"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, June 7, 2011

"TEACHERS ON THE ROAD".


"Teachers on the road ?' Pardon me , dear teachers. That was what we said when we described the phenomena of traffic jams during school holidays. I served for almost 20 years at the Ministry of Education and teachers are dear to my heart and being casual in the relationship enabled me to  make hearty comments once in a while.
Teachers on the road or elsewhere are a force to be reckoned with, a phenomena almost synonymous with the word "Iqraq" as stated in the AlQuran. We are what we are because teachers are generally 
a dedicated lot and they gave us a good start.




 Sepuluh ke limabelas tahun yang lampau fenomena cuti-cuti Malaysia belum rancancak seperti sekarang. Tetapi sewaktu cuti sekolah sememangnya jalan-jalan raya akan penuh sesak. Shopping kompleks pun akan jadi sesak.  Ketika itu ada diantara kami yang buat  lawak mengatakan cik gu biasanya hanya bawa kereta dari rumah ke sekolah sahaja. Bila cuti sekolah barulah mereka meneroka keluar kawasan. Tetapi sebenarnya kesesakan jalan raya bukan itu sebab utamanya.

Bila 'bosan' jalan sesak maka nikmatilah hutan belentara
di jalan menuju Cameron Highlands.

Gambar kenangan dengan besan dari Rasah, Negeri Sembilan

Pada hujung minggu yang baru lalu anak   saya yang sulung mengajak kami dan besan serta cucu pergi ke Cameron Highland. Saya sudah hampir lebih 15 tahun tidak ke sana. Maka banyak perubahan yang saya lihat. Tetapi pergerakan kami amat terhad kerana kesesakan jalan raya bermula dari Sungai Buloh lagi. Kami keluar di Rawang dan mengambil jalan lama. Malangnya ramai yang berfikiran sama maka jalan pun sesak juga. Maka kami keluar semula ke lebuh raya  di Tanjung Malim dan mula mendaki dari Tapah dengan harapan kesesakan berkurangan. Harapan tinggal harapan. Sesak juga.  Kami merangkak dengan kelajuan mungkin 40-50 ksj. Hanya seronok bersama cucu membuatkan perjalanan kami tidak membosankan.

Azmi Huzaifah, 5 tahun setengah.

Akif Humaidi, 4 tahun 2 bulan .

Asim Haniya 2 tahun 3 bulan
 Tiga orang cucu dengan aksi dan karenah masing-masing dalam kereta.
Pemandangan jauh kawasan rumah peranginan.

Kami tinggal di Rumah Peranginan Kerajaan selama 2 malam. Semua tempat menarik penuh sesak dan trafik begerak bumper ke bumper. Mungkin kerajaan pun boleh dipersalahkan kerana tidak cukup usaha membesarkan jalan dan mengaturkan perancangan bangunan yang sistematik supaya mudah pakir kereta. Dan kami tidak nampak bilangan polis yang mencukupi untuk mengawal kesesakan kereta dan pelancung. Gerai-gerai jualan pun terlalu dekat dengan jalan raya. Mungkinkah fenomena ini boleh dibaiki? Rakyat didahulukan......

Oleh kerana kesesakan maka pergerakan kami selama dua hari pun terhad dan dengan cucu-cucu yang aktif maka keselesan bercuti berkurangan. Walaubagaimana pun kami cuba memenafaatkan masa dan peluang sebaik mungkin. Dapat juga kami melihat ladang strawberry dan tempat jualan Cactus dan tempat membiak lebah untuk madu. Kami cuba pergi ke ladang Teh tetapi kerana kesesakkan jalan maka apabila sampai di gate kami  tidak dapat masuk kerana katanya tempat itu sudah ditutup buat hari itu. Kecewa sedikit tetapi dapat juga melihat nya dari jauh.

 Hidup ibarat pokok Cactus. Sedar akan diri dan padai berjimat keperluan hidup.

 Sekarang ini belum musim strawberry. Tidak ada peluang memetik dan makan dipokok.

Ladang teh dari jauh. Tiada kesempatan ke puat memproses teh untuk membeli ole-ole.

Lebah untuk menarik perhatian pelancung di ladang lebah dimana banyak pokok-pokok
bunga yang berwarba-warni.








Dalam kesesakan kereta dan manusia, kami dapat juga relax dan menikmati "Scone and Tea" di salah sebuah perhentian dan membeli barangan strawberry seperti acar dan jam buatan rumah. Anak saya meraikan keluarga tua (kami dan besan).

 Minum teh berlatar belakangkan ladang strawberry.
(Scone and tea - Teringatkan budaya Mat Salleh semasa tinggal di UK dahulu.)

Dicelah-celah lawatan itu dapatlah kami bersembang santai dan menjalin silaturahim keluarga berbesan. Kami bercerita-cerita sedikit mengenai menantu kami, kekuatan dan kelemahan, dan akhirnya senyum dan gelak belaka melihat  cara keluarga muda sekarang ini menangani masaalah rumah tangga mereka. Tidak sama seperti kami dahulu. Sudah banyak berbeza. Tetapi sering saya katakan pada anak saya kalau kita pegang kuat prinsip dan gaya hidup yang syarie, maka tidak ada masaalah yang tidak boleh diselesai dengan bijaksana.

Kami bersyukur kerana sesekali dapat bersama besan dan menentu. Ada peristiwa-peristiwa yang menceriakan dan ada juga yang mencabar pemikiran dan kesabaran. Itulah adat hidup berkeluarga. Kata Allayyarham P. Ramli : "sedangkan lidah lagi tergigit". Hidup ini tidak sunyi dari perkara-perkara yang memerlukan pemerhatian dan pemikiran yang menggunakan mata-hati.  Mesti ada prinsip memberi dan menerima. Tetapi dalam Islam keindahan hidup ini adalah lebih pada memberi. Jika kita berfikiran memberi maka tidak ada masaalah menjadi penerima.

Dua hari di Cameron saya ceriakan hati saya dengan mengamati jenis-jenis tumbuhan di bumi yang udaranya agak sejuk walaupun tidak sesejuk 15 tahun yang lalu. Di bawah ini saya rakamkan keindahan bunga-bunga ciptaan Allah. Ia menyejukan hati adan akal fikiran.Maha suci Allah. Tiada ciptaanNya yang sia-sia walaupun sebutir zahrah.







Semoga saya dapat kembali lagi ketempat ini, insyaAllah bukan di waktu cuti sekolah. Semoga kami dapat beterusan mentadabbur alam dan menjalani hidup ini dalam runang linkup mentauhidkan Allah swt jua.

No comments:

Related Posts with Thumbnails