"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, February 3, 2012
NABI JUNJUNGAN
Allahuma.......
Solawat dan Salam atas mu junjungan
Rindu ku pada mu bukan kepalang
Tapi malu hendak ku nyatakan
Dalam diam-diam ku pasrah pada Ilahi
Semoga aku diampuni
Kerana Risalah mu belum semua dapat ku turuti
Umur ku makin kering gersang,
Tenaga ku makin surut berkurangan
Semoga masih ada cahaya mu menerang
Bagi ku dan semua yang ku sayang.
Engkau Rahmat bagi sekelian alam
Tanpa mu tidak akan manusia mengenal apa itu kesejahteraan
Cuma masih ada kelalain kerana terjebak pujuk rayu Syaitan
Tiada pertolongan tanpa pembelaan mu di hadapan Allah, Tuhan.
Semoga aku tidak engkau tinggalkan
Berseorangan .
Aku ingin bersama mu di Syurga pilihan
Bersama semua yang ku sayang tanpa pengecualian
Wahai Junjungan.
Semoga Allah mengampuni ku
Semoga Allah mendengari ku
Dengan tawassul pada mu
Engkau KekasihNya
Engkau istimewa,
Aku ingin bersama.
Dalam dakapan Rahmat Allah, selamanya.......
.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment