Ramai antara kita yang tahu bahawa tertubuhnya sebuah empire dan membangunannya sebuah empire itu adalah kerana itergriti. Tetapi runtuhnya juga adalah kerana integriti. Ini faktor penentu yang terbesar dan terkuat. Kukuh atau bobroknya sebuah empire adalah kerana intergriti dan kegemilangan sebuah empire adalah juga kerana integriti. Ini teori paling mudah untuk saya memahami pusingan hidup di dunia yang telah mengakibatkan kehidupan individu seperti saya ini, ia itu saya sebagai individu dan saya sebagai ahli masyarakat.
Teringat saya pada satu buku yang telah lama saya beli tapi baru bekesempatan meninjaunya baru-baru ini yang bercerita mengenai isu itegriti walau pun secara tidak langsung. Apabila saya membaca buku : "THE RISE AND FALL OF THE GREAT POWERS" oleh Paul Kennedy, beliau seperti menyimpulkan bahawa fakta PEPERANGAN adalah penyebab sesebuah kuasa itu tenggelam atau timbul sebagai kuasa yang digeruni. Apa pula yang menyebabkan peperangan? Antara penyebab utama ialah untuk menguasai dan terus menguasi negara atau empire yang telah mereka bina. Dengan lain perkataan soal keselamatan negara sendiri adalah fakta terpenting. Untuk menentukan mereka menang dalam peperangan maka amat penting pula mereka membina kuasa ekonomi yang akan menampung kos peperangan. Kuasa ekonomi juga adalah dengan sendirinya menjadi alat peperangan kerana jika kuasa ekonomi kuat maka sesebuah negara tidak akan gentar untuk bertindak memelihara "HAKNYA". Dengan lain perkataan, mereka tidak gentar dengan tindakan "sekatan ekonomi". Di sinilah timbulnya fakta INTEGRITI dan relevennya dengan persoalan mempertahankan kuasa.
Apabila kita bercerita mengenai kekuatan ekonomi maka kita tidak dapat lari dari mengaitkan nya dengan soal harta dan kekayaan. Dari segi makro kita cerita tentang peperangan, tetapi dari segi mikro kita boleh samakan dengan isu pertelingkahan antara kumpulan yang kecil atau antara individu. Pertelingkahan meliputi isu permasaalahan sama ada dalam negara, masyarakat, organisasi atau keluarga. Sehubungan dengan ini ingin saya selitkan di sini fakta manusia dan kekayaan yang Allah swt yang maha mengetahui telah menurunkan ayat-ayat mengenai pembahagin harta simati yang boleh diwarisi. Allah swt tidak memberi ruang untuk kita berfikir sendiri dan membuat tafsiran sendiri mengenai kadar peruntukan setiap pembahagian (fara-aid) kerana Allah swt amat mengtahui perangai manusia yang boleh dipengaruhi dengan sifat tamak dan tidak adil. Justeru itu Allah swt telah memberi perincian yang tidak boleh disangkal dengan aqal fikiran sebab aqal fikiran manusia boleh dipengaruhi oleh hawa nafsu.Hawa nafsu yang liar akan memusnahkan integriti.
Integriti bukan setakat sesaorang itu boleh dipertanggong jawabkan dengan amanah, atau boleh dipercayai, atau bersifat jujur atau tepat memegang janji. Ia lebih besar dan lebih meluas dari itu. Dalam Oxford Modern English Dictionary, INTEGRITY ialah MORAL UPRIGHTNESS; HONESTY. Ia juga bermaksud WHOLENESS; SOUNDNESS. Maka kita boleh simpulkan bahawa INTEGRITI adalah satu konsep amanah yang total yang merangkumi minda, intelek dan hati budi. Ia termasuuk nilai-nilai serta prinsip-prinsip mulia sejagat, pada tahap yang setinggi mungkin.
Kebetulan pula saya baru-baru ini diminta oleh NGO yang saya menjadi ahli untuk mendengar ceramah mengenai Integriti oleh YBhg. Dato' Aidit Ghazali, Pengerusi dan perunding utama, Akademi Aidit Sdn Bhd. Saya sungguh tertarik dengan cara pengolahannya dan ingin saya kongsikan di sini dan semoga Allah memberi ganjaran pada beliau atas ilmunya yang saya kongsikan sebaik mungkin mengikut keupayaan saya yang amat kerdil ini.
Integriti adalah satu sifat nilai diri yang tidak boleh dijual beli, tidak boleh dipindah kepada pihak lain, tidak boleh dijamin wujud semata-mata kerana ada ilmu tentangnya, tidak boleh subur dan hidup jika usaha pemerkasaan diri dibiarkan dan tidak boleh dianugerahkan selain daripada hidayah dan izin Allah swt jua.Itegriti tidak ada kena mengena dengan tahap dan jurusan pendidikan, kedudukan dalam organisasi atau masyarakat dan status ekonomi dan sosial sesaorang itu. Integriti ada kaitan terus dengan soal keimanan dan ketqwaan.
Justeru itu siapakah gerangan manusia yang benar-benar berintegriti tinggi. Bagaimana kita mengukurnya dan siapa yang berhak untuk menilainya. Kita dididik oleh alQuran untuk berintegriti yang "par excellence". Kata Dato Aidit ia harus merangkumi penguasaan, pegangan, pencerminan, pengemudian, pembelaan, dan penerusan. Adalah difahamkan peguasaan adalah meliputi penghayatan sesaorang mengenai sifat integrati itu sendiri. Apa yang dikata hendaklah dikota. Kita mesti pegang sifat integriti itu seumpama memgang besi panas yang tidak kita lepaskan demi memegang amanah yang telah dibebankan pada kita. Kita harus capai tahap integriti di mana sesaorang itu apabila dilihat oleh masyarakat sekeliling ia dianggap boleh dipercayai tanpa ia membuktikan dengan perkataan. Perlakunya yang istiqamah memegang amanah meyakinkan orang disekelilingnya bahawa dia boleh dipercayai, boleh dijadikan pemimpin hingga ketahap ia berani "menggadai" nyawa.
Kepimpinan orang yang berintegriti dapat mengemudi pengikut-pengikutnya untuk menjadi sepertinya atau lebih dari itu dan dia tidak marah atau gentar kalau pengkitutnya itu akhirnya menjadi lebih excellent darinya. Dia ikhlas membina kepimpinan pelapis kerana dia percaya bahawa orang yang beintegriti bukan bekerja untuk keuntungan dirinya tetapi untuk masyarakat dan untuk generasi akan datang. Ia bertekad untuk mewariskan sesuatu yang benar-benar dapat dimunafaatkan oleh generasi seterusnya.Dia tidak bakhil dia tidak kedekut, dia bermurah hati dan dia sentiasa berlapang dada. Orang yang berintegriti tidak mudah buruk sangka. Namun dia sentiasa berwaspada supaya tiada yang berani hendak memperkudanya.
Kita selalu diingatkan bahawa setiap kita adalah pemimpin. Tidak kira diperingkat negara masyarakat, organisasi atau keluarga. Maka setiap kita harus bersifat seperti diatas tadi, sekurang-kurangnya. Tetapi sifat integriti tidak datang menggolek. Ia harus dibina dan diperkasa. Caranya bukan secara mendengar melihat dan membaca. Caranya adalah seperti yang ditauladankan oleh junjungan besar Nabi kita Muhamad saw dan sahabat-sahabtnya dan sahabat-sahabat pada sahabat-sahabtnya. Pengabdian secara khusus adalah methodologi utama. Melakukan ibadah yang wajib belum mencukupi untuk membina peribadi mulia "par excellence". Ibadah yang sunat-sunat dianggap sebagai yang wajib pada dirinya dan yang makruh tidak di sentuhnya.
Jika kita dapat hingga ketahap ini maka insyaAllah Allah akan memberi taufik dan hidayahNya yang tidak dijangka-jangka hinggakan musuh gentar melihat kita walaupun kita belum membuka kata-kata.Lintasan kita sudah digeruni apatah lagi bila berhadapan nanti. Ini sudah dicontohi oleh Khalifa Rasyidin yang tiada tolok bandingnya. Dia tidak mustahil untuk kita mencapainya, dengan pertolongan Allah yang maha berkuasa atas segalanya.
Jika kita ketua negara, maka gerak langkah musuh dapat kita tenggelamkan walaupun kita tidak sehebat dari segi ekonominya dan angkatan tenteranya. Sebab mula-mula lagi kita sudah mengenal hati budinya dan kekuatan rohani kita sudah dapat mencenkam aqal fikirannya. Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang di dunia sebelah sana. Bila President Obama mula berkuasa, dia nampak semacam mahu membela penduduk di bumi Barakah yang Allah janji pada kita. Tetapi dia tidak upaya bila Yahudi memeras jiwanya. Janji untuk memberhentikan rampasan wilayah diketepikan semula dan Secretary of State Hilary Clinton mula berdaleh daleh dalam hujahnya. Tidak ubah seperti cara yang Allah telah tunjukan dalam alQuran bagi kita melihatnya dan meyakini diri kita bahawa Yahudi bukan golongan manusia yang boleh dibawa bicara.
Antaranya , Allah berfirman yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang diantara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu lalu kami berfirman kepada mereka : 'jadilah kamu kera yang hina'." Surah alBaqarah, ayat 65. Lihat juga Surah al A'raf, ayat 163 yang bermaksud : " Dan bertanyalah kepada mereka mengenai penduduk bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar (larangan) pada hari Sabtu. Ketika datang pada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cobaan kepada ) mereka, yang kelihatan timbul di muka air: sedang pada hari-hari lain, ikan -ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikian kami uji mereka kerana mereka sentiasa berlaku fasik."
Mengikut ahli tafsir ayat tersebut menceritakan bagaimana penduduk Yahudi telah berhelah dengan tidak menangkap ikan pada hari Sabtu seperti yang dilarang, tetapi mereka mengepung ikan-ikan itu dan ditangkap pada keesukan harinya. Perintah Tuhan pun di 'kelentongkan". Inikan pula perjanjian antara manusia. Tetapi oleh kerana mereka pandai bertutur diplomasi dan menguasai media utama dunia, maka mereka di gambarkan seolah-olah integriti mereka kukuh. Orang Islam yang integritinya amat cetek mudah berasa serba salah dan mudah mengikut telunjuk musuh walaupun itu merugikan. Orang seperti ini tidak mengambil kira impak perlakuan mereka dari segi masa jangka panjang.
Begitu senario di peringkat percaturan kuasa antarabangsa. Kadang-kadang elemen seperti itu pun wujud dalam negara kita. Jika Integriti kita "superficial", maka akibatnya impak kepada kesejahteraan rakyat adalah pada tahap yang boleh dipersoalkan. Semua kita harus kembali kepada fitrah suci yang Allah telah gariskan dalam alQuran dan dicontohkan oleh Rasulullah saw. Itu sahaja cara penyelesaiannya. Kita tidak boleh berpura-pura dan tidak boleh bertalam dua muka. Kebenaran tidak pernah memihak. Yang benar tetap benar, yang batil tetap batil.Semua kita akan dikembalikan kepada yang maha Pencipta. Semoga masih ada bibit-bibit sifat hamba yang boleh digilap atau digilap semula demi kesejahteraan di sini dan di sana.
INDAHNYA ALAM YANG DIURUS MANUSIA YANG BERPAKSIKAN INTEGRITI
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment