"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, May 8, 2012

BARU SAYA TAHU





Baru saya tahu sedikit sebanyak siapa dia Fethullah Gulen.

Saya dan seorang teman pergi ke Book Fair di PWTC baru-baru ini dan singgah di gerai mempromosi  buku-buku dari  Negara Turkey. Saya pernah dengar namanya dan pernah bertanya mengenainya dari pemandu pelancung semasa melawat Turkey 2 tahun yang lalu. Pemandu pelancung ini seperti tidak minat untuk bercerita. Saya tidak bertanya lanjut, tetapi dihati terus ingin tahu. Di Book Fair itu saya diberi sebuah majallah FP - FOREIGN POLICY keluaran Julai / Ogos 2008 kerana saya minat buku-buku yang ditulis oleh Fethullah Gulen ini. Majalah ini diterbitkan oleh Carnegie Endowment for International peace. Pada tahun itu Fethullah Gulen telah dinobatkan sebagai "World Top Public Intellectual". Tidaklah menjadi tujuan saya di sini untuk bercerita panjang lebar mengenai beliau kerana saya pun baru membaca sebuah dua buku yang ditulisnya atau di perkenalkan olehnya.

Namun saya minat tentang latar belakangnya dan kemudian bagaimana beliau boleh  memberi inspirasi dan menggerakan satu  'Harakah' yang dipanggil HIZMET atau The Volunteers' Movement. Saya hanya mahu berkongsi sedikit megenainya kerana saya rasa beliau mempunyai satu missi hidup dalam ruang lingkup Islam yang tersendiri sesuai dengan keadaan yang ada di Turkey. Mungkin kita boleh berfikir-fikir dan mempelajari sesuatu darinya.

Gulen dikatakan sebagai orang yang paling berpengaruh dikalangan Intelek Islam. Beliau telah menulis lebih 50 buah buku yang dipercayai dapat mendorong generasi muda memahami erti hidup bertamadun. Beliau dilahirkan di Timur Anatolia dalam tahun 1941 dari keluarga yang kuat memegang Islam. Bapanya seorang Imam dan beliau banyak mempengaruhi kehidupan anaknya, Fethullah Gulen.




Itu sedikit mengenainya. Disebelah ini ialah buku yang bercerita mengenai Gerakan yang dipeloporinya. Ia membuatkan saya berfikir dan semoga ia juga membuatkan sesiapa juga berfikir bagaimana ideanya boleh "dipinjam" dimana sesuai untuk kita di Malaysia.

Sejarah negara Turkey dimana berakhirnya Empire Ottoman amat hampir dengan hati kita yang cinta dengan Islam. Sekarang ini Turkey mengakui dirinya sekular, tetapi langkah-langkah mengembalikan kegemilangan Islam amat nyata. Semoga Allah mempermudahkan baginya dan bagi kita.

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails