NIKMAT MEMBERI (THE JOY OF GIVING)
Hari ini 29 February 2012, tahun lompat.
Lagi 4 tahun barulah dapat berjumpa tarikh yang sama.
Ini kiraan tahun mengikut edaran matahari.
Entah berkesempatan menulis lagi entahkan tidak.
Kalau dikira mengikut edaran bulan, tidak ada fenomena tahun lompat.
Walaubagaimana pun semoga Allah kurnia Umur tambahan yang dapat dimunafaatkan
dan dapat mengalami berbagai lagi pengalaman dan mendapat berbagai lagi
ilmu yang benar dan berbagai lagi rezki untuk dimunafaatkan bagi diri sendiri dan orang lain.
Ke jalan Allah.
Keindahan hidup dalam Islam ialah suka memberi.
Saya sentiasa mengingatkan diri untuk berdikit-dikit bagi diri sendiri supaya dapat berkongsi
kurniaan Allah dengan orang lain terutamanya yang kurang upaya.
Itulah apa yang dilakukan oleh para Sahabat mengikut ajaran Rasulullah saw.
Marilah kita berusaha mencontohi mereka.
Mengingat kembali firman Allah :
....
" (Tabiat kamu wahai manusia ) jika Tuhan meminta dari kamu akan harta benda kamu serta mendesak kamu memberikannya, pasti kamu akan berlaku bakhil kedekut,
dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu."
"Ingatlah kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya berderma dan membelanjakan sedikit daripada harta benda kamu pada jalan Allah,
maka ada diantara kamu yang berlaku bakhil; padahal sesiapa yang berlaku bakhil,
maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil pada dirinya sendiri;
dan (ingatlah) Allah maha kaya sedang kamu semua orang-orang miskin
(yang sentiasa berhajat kepadaNYA)
jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan menderma) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."
Surah Muhammad, ayat 37-38.
Sama-sama kita renongkan.
6 comments:
Assalamualaikum Aunty Sobah,
Alhamdullilah, nikmat memberi sesungguhnya sangat lazat dan tidak terperi. Kembara musafir dalam perjalanan mencari ilmu ini kadang2 agak memeritkan terutama dalam soal2 urusan keagamaan, dan kewangan.
Apabila Allah memberi rezeki yang halal (we are both working as cleaners) biar sedikit dan dapat pula berkongsi bersama ahli keluarga dan sahabat2 sekeliling, betapa saya merasakan kasih sayang Allah tidak pernah bertepi.
Terima kasih aunty, your writing is always worth to ponder upon.
Barakallah hufikum.
Salam Sis,
Sesungguhnya syaitanlah yang menyeru manusia supaya bersikap bakhil.
Pendek kata sifat bakhil susah nak diubat. Tak usahkan nak derma, zakat yang wajib pun ada yang buat mengelat!
ps. gambar template tu comel sekali!I like.
Assalamualaikum Aunty Sobah..
Ilmu juga dalam kategori harta yang Allah berikan kepada kita kan.. untuk dikongsi dan dimanfaatkan..
Jazakillahu khair kerana berkongsi ilmu.. semoga ianya menjadi syafaat buat aunty.. dunia dan akhirat.. ameen.
<3
Salam Mieza.Seronok dengar Mieza bekerja di mana jua. Biar sedikit tetapi penuh barakah. Allah yang membuat rasa cukup dan Dia yang maha mencukupkan.Redha Allah yang kita cari. Semoga Allah sentiasa bersama.
Salam sister. Kadang-kadang hati ini terjebak juga dengan rasa takut tak cukup. Alhamdulilah dapat lawan suntikan jarum syaitan. Doa sama kita kuat bertahan dan perintah Allah kita bereskan.
Salam Dear Tiny. Sememangnya ilmu itu satu anugerah Allah yang tidak terkira besarnya. Ayat Quran banyak menyebut tentang orang-orang yang berfikir, juga Ululalbab. Tanpa Ilmu mana mungkin kita terbantu berfikir.
Semoga kita dapat berbincang panjang.TQ
Post a Comment