makan nasi tidak semudah makan ubi keladi keledek  kerana kami keluarga pendatang, dari Solo Indonesia ke Johor, Malaya ketika itu pada tahun awal 1920an. Bapak saya selalu menceritakan betapa seronoknya penduduk kampung ketika sampai waktu panen terutamanya panaen padi. Tapi takdir mementukan bapak saya berhijrah ke Tanah Melayu dan mencari sesuap nasi di negeri orang. Kalau sekarang saya akan katakan: dimana jua ia adalah bumi Allah.

Maka saya rakam di sini aktiviti panen di ladang berhampiran kawasa Sekolah yang kami lawati minggu lepas bermula 8 hingga 9 Jun. Alhamdulilah sekolah ini berjalan lancar dan sebahagian kos operasi sekolah ditampung dengan hasil ladang pertanian di kawasan ini. Selain ubi kentang ialah tanaman cabai, jagung, karot, sayur kubis dan lain-lain lagi.

Timbalan mudir (berdiri) dan guru yang membantu aktiviti panen
Mudir sekolah membantu sama.

Ini kami yang hanya melihat, takut kaki dan tangan kotor?
Di belakang itu adalah blok kelas dan asrama  tambahan yang dalam pembinaan.

Ini kawasan tanaman sayur kubis yang akan panen dalam lawatan kami yang akan datang, insyaAllah.

Kelebihan sekolah di kawasan ladang pertanian ialah pelajar-pelajar sentiasa mendapat bekalan makanan yang segar dan lumayan. Disamping itu mereka terdedah dengan budaya kerja rajin dengan komitmen yang tinggi. Malah pendedahan seperti ini penting bagi proses pembesaran kerana mereka dapat merasai sendiri betapa sesaorang itu perlu mendapat pengalaman yang nanti dapat digunakan semasa dewasa.

Adalah menjadi fokus pihak penganjur dan pihak pengurusan sekolah bahawa pelajar-pelajar keluaran Situwangi Boarding School ini menjadi warga yang pintar dan aktif, tahu hala tuju hidup dan kehidupan dan bijak pula dalam menangani krisis hidup jika terpaksa melaluinya. Maka pihak pengurusan sekolah sedang menyediakan satu "blue print" sekolah sebagai satu dokumen yang boleh diguna pakai dalam merancang pengambilan pelajar dan guru-guru serta jenis latihan yang perlu diberi pada semua kategori pegawai dan staf yang berkhidmat di Sekolah tersebut.

Tujuan utama "blue print" ini ialah supaya pihak penganjur dapat memahami tujuan dan falsafah pendidikan di Situwangi Boarding School ini dan mereka dapat merancang bentuk pelaburan dan penajaan yang diperlukan supaya Sekolah ini tidak menemui masaalah besar dalam urusan harian. Pihak pengurusan mengharapkan pembiayaan Sekolah ini akan lebih terjamin dan  semoga aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Di pihak pengurusan pula, "blue print" ini dapat memberi kefahaman semua yang terlibat  mengenai hala tuju sekolah, visi dan misi dalam konteks pembangunan negara dan  sekali gos pembangunan ummah. Marilah sama-sama kita mendoakan usaha yang kecil ini menjadi sebahagian dari perjuangan yang besar, iaitu menegakan kebenaran Allah jua.

No comments:

Related Posts with Thumbnails