"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, March 31, 2012

INSPIRING TUESDAY @ kerabu jantung.com





For some reason I was up early  last Tuesday morning, like at 4am and all excited to start a new day. My mind was focused on how I could rearrange my daily routine so I will not miss my appointment to meet up with a new-found friend  I am privileged to know through reading her Blog. At 7am I drove my grandson to school at Melawati some 20 odd kilometers away. It took one and a half hours in the early morning traffic jam to and fro. On reaching home I made a quick breakfast for dear hubby and we hurried through it because my hubby was also in a hurry to meet a friend in KL.  At 10am I picked up my other friend to go to our regular class which on normal days we would go separately. She happens to know this friend and it was comforting to drive to a new place with a friend who is familiar with the area.We reached her place at about noon.

It was an exciting moment to meet for the first time. She had a big smile and I could almost immediately recognize her for she look very much like the picture in her blog profile. The serene ambiance of her living room made me feel comfortable almost instantly.  We got into telling stories of what we did lately as though we have known each other for years. I brought flowers as a token to seal our new friendship. But it was no match against her beautiful garden around the house. Here are some of the flowers I had time to record. She had some great plants with beautiful flowers which I missed taking.



We had an early lunch. It was simple but well crafted to suit our dietary restrictions.  I learned that she has a fantastic culinary talents and her children just love her cooking. May be on our next meeting she would demonstrate it to us. I look forward to that occasion.


"KERABU JANTUNG" seated on the left.

We sat and talked about our children and grand children, the joys and the worry. But we are quick to agree that our children and the subsequent generations could never be the same as us. We laughed it out and move on to talk and exchange notes on  what we learn in  our classes. She took up courses at the International Islamic University almost immediately after she quit work at 50. She took a subject  few of us would venture into, that is the various ways the alQuran could be read. (Qiraats). She explained to us briefly for almost an hour  and we just listened with awe and excitement. She could go for more but  I requested to adjourn because it was time for me to go and pick up my grandson from school. Fortunately it was only 10 minutes drive from her home.

That last one hour together  inspired me to do more than what I am doing right now, albeit to be more diligent in acquiring new knowledge. I am now thinking if I should really find time to learn more about this branch of knowledge which I had passed it as being too difficult to handle. She said otherwise. If we could set our mind and believe in our ability to learn for the sake of Islam, Allah will show us the way. I am giving it a serious thought.

We had time to sit at her patio and enjoy her backyard  garden. She has a fish pond and various plants, a very relaxing atmosphere. How I wish I had more time "to stand and stare" at the beautiful surrounding full of lush greens.


A CLASSIC CORNER OF HER PATIO.

It was an afternoon we will always treasure and tell our children that "FUN" in life can take different forms. It is friendship within our sincere hearts that makes all the difference. I believe my other friend enjoyed herself as well, reminiscing on old times together. We have begun another milestone in our life and May Allah grace us with His Guidance to go all the way and until death do us part.

...

Monday, March 26, 2012

BUNGA SENGKEL

 
INI BUNGA POHON SENGKEL 

DAUNYA BUAT ULAM 

Cerita nostalgia di kampung. Cerita kakak sulung saya. Saya sebenarnya rindu. I miss her. Apakan daya. Sudah hakikat hidup. Allahyarham kakak saya yang sulung boleh membaca selepas mengikuti  kelas dewasa ketika perang dunia pertama. Maka ia hanya jadi suri rumah tetapi apabila berpisah dengan suaminya ia menjadi ibu tunggal yang membesarkan 3 orang anak dan terpaksa berkerja kuat. Ia meninggal dunia dalam umurnya 88 tahun pada tahun 2007.

Kakak saya ini very resourceful orangnya. Pandai cari daun-daun di belukar dan kebun keliling rumah untuk pucuk ulam dan lain-lain sayuran. Of course, lepas tahun sembilan puluhan, tak ada peluang lagi. Semuanya  habis ditebang. Yang tinggal sedikit sahaja yang kakak keenam saya  warisi dan tanam di keliling rumahnya  mana yang sesuai.
Inilah warisan untuk anak cucu saya lihat. Kalau tidak,  generasi cyber sekarang ini pokok rambai pun tak kenal. Mungkin pokok padi pun tak kenal. Daun buat ketupat pun tak tahu sebenarnya dari mana datangnya. Sebab itu sekarang ini sibuk kerajaan dan NGO cerita mengenai "GOING GREEN". 

Dulu kakak sulung saya pun pandai buat tempe. Semuanya dibungkus dengan daun pisang dan daun rambai dan  daun- daun lain yang sesuai yang dicari dibelukar berdekatan. (Sekarang dibungkus dengan plastik). Itulah saya ikut menjadi tahan lasak kerana selalu menolong dan meneman  kakak masuk belukar. Saya selalu mencabar anak-anak saya tentang daya ketahanan. Anak-anak sekarang terlalu lemah berbanding anak-anak dulu. Saya mewarisi kebolehan buat tempe itu tetapi sekarang sudah tidak pernah cuba. Saya kata pada anak-anak, saya pakar nak tahu tempe mana sedap dan yang mana tak sedap dengan melihatnya sahaja. Waktu itu saya belajar juga bagaimana memunafaatkan tempe yang "Shelf Life"nya sudah over due. Tempe tidak pernah terbuang. benar-benar ikut ajaran Nabi saw supaya tidak membazir makanan. Alhamdulilah.

Itu dulu cerita nostalgia. Bila samapi umur dewasa seperti ini sering teringat masa kecil dan masa muda dulu. Semoga kini sudah dapat mengatasi kekurangan dan kelemahan mengikut kemampuan dan semoga Allah mengampuni kesemuanya. Line QUEUE saya  sudah semakin pendek. Semoga Allah melindungi dan merahmati.

...

Friday, March 23, 2012

KISAH LEMBU, lembu-lembu dan kepala lembu

LEMBU

LEMBU-LEMBU

DAN KEPALA LEMBU.........

Heboh benar cerita lembu dan lembu-lembu di Malaysia. Makin dekat PRU13 makin serabut otak saya mendengar berbagai cerita lembu. Timbalan ketua Wanita UMNO adalah jiran saya tetapi bila berjumpa di Masjid tidak pula ia bercerita tentang betapa berat dan rumit cerita lembu di Malaysia. Biasanya kami hanya bersalam-salaman, bertanya khabar dengan senyuman  dan beredar. Tempatnya tidak sesuai. Mungkin begitu.

Maka saya hanya membaca di blog rakan maya untuk tahu serba sedikit masaalah lembu dan lembu-lembu di Malaysia, sama ada lembu ternakan orang kampung atau lembu yang berbaka baik.  Saya kurang minat politik walaupun saya sedar  bahawa dalam Islam kita tidak boleh lari dari fakta politik dalam menjalani hidup harian sama ada di peringkat keluarga, masyarakat atau negara. Tetapi apakan daya. Saya  hanya rakyat biasa-biasa, ibarat melukut di tepi gantang. Berkata sesuatu atau tidak berkata sesuatu tidak membawa perbezaan. Saya hanya berdoa semoga Kebenaran akan terbela kerana Kebenaran tidak pernah memihak sesiapa.

Tetapi gambar-gambar dalam N3 saya kali ini bukan bertujuan hendak bercerita tentang  lembu-lembu di Malaysia, dari segi ekonomi atau dari segi politik.  Gambar-gambar ini saya ambil semasa melawat Adelaide dan Melbourne pada akhir tahun 2011. Tiba-tiba terlintas mengenai masaalah lembu di Malaysia. Saya hanya mampu tersenyum sendirian tetekala membelek-belek album foto saya  kerana manusia tidak dapat menjangaka apa yang akan berlaku dalam perjalanan hidup ini. Manusia di uji berbagai cara, kerana Allah maha mengetahui atas segala ciptaanNYA. Maka apa jua kedudukan kita, jangan kita lagha dan lalai hingga terjerat hasutan jinn syaitan, (moga Allah jauhkan).

Buat renungan Hari Jumaat.
Al Quran, Surah Al Mulk, ayat 2 dan 6.

67:2
[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving -
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya; dan ia maha Kuasa lagi amat pengampun.

67:6
 And for those who disbelieved in their Lord is the punishment of Hell, and wretched is the destination.

"Dan bagi orang-orang yang kufur (engkar) terhadap Tuhan mereka, disediakan  azab Neraka Jahanam ; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali."

....

Thursday, March 22, 2012

LUKA KU SIAPA PEDULI......


LIHAT RENUNGAN MATANYA. MERAYU UNTUK DIKASIHANI
Baring di atas kikinya yang patah

Kesian!....Itu sahaja yang dapat dikatakan.
 Ini kucing di rumah kakak saya di Pontian semasa saya balik kampung tempuh hari. Saya terpanggil untuk bercerita mengenainya kerana terkesan dihati bagaimanakah kita bila tiada upaya dan cacat cedera dan tiada  siapa yang berhampiran untuk membantu. Kucing ini patah kaki kirinya yang di hadapan. Maka ia berjalan dan berlari terdencut-dencut. Kakak saya menjaganya dengan memberi makanan secukupnya apabila ia datang entah dari mana untuk menagih kasih dari manusia. Kucing adalah kesayangan Junjungan kita 
Nabi Muhammad saw maka pasti kita mahu mencontohinya dalam memberi belayan kasih 
 pada makhluk Allah yang dicipta tanpa sia-sia.
 Semua ciptaan Allah ada fungsinya yang tersendiri dan kita dituntut berfikir apakah yang dapat kita pelajari dari persamaan dan perbezaannya. Sering kita tidak dapat melihat haiwan sebagi contoh bagaimana cara melalui kehidupan. Kucing contohnya. Apabila melahirkan anak ia akan menjaganya rapi dan akan segera memindahkan anaknya jika didapati ada manusia yang sudah tahu di situ tempat ia menjaga anaknya. Sangat peka tentang keselamatan dan amat cemburu tentang keselamatan. Hanya kita yang selalui cuai. Anak kecil dibiarkan ke kedai, mithalnya, beseorangan dan terdedah pada bahaya pencolek yang menjadikan anak-anak ini mangsa sexual atau dijadikan hamba untuk keuntungan diri mereka.

Eh!...Eh...Agak jauh saya menyimpang dalam catatan ini.  Hari ini saya  duduk bersendirian berfikir-fikir.Terfikir detik-detik lampau yang  masih menghantui fikiran. Masih ada Penyesalan yang  menyelubungi qalbu. Hanya mampu memohon maghfirah dariNYa yang maha Pengasih maha Penyayang.  Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan. Dan semoga kini Allah sentiasa menurunkan pertolonganNya dan HidayahNya semoga sentiasa di jalan yang lurus. Diri ini terus menagih kasih sayangNya yang tidak terhingga dan semoga dapat memenuhi segala tanggongjawab dan kewajipan untuk diri sendiri dan ke atas orang lain, iaitu keatas keluarga, keluarga besar, jiran , masyarakat dan manusia dan makhluk lain hingga ke hujung dunia. Semoga dapat memahami konsep kerajaan Allah yang merangkumi bumi dan langit dan alam semesta yang tidak terjangkau diaqal saya hari ini.

Bila bercerita tentang menagih belas kasihan saya  lantas teringat pada manusia yang cacat cedera yang berada dimerata muka bumi ini. Mereka cacat kerana berbagai sebab. Ramai yang disebabkan peperangan, sama ada perang saudara atau perang mempertahankan maruah bangsa dan tanah air. Kita di Malaysia selalui merasai bahawa kita rasa bertuah kerana tiada mala-petaka yang besar dan tiada peperangan. Maka kita merasakan kita amat bertuah hingga kita lalai untuk menyedari bahawa ujian Allah itu turun dalam berbagai bentuk. Yang miskin diuji dengan kesusahan dan yang kaya diuji dengan kemewahan. Siapa yang lebih beriman dan bertaqwa. Itu ukuran hakiki bagiNYA.

Maka siapa agaknya yang lebih "bertuah". Adakah kita atau mereka yang berpeluang berjuang berperang dan berjihad ke jalan allah. Mereka duduk di saf hadapan dalam usaha umat mempertahankan maruah Islam. Ramai antara kita yang hanya melihat, termasuk diri saya. Kalau berperang semata-mata untuk harta kekayaan dan kuasa, itu tidak bermakna apa-apa di sisi Allah. Berperang sememstinya untuk mempertahankan hak agama dan maruah dan kepentingan penganutnya, iaitu Islam. Islam bukan agama ganas. Ia berperang jika diperangi dan jika dimusuhi.

 Dahulu Malaysia melepaskan Singapura tanpa berperang. Saya rasa amat terkilan dengan fakta ini. Orang Singapura sekarang maju dan aman damai. Maka ramai yang mengatakan itu suatu langkah yang terbaik. Saya tidak yakin itu suatu strategi yang baik kerana Singapura tidak mendaulatkan Islam. Tidakkah orang-orang Islam di sana rasa terluka di hati kerana dipinggirkan dalam hala-hal yang berkaitan dengan Islam. Saya masih tertanya-tanya apakah hukumnya melepaskan Singapura pada kuasa bukan Islam.

Negara Sudan melepaskan Southern Sudan dengan berperang. Apakah pengajarannya. Kita hanya melihat bumi Islam terlepas dari tangan orang Islam. Orang-orang Patani  pula "berperang" untuk menuntut hak asasi orang-orang Islam. Apakah perlu mereka dicontohi oleh orang-orang yang berkepentingan. Apa tindakan kita dalam membantu "yang luka dan cedera".

Kemudian kita lihat pula apa yang berlaku di Timur Tengah. Islam berperang dengan orang Islam? Ataukah ada nama lain. Apa yang jelas pada saya ialah bahawa kezaliman akan membawa padah yang besar. Ia jelas menunjukan bahawa orang-orang yang dizalimi akhirnya akan mendapat kebebasan dan keadilan. Dengan izin dan kehendak Allah mereka akan terbela juga. Mereka berkoraban segalanya untuk melepaskan diri dari cengkaman kezaliman oleh manusia yang tidak mengerti apa itu peri kemanusiaan. Kita berfikir-fikir untuk melihat bentuk kezaliman yang ada di negara kita ini. Kalau kita tidak luka dan cedera secara fisikal, adakah bererti kita tidak dizalimi. Semoga rakyat Malaysia juga akan terbela sewajarnya.

Marilah kita berfikir dan bertindak untuk membantu mereka yang sedang berperanag di mana jua. Kita bantu sekurang-kurangnya dengan doa dan dengan menyedarkan keluarga kita betapa pentingnya wujud perjuangan dalam hidup kita. Janganlah kita lalai dan lagha dibuai keseronokan yang disogokan pada kita oleh anasir-anasir yang mahu merosakan keutuhan orang-orang Islam. Menuntut ilmu adalah usaha yang penting tetapi ilmu bukan tujuan akhir bagi kita. Ilmu harus diamalkan. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia belaka. Banyak pertubuhan-pertubuhan sukarela NGO yang memerlukan tenaga dan pemikiran kita walau pun mereka yang dalam kategori warga emas. Kita gembelingkan usaha yang muda dengan yang tua, kita adunkan kepintaran dengan kebijaksanaan dan semoga kombinasi ini dapat menghasilkan sesuatu yang benar-benar boleh dimumafaatkan.

Kucing tidak akan di tanya dan di hisab di akirat kelak. Hanya manusia yang semestinya dipersoalkan dengan pendirian kita mengenai usaha kita membela Islam.Ayuh kita berbuat sesuatu, tua atau muda. Semoga Allah memudahkan dan meredhai, dan semoga  di Taman-taman Syurga kita bertemu lagi dengan Kasih Sayang dan Rahmatnya jua.

...

Sunday, March 18, 2012

MIEZA'S MAIL



A unique envelope, laced with flowery design
My heart flutters with excitement,
Must be from Mieza.....

Love,
Saying it with flowers
Radiates warmth and soothes the heart
It heals the longing feeling
To know the sender in person

With the grace of Allah we will surely meet
Perhaps in person
Or in thoughts that transcends dreams
May  our dreams one day come true
Loving and caring
Within the realm of love
Of the Most Passionate, Most Merciful.




Thank You  POSTCODE 7647

...

Friday, March 16, 2012

TINY @ kaktiny.com


 Menjalin Kasih Atas Dasar Perjuangan.

 Alhamdulilah dua minggu yang lalu saya dapat berjumpa kenalan baru dari  keluarga blogger Kaktiny. Baru bersua muka, berkenalan dan bersembang santai dengan Tiny selama sejam dua tetapi sudah merasai kasih sayang seorang yang seirang jalan. Tiny berumur dua tahun muda dari anak perempuan saya yang sulung. Ia sudah menunjukan kematangan dalam falsafah hidupnya dan saya amat bersyukur dapat mengenalinya. Ia menjadi tanda aras prestasi anak-anak saya, walaupun sebenarnya setiap seorang itu ada kekuatan masing-masing.Saya seorang ibu yang suka "membanding-banding" dalam soal kebaikan dan kebajikan, semata-mata untuk memperbaiki diri dan memastikan tidak tergelincir dari landasan.

Maka di bawah ini adalah nota kecil perjumpaan saya dengannya
 untuk renungan anak-anak saya khususnya.

Salam Dear Tiny,
                Terima kasih meluangkan masa jumpa dengan aunty. Dalam kesibukan pun Tiny masih mencari jalan untuk berjumpa. Aunty amat menghargai kesudian orang-orang muda bersembang dengan orang yang amat dewasa umurnya macam aunty ini. Tidak ramai orang muda yang suka berbuat sesuatu macam Tiny buat. Mungkin kerana dirasai sudah wujud "generation Gap".   Sememangnya orang seperti aunty sudah tidak seaktif dahulu kerana beberapa kekangan yang menjadi fitrah umur sebegini. Mata kabur, lutut kendur, rambut gugur dan berbagai lagi yang harus dilalui hari demi hari. Aunty hargai kepedulian Tiny.

Aunty bukan berilmu seperti yang Tiny katakan. Jauh dari itu. Cuma Aunty cuba memunafaatkan masa yang tinggal sedikit ini untuk terus mencari ilmu dan cuba terus mengamalkan ilmu yang sedikit itu. Ilmu dan pengalaman yang  aunty  nampak lebih dari Tiny semata-mata hanya kerana aunty lahir dahulu. Kalau sama-sama lahir belum tentu ilmu aunty sama dengan ilmu  Tiny. Tiny pun sudah dalam perjalanan mencari Phd. Aunty sudah tidak ada peluang seperti itu. Aunty doakan semoga Allah kurnia kejayaan pada Tiny demi perjuangan menegakan kebenaran seperti yang kita sembangkan tempuh hari.

Latar belakang hidup aunty tidak sama seperi hidup Tiny. Aunty membesar sebagai anak keturunan warga pendatang dari Jawa. Maka peluang mendapat ilmu untuk sama seperti yang lebih stabil tidaklah banyak. Namun Allah kurnia juga apa yang ada sekarang. Alhamdulilah. Tetapi dalam hidup aunty banyak yang aunty kesalkan. Nanti kita jumpa lagi  insyaAllah untuk cerita- cerita mengenai  "my regrets"   semoga generasi peringkat Tiny tidak mengulanginya. Namun aunty yakin dari semangat yang Tiny tunjukan dalam sembang santai kita tempuh hari,  Tiny dapat melalui ranjau-ranjau hidup dengan lebih tabah dan tersusun dan dapat menghindarai apa yang tidak disukai. Semoga Allah terus memberkati usaha Tiny sekeluarga.

