12 Mei 2012
Mengingati dengan penuh kesyukuran hari istimewa, hari kelahiran ke alam dunia. Saya sudah melepasi umur yang Allah beri peluang untuk memantapkan ilmu supaya dapat dimunafaatkan sebelum tiba masanya saya "bertemu" denganNya. Dalam hadith ada mengatakan jika sudah sampai umur 60 tahun tetapi tidak ada tanda-tanda perubahan dalam pengabdian diri, maka Allah akan menjauhkan diri dari kita. Maka di saat-saat ini saya ingin menumpu usaha untuk peneguhan dan pengukuhan semoga mendapat keampunan atas segala kekurangan dan kelemahan dan semoga amalan yang tidak sempurna ini dapat diterima, dengan Rahmatnya jua. Semoga tidak lagha dan masa menjadi sia-sia. Amiin.
Pada hari itu saya berada di Garut. Keindahan daerah Garut dan udaranya yang dingin dan nyaman membuat saya tenteram dan berfikir-fikir lanjut apa yang akan saya mampu buat untuk kelangsungan hidup ini. Hari itu saya dan teman-teman satu team sama-sama berusaha memantapkan penubuhan Situwangi Boarding School yang berada di desa Kacamatan. Tempat ini melibatkan perjalanan tiga jam dari Bandung kerana jalannya sempit dan berliku-liku. Kami ke Garut buat kali yang ke berapanya sejak hampir tiga tahun yang lalu, sudah tidak saya kira lagi. Saya rasa bersyukur di beri peluang oleh penaja untuk berbicang secara serious cara-cara bagaimana mahu meneguhkan sistem pengurusan semoga falsafah pendidikan yang kami contohi dari Pak Hasni dapat diterapkan sebaiknya. Pak Hasni yang kami panggil mesra telah menubuhkan Adni Islamic School 15 tahun yang lalu di Kuala Lumpur dan telah banyak membantu membangunankan beberapa sekolah di Malaysia dan Indonesia dan juga beberapa negara dalam Pertubuhan Negara-negara Islam di dunia. (di organisasi OIC beliau digelar professor). Beliau membantu kami untuk melaksana Pendidikan yang holisti dan sepadu mengikut kehendak al Quran dan Hadith. Bulan Julai nanti sekolah ini akan mengambil pelajar untuk tahun ketiganya. Semoga Allah permudahkan.
Lawatan kami kali ini amat singkat sekali. Waktu kerja amat terhad dan kami tidak dapat bertemu lama dengan pelajar-pelajar. Hanya satu sessi selama satu jam sahaja yang dapat kami munafaatkan. Anak-anak (pelajar) makin mantap rasa keyakinan diri bila bertemu dengan kami. Ahli team memberi berbagai motivasi selaras dengan hasrat mahu menjadikan mereka pemimpin Islam untuk umat sejagat. Saya hanya mencelah sedikit, bermuslihat cuba mengelirukan pandangan mereka dengan tujuan mencabar cara mereka berfikir. Alhamdulilah pelajar yang berkenaan dapat mempertahankan pendapat selaras dengan tujuan soalan. Alhamdulilah, Allahu Akbar, kami rasa amat bersyukur kerana mereka makin hari makin menampakan kematangan selaras dengan misi dan visi penubuhan SBS itu.
Bersama pelajar usainya sessi berinteraksi.
Wajah-wajah yang ceria menggembirakan kami. Alhamdulilah.
Kami menggalakan mereka bertanya berbagai soalan kerana inilah ciri utama yang mereka perlu ada dalam proses menimba ilmu untuk menjadi insan rabbani. Malu bertanya sesat jalan. Kami menerangkan bahawa sebenarnya tidak ada soalan yang harus dipandang remeh jika kita membiasakan diri befikir menggunakan 'whole brain thinking'. Semua pelajar seharusnya ada keinginan 'ingin tahu'. Barulah ia boleh membuka percambahan ilmu. Di dalam al Quran sering disebut Allah memberi peringatan dan menuntut orang mukmin sentiasa berfikir. Semoga pelajar-pelajar ini melatih diri untuk berani bertanya dan berani berhujah dan insyaAllah berani bertindak untuk menegakan Kebenaran di muka Bumi ini.
Selain dari pelajaran akedemik dan hafazan al Quran, pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti ko-kurikula. Sekarang ini kemudahan gelanggang foot-sal dan bola keranjang telah siap untuk digunakan. Kelihatan di atas Mudir sekolah sedang memberi penerangan di dewan makan., dan digambar yang lain menunjukan pelajar-pelajar bermain mengikut jadual harian yang ditentukan.Di bawah ini pula pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk mahir dalam mengendali kuda dan memacunya. Inilah adalah salah satu jenis sukan yang disebut dalam hadith untuk dikembangakan. Apa pun teknologi canggih yang telah dibina, kemahiran berkuda ada rahsianya. Seharusnya kita tidak hanya menggunakan logik aqal untuk meyakininya.
Makin hari Situwangi Boarding School semakin menampakan kemajuan seperti yang dirancangkan. Alhamdulilah. Ramai sukarelawan yang membantu. dalam bidang profesyen masing-masing. Dari 11hb Mei hingga 12hb Mei kami ke Garut dengan team dari University Utara Malaysia yang datang untuk membantu memperkemas sistem pengurusan staff dan kewangan dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Mereka ini adalah tenaga pelapis yang akan, insyaAllah, meneruskan usaha membantu dengan sukarela. Alhamdulilah, komitmen mereka tinggi. Bukan di sini sahaja mereka menabur bakti, tetapi juga di Cambodia. Saya terharu melihat kegigihan mereka dan semoga Allah membuka peluang dan ruang dan memudahkan seterusnya. Saya menyesali hari-hari muda saya kerana tidak seaktif mereka. Semoga Allah mengampuni dan semoga warisan genarasi anak cucu saya termasuk dalam golongan orang-orang yang suka berbakti pada negara dan agama dan umat sejagat kesemuanya.
Wajah-wajah harapan ibu-bapa, negara dan umat Islam sejagat umumnya.
Saya rasa sebak melihat cara mereka berinteraksi kerana anak-anak ini datang dari keluarga amat miskin di daerah itu dan telah menunjukan kemajuan luar biasa dari segi pembentukan peribadi termasuk disiplin dan semangat mahu jadi pemimpin luhur. Mengikut adat umur dan kesihatan, besar kemungkinan saya tidak akan melihat hari mereka menamtkan pengajian di SBS ini. Namun saya amat bersyur Allah izin saya menjadi sebahagian kecil kepada usaha yang besar dan berat ini. Semoga Allah meningkatkan rezki penaja-penaja dan memudahkan segalanya demi memperkasa umat Islam sejagat. Amin.
....
2 comments:
Selamat Hari Jadi , Sis,
InsyaAllah agar dikurniakan husnul khatimah. Segala usaha yang dilakukan di jalan Allah, mudah-mudahan mendapat perkenan dan ganjaran yang baik dari Yang Maha Esa. Amin.
ps. kena jumpa lagi ni...
nanti I masak yang best-best!
Salam. Terima kasih dear sister atas ingatan ucap selamat. Semoga Allah kurnia yang terbaik bagi kita semua, dengan Rahmat dan Kasih Sayangnya.
Mungkin satu hari masa cuti sekolah kita dapat jumpa-jumpa. Nanti kita update sebab I need to go back kampung to visit my ailing sister in Kota Tinggi.Meanwhile, take care.
Post a Comment