Aunty sebenrnya tertarik hati dengan semangat suami Tiny juga. Jiwanya nampak berkobar-kobar dalam melakukan sesuatu yang lain dari yang lain semata-mata mahu mencari jalan menuju Allah dengan cara yang terbaik mungkin. Syabas dan semoga Allah sentiasa menurunkan pertolonganNya. Fikirannya juga matang dan aunty nampak ia akan terus memberi kepimpinan yang positif dan berkesan pada keluarga. InsyaAllah kemudian pada masyarakat dan negara.

Aunty suka  pilihan tajuk untuk kertas desertation Phd mengenai integriti. Tiny mungkin mahu rujuk pada YBhg Dato' Aidit Ghazali, Pengerusi dan Perunding Utama Akademi Aidit Sdn Bhd. Aunty pernah menghadiri kuliahnya INTERGRITI TOTAL  dua tahun dahulu sebagai salah satu program NGO yang aunty anggotai. Aunty ada tulis sedikit, dan jika Tiny sempat lihatlah  sebagai overview. Ia mungkin relevan untuk thesis Tiny.  Lihat di sini. Dato' Aidit pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor.

Aunty balik dari pertemuan kita itu dengan hati senang dan lapang kerana Tiny dan suami  merupakan generasi pelapis yang sudah mula mengorak langkah yang jelas mempertahankan maruah orang-orang Islam. Dengan rasa teruja aunty cerita pada suami aunty seronoknya bertemu Tiny berdua. Ia juga senyum seronok. Semoga kita jadi "rakan niaga" yang berterusan. Allahu Akbar. Alhamdulilah.  Inilah jalan-jalan melahirkan generasi yang amat mengambil berat tentang alQuran dan Hadith.

Aunty juga seronok Tiny komited hendak belajar bahasa Arab. Mulakan sungguh-sungguh sekarang. Aunty mula dalam umur akhir 30an tetapi kurang bakat berbahasa maka tidak dapat mencapai kecemerlangan. Cuma sedapkan hati yang aunty sudah cuba. Sekarang pun masih terus belajar sikit-sikit. Nanti bila Tiny berpeluang dan berkesempatan, ambillah cuti 3 atau 4 bulan dan pergi sendiri ke mana-mana negara Arab untuk belajar bercakap juga. Aunty doa peluang ini tercapai. Tapi tunggu dulu sampai negara-negara Arab lebih tersusun.

Sampai di sini  dulu Tiny. Semoga kita dapat jumpa lagi.  Doakan aunty sihat dan dapat terus menyumbang hingga ke akhir hayat. Aunty berdoa semoga mencapai taraf jadi Hamba yang Allah iktiraf sebenar-benarnya Hamba dan mendapat jemputan ke Syurganya tanpa hisab. Sama-sama kita doa untuk diri kita dan untuk semua yang kita kasihi.
alQuran, Surah Al Fajr ayat 27-30

89:27
Wahai orang-orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya;
 To the righteous it will be said], "O reassured soul,

89:28
 Return to your Lord, well-pleased and pleasing [to Him],
Kembalilah kepada Tuhan mu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai
89:29
  Serta masuklah dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia!
And enter among My [righteous] servants
89:30
  And enter My Paradise."
Dan masuklah dalam Syurga Ku

...

Wednesday, March 14, 2012

MENSYUKURI KASIH KELUARGA





Perjalanan pulang ke kampung di Pontian Johor kali ini mengambil masa 4 jam kerana hujan dan banyak kenderaan di jalan oleh kerana ini musim cuti sekolah. Saya dan suami mengambil kesempatan tidak mengurus cucu ke sekolah dan pulang untuk ziarah kakak yang terlantar sakit kerana berbagai masaalah kesihatan. Perhentian R&R pun agak sesak dan amat tidak selesa. Maka saya menghibur hati di luar dan mengambil foto bunga ini untuk menceriakan diri. Alhamdulilah,  masih dikurnia deria melihat. Kakak saya sudah tidak dapat melihat kerana sakit kencing manis. Foto di bawah ini untuk kenangan anak cucu semoga menghargai umur muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, kelapangan sebelum di sibukan dan HIDUP SEBELUM MATI...


Kakak saya terlantar kerana pernah jatuh dan patah kakinya hampir dengan arah pinggangnya. Alhamdulilah, suaminya masih boleh menyenggara rumah tangga dengan bantuan pembantu rumah. Anak-anaknya sentiasa sibuk dan saya sempat menasihati seorang darinya supaya prihatin menjaga ibu yang tidak ada galang gantinya. Mengasihi ibu bapa tidak bersyarat dan sesiapa masih ada orangtuanya maka mereka berpeluang besar meraih kesyukuran pada Allah kerana dikurnia peluang dan ruang melalui jalan pintas ke Syurga. Jika menjaga dengan penuh kasih sayang, insyaAllah janji Tuhan tetap menunggu.

Keluarga kakak saya yang ini tinggal di Kota Tinggi dan dari jam 11 pagi hingga  ke malam saya berada di sana. Seorang kakak saya membaca al Quran di sampingnya untuk di dengarinya semoga tidak lalai dari mengingati Allah. Saya agak khuatir kerana kakak saya ini sudah mula lupa-lupa. Begitulah hakikatnya. Jika kita tidak aktif dan tiada bantuan untuk aktif kebarangkalian menjadi lupa-lupa amat tinggi. Itulah pengalaman saya menjaga orang tua  hingga ke umur ini. Siapa yang masih ada emak ayah, ziarahlah selalu dan berkomunikasilah  dengannya samaada secara lisan atau secara sentuhan. Kedua-duanya sekali adalah terbaik. Ada juga anak-anak yang kurang mahu menyentuh orang sakit. Entah kenapa. Datang bersalaman dan itu sahaja. Setiap insan suka pada sentuhan kasih. Seorang teman saya menasihati saya supaya memeluk ahli keluarga kita selalu, hari-hari acap kali lagi baik. Sentuhan membawa seribu erti, meyakinkan kasih di hati.

Saya pulang ke Pontian dan sampai tengah malam. Keesukannya kakak saya yang tinggal di Pontian sibuk masak asam pedas ikan merah untuk suami saya kerana itu kesukaannya. Ia juga memetik daun-daun ulam untuk menyelerakan lagi hidangan dan untuk bekalan balik ke rumah saya.


MEMETIK DAUN BEBUAS ATAU DAUN  SENGKEL
TIDAK ADA BAHAYA RACUN.

Nostalgia menyelubungi rasa pulang ke kampung. Emak saya pulang ke rahmatullah pada tahun 2004 dan sejak itu saya jarang-jarang balik kampung. Hanya 3 atau 4 kali setahun. Tetapi bila kakak saya sakit terlantar saya pulang agak selalu juga. Itulah kasihnya saudara dan saya mensyukurinya. Saya berdoa semoga generasi mendatang mengekalkan kasih sayang keluarga termasuk keluarga besar, iaitu pupu-poyang, mak saudara dan tok saudara dan seterusnya. Saya amat bimbang budaya ini hampir pupus.  Kita boleh meluang masa untuk pergi berhibur dengan keluarga terdekat tetapi hampir lupa adanya keluarga besar yang masih menunggu-menunggu  menaggih kasih kaum keluarga, jauh dan dekat.

Sayangnya di zaman teknologi tinggi hari ini ramai ornag-orang muda dan anak-anak remaja yang "bergantung kasih" dengan IPhone IPad dan berbagai lagi alat komunikasi dan alat teknologi menghibur atau menceriakan hati. Saya khuatir akan pupus apa yang kita sebut "silaturrahim" tradisional. Entahlah.
Semoga ada usaha semua pihak untuk memelihara nilai-nilai murni  yang diwarisi selagi ia tidak bercanggah dengan syari'ah. Semoga Allah memudahkan dan meredhai.

...

Saturday, March 10, 2012

STEADFAST - di saf hadapan



STEADFAST, TOUGH, WITH  IMAN AND TAQWA AS SOLID AS ROCK.

Iman dan Taqwa adalah tunjang atau pasak pegangan hidup kita di dunia ini. Ia harus tegap, kuat dan tidak akan  berganjak walaupun apa yang terjadi pada diri kita. Itu yang amat terbaik walaupun setengah ulamak mengatkan bahawa jika nyawa kita ibarat di hujung pedang kita dibenarkan bermuslihat. Kita mahu mencontohi antara lain Iman Bilal Ibnu Rabbah, sahabat Nabi  saw yang tercatat dalam sejarah. Ia tetap mengaku bahaw  Allah itu Tuhan dan ia hanya Satu, walaupun ia diseksa dengan cara yang amat kejam sekali.

Hari ini saya ingin berkata sedikit rasa hati mengenai pendirian "flip-flop" kepimpinan negara kita mengenai Israel. Bukan saya pandai  atau tahu kesemuanya, tetapi saya rasa serabut dihati seperti ada yang tidak kena.

Kebelakangan ini saya rasa amat tidak selesa dengan apa yang berlaku dan apa yang di bicarakan oleh kepimpinan negara kita sama ada dari pihak pemerintah atau  dari pihak pembangkang. Perbalahan demi perbalahan seolah-olah masing-masing mengatakan merekalah pembela Islam dan yang lainnya tidak. Masing-masing mengeluarkan hujah-hujah  dalam membela dan mempertahankan pendirian masing-masing hingga ketahap yang boleh mengelirukan rakyat. Semoga Allah menunjuki fakta yang benar.

Saya pun rasa kurang selesa dengan pendapat sesetengah pemimpin negara lain yang bersikap sangat bertolak ansur dengan Israel. Tetapi saya hanya boleh melihat dan mendengar sahaja. Semoga Allah menguatkan jiwa raga orang-orang Islam untuk yakin bahawa yang benar itu benar dan yang bathil itu bathil.

Semoga kita sentiasa ingat bahawa Allah maha melihat, Allah maha mendengar dan Allah maha mengetahui  segala yang nyata dan segala yang tersembunyi.

Mengapa kita mula berganjak dalam pendirian kita mengenai negara haram Israel. Saya rasa sepertinya ia  begitu. Saya khuatir adakah  Iman dan Taqwa mula pudar kerana kita hanya mahu mencari jalan pintas untuk mencapai  kenamaan dan kejayaan dalam percaturan kuasa dunia hari ini, iaitu  kuasa politik, kuasa tentera dan kuasa ekonomi. 

Mungkin kita lupa Janji Allah. Kalau kita ingat pun mungkin kita tidak yakin kerana kita hanya melihat dengan mata kasar dan bukan dengan mata hati. Kita hanya melihat sasaran jangka pendek dan tidak melihat sasaran jangka panjang. Dan kita juga tidak mahu bersusah payah dalam usaha mencari kemewahan dan kesenangan. Sepertinya kita hanya mementingkan kuasa supaya mencapai hidup ternama dan dipuji merata.

Mengapa kita berdolak-dalek dalam memperkatakan hal keselamatan Israel vis-a-vis keselamatan dunia. Mengapa seolah-olah kita  membelakangkan kepentingan negara Palestine dan negara yang berhampiran dengannya.  Mengapa kita bersikap teragak-agak seolah-olah kita mahu menjaga hati Israel dan negara-negara yang sekongkol dengannya. Mereka tidak pernah menjaga hati kita. Mereka tidak pernah menolong kita semata-mata kerana kasihan pada kita. Semua pertolongan adalah bersyarat, sama ada nyata atau tersirat, secara langsung atau tidak langsung. Apa jua kebaikan yang ditunjukan pastinya ada udang di sebalik batu. Mereka akan pastikan kepentingan mereka tidak terjejas.

 Cuba Perhatikan!

Mengapa ya? Mengapa kita masih menagih perhatian mereka tanpa mahu bertentang mata dan mengatakan kita juga bangsa yang bermarwah.

Lihatlah apa yang telah termaktub dalam alQuran mengenai sejarah sikap orang Yahudi.
(Surah Al Maidah 5, Ayat 21-26).
(HARD EVIDENCE)

5:21


O my people, enter the Holy Land which Allah has assigned to you and do not turn back [from fighting in Allah 's cause] and [thus] become losers.
Wahai kaum ku, masuklah kamu ke Tanah Suci yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kakau kamu berundur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi.
5:22


They said, "O Moses, indeed within it is a people of tyrannical strength, and indeed, we will never enter it until they leave it; but if they leave it, then we will enter."
Mereka menjawab: Wahai Musa! Bahawa sanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu).
5:23


Said two men from those who feared [to disobey] upon whom Allah had bestowed favor, "Enter upon them through the gate, for when you have entered it, you will be predominant. And upon Allah rely, if you should be believers."
Berkata dua lelaki diantara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Tuhan) lagi yang telah diberi nikmat oleh Allah kepada keduanya; 'Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah pasti kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah kamu semua berserah, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

5:24


They said, "O Moses, indeed we will not enter it, ever, as long as they are within it; so go, you and your Lord, and fight. Indeed, we are remaining right here."
Mereka (menolak dengan) berkata: 'Wahai Musa! Sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhan mu dan perangilah mereka; sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu.

5:25


[Moses] said, "My Lord, indeed I do not possess except myself and my brother, so part us from the defiantly disobedient people."
Nabi Musa (merayu kepada Allah) katanya: 'Wahai Tuhan sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diri ku sendiri dan saudara ku (Haron), Oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu'

5:26


[ Allah ] said, "Then indeed, it is forbidden to them for forty years [in which] they will wander throughout the land. So do not grieve over the defiantly disobedient people."
Allah berfirman: ' Sesungguhnya negeri itu adalah diharamkan kepada mereka memasukinya; selama 40 tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingung(sepanjang masa yang tersebut) di Bumi; maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu'.

Ustaz saya menerangkan bahawa sesungguhnya Allah telah memberi keistimewan pada anak bani Israel dengan memberinya tempat tinggal yang terpilih (ayat 5/21). (lihat perkataan 'kataballah'). Allah memerintahkan supaya mereka masuk menduduki tempat itu dengan berusaha mengalahkan penduduk yang ada yang belum beriman.
Namun mereka engkar. Mereka tidak akan masuk hingga penduduk itu keluar. (5/22).
Mereka tetap engkar walaupun Nabi Musa telah meyakinkan mereka untuk masuk. (5/23).
Dengan tidak sopannya mereka kata yang bermaksud supaya Nabi Musalah yang patut  masuk dengan Tuhannya.
Maka Nabi musa pun memohon pada Allah untuk berlepas diri dari kedegilan mereka. Nabi Musa tidak lagi bertanggong jawab atas sifat mereka yang sombong dan degil.
Maka Allah memberi kebenaran  supaya meninggalkan kaum itu yang akan bingung selama 40 tahun dan akan hidup merempat tanpa negara selamanya.

Begitulah sikap Orang Yahudi hari ini, SOMBONG dan DEGIL. Durhaka pada Allah dengan tidak mengikut perintahnya. Kalau begini sikap mereka, dan nyata itulah sikapnya turun temurun, maka bolehkah kita mempercayai kaum yang seperti ini. (Ayat 5/25 dengan jelas menyatakan bahawa bagi Yahudi Allah sudah haramkan tempat tinggal tetap, iaitu tidak ada negara).

Allah sudah memberi tahu kita tentang sikap mereka.

AMAT JELAS.

Allah kemudian memberi tahu lagi akan sifat dan perilaku kaum Yahudi  seperti ayat-ayat dibawah ini. (Al Maidah 5/82)


5:82


You will surely find the most intense of the people in animosity toward the believers [to be] the Jews and those who associate others with Allah ; and you will find the nearest of them in affection to the believers those who say, "We are Christians." That is because among them are priests and monks and because they are not arrogant.
 Demi sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik ; dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata : 'bahawa kami ialah orang-orang Nasara',yang demikian itu disebabkan ada diantara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadah, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
2:120


And never will the Jews or the Christians approve of you until you follow their religion. Say, "Indeed, the guidance of Allah is the [only] guidance." If you were to follow their desires after what has come to you of knowledge, you would have against Allah no protector or helper.
Orang -orang Yahudi tidak akan sekali-kali dan orang-orang Nasrani tidak akan bersetuju atau suka kepada kamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama (cara hidup mereka) . Katakanlah  kepada mereka :'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah  petunjuk yang  benar' dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepada mu (tentang kebenaran)  maka tiadalah engkau akan beroleh dari Allah (sesuatu pun)  yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu'.(Al Baqarah 2/120)

Begitu kuat KEBENCIAN orang-orang Yahudi terhadap orang-orang yang beriman terhadap Allah swt (iaitu orang-orang Islam). Orang-orang Nasara (iaitu orang-orang Christian) tidak membenci Islam seperti mana orang-orang YAHUDI MEMBENCI ISLAM.

Oleh itu mengapa kita mahu bertolak ansur dengan mereka. Kita sentiasa sahaja bersikap "malu alah" dengan mereka. Masih sentiasa menaruh harapan bahawa mereka itu tentunya boleh bersikap adil, berhati perut terhadap sesama manusia, dan boleh hormat menghormati.

Mana mungkin. Kalau Nabi pun mereka tidak hormat dan perintah Allah diketepikan dan "diperlekehkan" seperti Ayat 25, Surah Al Maidah  di atas,  inikan kita rakyat negara membangun. Negara Amerika pun mereka tidak takut, inikan Malaysia.

Tetapi tidak brerti kita ikut  kemahuannya dan perintahnya. Pasti ada jalan keluar. Allah sudah janji. Tetapi jangan kita duduk diam tidak berihtiar. (kita bincang bagaimana berikhtiar di forum lain, insyaAllah).

Ada hukum hakam yang tertentu mengenai hubungan damai antara orang-orang yang beriman dengan Allah swt dengan orang-orang seperti diatas. Ada "kelembutan" sedikit dari orang-orang NASARA tetapi tidak dari orang-orang YAHUDI. Kita boleh bermuafakat dan membuat perjanjian tetapi kita mesti pastikan kita tidak dijadikan mangsa.  Kita mesti sentiasa dominan dalam hal-hal pokok. Jangan berganjak walau seinci atas hal-hal yang Allah telah pun katakan pada kita. Lihat balik Al Baqarah 2/120. Jika kita menjual prinsip-prinsip kita, pasti Allah tidak akan menurunkan pertolongan.

 Kita sudah MENDAPAT PETUNJUK dan petunjuk itu tidak ada yang selain dariNYA. Ini kekuatan orang-orang yang beriman. Jangan kita gentar. Kita pasti menang. Hidup kita menang, mati pun kita menang. Orang Yahudi takut pada mati. Itu kelebihan orang yang beriman pada Allah swt. Maka kita tunjuk kekuatan kita. Kekuatan bukan terletak pada ketenteraan dan ekonomi sahaja. Allah sudah buktikan dengan yang lainnya dalam sejarah kegemilangan umat Islam.

Maka di sini ingin juga saya menyatakan pendirian saya tentang isu hukum menziarahi Al-Quds (Baitul Maqdis) kerana dalam hadis mengataka kita digalak menziarahi 3 Masjid Utama dan yang ketiga ialah Masjid Al Aqsa. Saya berpegang pada fatwa Sheikh Yusuf alQardawi yang mengatakan haram kerana kita tidak seharusnya menziarahinya selagi kita belum dapat membebaskannya dari cengkaman Yahudi, (laknatullah ). Kita umat yang mulia di sisi Allah kerana kita beriman dan bertaqwa padaNYA. Itu doa dan pendirian kita. Maka jangan kita tunduk pada Yahudi hanya kerana takut lapar dan fakir kedana.

Tidak menziarahi AlAqsa buat masa ini adalah lambang keberanian dan kebenaran yang kita junjung. Israel suka kita ziarah ke sana kerana kita nampak  tunduk meminta-minta diluluskan visa dan mengikut syarat-syarat yang ditentukan. Kita tidak sehina itu, tidak pada Yahudi.

Lihat perangai Yahudi sekarang. Ia mengatakan keselamatannya diancam oleh negara Iran. Katanya Iran akan dapat senjata nuclear dan akan menyerang Israel. Langsung tidak logik kerana Israel sudah pun ada senjata nuclear dan banyak pula bilangannya. Siapa kata Yahudi satu bangsa yang boleh dipercayai.  Sepatutnya dunia takut pada perangai Yahudi. Tetapi ramai yang sudah masuk poket Israel termasuk setengah-setengah negara yang tidak sepatutnya berbuat demikian. Kita tahu sama tahu.Kita harus sentiasa waspada dengan tipudaya Israel Yahudi.


Kaum Yahudi dari dahulu lagi sememangnya tidak suka malah amat benci pada kaum Nabi-nabi terutamanya Nabi Muhammad saw.

Maka Allah turunkan ayat yang berikut:(Al Baqarah 2/ 89).

2:89

And when there came to them a Book from Allah confirming that which was with them - although before they used to pray for victory against those who disbelieved - but [then] when there came to them that which they recognized, they disbelieved in it; so the curse of Allah will be upon the disbelievers.
Dan tetekala telah datang kepada mereka sebuah kitab dari Allah (alQuran) yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat) sedangkan mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik. Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan alQuran) mereka mengengkarinya. Maka (dengan yang demikian) LAKNAT ALLAH menimpa orang yang kafir/engkar  itu.
Orang Yahudi sememangnya benci pada orang Islam. Ayat di atas menceritakan bahawa di dalam kitab Taurat sudah disebut kedatangan Nabi akhir zaman. Tetapi bila didapati Nabi ini bukan datang dari kaumnya, mereka enggan menerimanya. Ini bukti keengakaran orang-orang Yahudi sepanjang zaman.

Allah melaknat mereka. Kenapa kita mesti tuduk padanya.

Maka saya yakin, berlepas diri dengan kaum seperti ini seharusnya menjadi pegangan kita. Apa lagi bukti yang kita mahukan.

Maka saya pun bertanya pada seorang Ustaz. Apakah ertinya ini semua. Bagaimana kita boleh mendahului kaum Yahudi ini kerana dari segi ketenteraan dan ekonomi mereka jauh lebih kuat dari negara-negara Islam. Pasti ada penyelesaiannya kerana Allah maha mengetahui dan Allah maha menghendaki dan Allah maha berkuasa atas segala tiap-tiap sesuatu.Ustaz ini berkata: Lihat surah An Nur 24, Ayat 55. Saya turunkan di bawah ini.
24:55





Allah has promised those who have believed among you and done righteous deeds that He will surely grant them succession [to authority] upon the earth just as He granted it to those before them and that He will surely establish for them [therein] their religion which He has preferred for them and that He will surely substitute for them, after their fear, security, [for] they worship Me, not associating anything with Me. But whoever disbelieves after that - then those are the defiantly disobedient.
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh diantara kamu (wahai umat Muhamad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di Bumi, sebagaimana IA telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa; dan IA akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan IA juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan ( dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada AKU  dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan KU dan (ingatlah) siapa yang kufur (engkar) sesudah itu, maka mereka itu orang-orang yang fasik.
Allah telah menjanjikan pada kita orang mukmin bahawa kita akan menguasai dunia ini. Tetapi ia bersyarat. Kita tidak boleh langsung mensyirikan Allah, dalam bentuk apa jua sekalipun, nyata atau tersembunyi, besar atau kecil.

Sekarang ini  Iman kita terumbang ambing. Sepertinya kita takutkan yahudi walaupun Allah telah jelas mengatakan Yahudi tidak boleh dipercayai dan tidak boleh dibuat kawan dalam bentuk apa sekalipun. Kalau berkawan kita mesti tidak menjual beli kepentingan Islam setitik pun dan Yahudi harus faham kita punya harga diri yang tinggi.

Menguasai bumi ini adalah  suatu yang mungkin. Kalau tidak bagaimana Salahuddin Al Ayubi membebaskan AlAqsa satu ketika dahulu, dan Muhammad  Al Fatih menawan Constantinople. Ini bukti jelas bahawa kalau kita mahu berusaha dalam semua hal dan mempertingkat IMAN dan TAQWA, saya yakin Allah bersama-sama dengan kita. Itu janjinya seperti dalam ayat-ayat di atas. Tetapi kalau kita tidak sabar dan tidak memupuk keberanian,  dan tidak mengikut syarat-syarat yang ditentukan, maka peluang kita menjadi amat kecil.(Kita bincang kekurangan kita dalam memenuhi syarat-syarat yang ditentukan Allah dilain entry, insyaAllah).

Sebab itu saya amat menyokong usaha-usaha beberapa pihak di negara kita ini yang sedang melaksana Sistem Pendidikan yang Holistik dan Terpadu untuk membangunkan generasi ALQURAN yang akan kuat, tabah, berketerampilan, professional, kaya dan berani kerana benar. Sistem ini mengikut sistem TARBIAH seperti yang dipelopori dalam sunnah dan guru-guru dan siapa jua yang terlibat dalam mendidik mesti bersemangat dan bertindak sebagai Murobbi. Sistem ini sudah ada dipasaran walaupun belum cukup cukup sempurna.  Tidak mengapa asalkan kita terus berusaha dan berusaha ke arah kesempurnaan.. Buat yang baik tinggal yang mungkar. Tidak cukup dengan berbuat baik tetapi masih berbuat yang mungkar kerana tidak akan ada barakah di dalamnya.

Dengan lain perkataan, kita Berdiri  tegap Di Saf Hadapan. (Walk Tall and Steadfast). Kita mahu membina sekumpulan umat yang dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap Salahuddin al Ayubi  dan Muhammad Al Fatih. Baik lagi  kalau kita dapat  mencapai tahap keimanan dan ketaqwaan Saidiana Omar Al Khatab (RA) yang  mana Syaitan Iblis pun amat takut padanya.

Sama-sama kita berusaha. Ilmu didahulukan. Beriman dan Bertaqwa. Semoga Allah menurunkan pertolonganNYA dan meredhai usaha kita. Dan dengan rahmatNya kita berjaya. Mungkin bukan dalam hayat kita. Itu tidak penting. Allah maha melihat segala yang kita lakukan dan Allah maha berkuasa atas tiap-tiap segala sesuatu.

Kita berdoa Allah pimpin kita sentiasa di jalan yang benar . Kita memohon keampunan atas kelemahan dan kekurangan dan kita mohon kasih sayangnya yang tidak terhingga. Semoga Allah kurnia Syurganya yang terpilih dengan Rahmatnya jua. 

Amiin.

...

Thursday, March 8, 2012

TERKENANG LALU TERFIKIR



Giliran anak cucu menjelajah bumi Allah mengikut kemampuan. 
Ini anak-anak dan keluarganya di Phuket. Mereka mengajak saya tetapi saya tidak ikut
kerana diumur senja ini sudah banyak kekurangan.
Dua tahun dahulu berkesempatan pergi di sanctury gajah di Colombo, Sri Langka. Juga kurang minat untuk berbuat seperti digambar ini. Tidak mengapa. Tiap-tiap sesuatu ada masanya 
dan ada caranya.
Walaubagaimana pun, semoga tidak lalai dan melalaikan.
Cuba mentarbiah bahawa mensyukuri nikmat Allah itu amat luas maknanya.

Tetapi dalam pada itu terfikir juga. Adakah rekreasi menggunakan tenaga haiwan seperti ini boleh
ditakrif mendera binatang. Jika ia,  apa pula hukumnya. Saya tidak pernah terfikir. Termasuk juga binatang dalam  sarkis (circus) dan sebagainya. 
Kalau perhambaan  abdi manusia ada hukum hakamnya,
 maka menggunakan haiwan seperti ini apa agaknya  kedudukannya.

Haiwan memang sudah berzaman diguna sebagai pengangkutan, dan membantu kerja-kerja berat di ladang, di hutan dan berbagai lagi. Tetapi yang untuk sukan dan rekreasi saya baru terfikir.

Saya terfikir juga mengenai sikap kita terhadap binatang.
Saya amat tidak setuju perkataan "binatang" diguna sebagai perkataan untuk mencela orang. Tidak ada binatang yang Allah buat sia-sia,
 termasuk binatang yang diharamkan untuk dimakan.
 Semua ada fungsi yang Allah telah tentukan.
 Dari segi fitrahnya mereka patuh pada "peraturan" yang Allah tetapkan.
Maka mengapa kita menghina binatang. Contohnya: "perangai binatang" "nafsu binatang" "macam binatang! tak guna akal" dan berbagai lagi.
 Binatang ganas hanya dari tafsiran kita. Mereka tidak ganas kerana suka menganiyaya makhluk lain. Mereka menyerang manusia kerana mempertahan diri, atau mereka perlu makan dan manusia sudah "MENCURI" makanan mereka dengan  menebang hutan tanpa memikirkan kebajikan haiwan yang juga ciptaan Tuhan. Binatang makan hanya secukupnya. Manusia makan ikut nafsu selera.
 Siapa yang lebih "beradab dan tertib?"

Hanya berkongsi fikiran dan rasa hati. Melihat program "Animal Planet" di Astro
membuat saya berfikir sejauh mana saya akan dipersoalkan nati di akhirat mengenai ciptaan Allah dalam kategori ini. Sejauh mana saya boleh berlepas diri.
Semoga Allah menunjuki jalan bagi saya berbuat sesuatu yang sempurna.

...

Tuesday, March 6, 2012

CERIA



Ibarat bunga kembang mekar, di halaman atau di hutan, ia tetap menceriakan.
Bagaimana kita mampu bertenang, ceria dan menceriakan, kalau di hati sanubari penuh kecelaruan dan rasa  kesedihan.

Banyakan zikrullah, kata seorang teman. Menghayati pengabdian akan membuatkan hati tenang, itu kata seorang usataz yang sering membantu secara Rukhyah, satu bentuk perubatan. Jangan menyendiri kata seorang pakar psikologi insan. Isi waktu  dengan padatnya melalui  aktiviti fisikal dan  mental.

Mudah sahaja, kata seorang teman lain, penuh yakin resipi hidupnya menyegarkan. Kata seorang Ustaz fikir sahaja begini dan berusaha apa jua :
KATAKAN:
AKU HAMBA PADA YANG MAHA KAYA, MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG, maka  aku yakin aku tidak akan miskin merempat selamanya. AKU HAMBA PADA YANG MAHA PEMBERI REZKI, pastinya jika aku berusaha Dia akan kurnia seperti janjinya.
AKU HAMBA PADA YANG MAHA PELEMBUT, pastinya dia akan membuat hati ku rasa tenang dan Dia akan menghilangkan apa jua kesedihan di hati ku.
..........dan  katakan terus bagi berbagai lagi nama dan sifat Allah yanag Maha Pencipta dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
ISUnya kita yakin bulat padaNYA dan berusaha......  
Saya terpegun jua sejenak dengan cara teman saya berhujah bagaimana kita harus memahami dan merasai dan menjiwai  erti Hamba pada Tuhannya.Saya berfikiran orang yang mengguna "therapy" seperti ini pastinya Maqam Imannya tinggi.Tetapi iman tidak datang sendiri. Kita usaha dan memohon. Semoga Allah mengurnia. Allah yang maha mengkhendaki. Allah jua yang maha pengasih dan maha penyayang.

ILMU dan IMAN pada permulaannya.
Diikuti dengan TAQWA seorang Hamba yang sebenarnya.
Semoga  EHSAN akan bersemarak dan Allah kurnia bahagia dan sejahtera, di sini dan di sana.
Dengan Rahmatnya semata-mata.

...

Friday, March 2, 2012

YANG USANG.


Jauh di hujung dunia
Tiada siapa dapat menduga
Duka dan lara di jiwa
Di daerah usang mahu mengubat rasa

Mana mungkin
Hanya sunyi dan kesunyian di minda bermain
Tanah gersang jadi pinggiran cuba membina tenang, yakin
Tiada teman mendampingi, tida insan lain
Seorang dan keseorangan tiada yang ingin

Mungkin begitu agaknya di hari senja
Hidup kelana di pentas dunia
Harta kurang, tenaga susut, rupa pun tiada
 Seperti hidup ini tiada lagi harga

Namun sentiasa mengingat pesanan jangan putus asa, 
DIA ada, maka tidak perlu pada yang lain dari Nya
Dia maha Pencipta, maka Dia mengetahui apa rahsia di dada
Hanya perlu sujud  dan terus sujud dengan tabah rasa
Kebergantungan diri hanya padaNYA

Damai di hati, damai di minda

Dia tidak akan membiar hambaNya berdukacita
Dia maha kasih, maha sayang dan pasrah sahaja jangan membilang
Semuanya dalam kiraan
Tidak dipersia amalan semasa muda walaupun kini tiada usaha
Ingatan pudar, tidak tahu berbicara
Badan lesu, sukar dibantu dan waris berjauhan mahu meminta;

Ya Allah...aku hamba Mu
Anugerah pemgiktirafan  itu yang ku tunggu-tunggu
Di Taman Syurga pilihan moga bertemu syahdu.
Dengan limpah rahmatMu yang ku rindui selalu.
...

Related Posts with Thumbnails