"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, May 6, 2012

AKAN SAMPAI MASANYA


Akan sampai masanya..
Seperti pohon ini
Daun-daun akan berguguran
Bukan kerana musim bertukaran
Tetapi hakikat akan sampainya fitrah kehidupan
Daun-daun gugur tanpa penggantian

Akan gugur semuanya bertaburan
Dan seandainya tiada persediaan
Tiada ingatan wujudnya daun hanya atas Ehsan
Yang maha Pencipta maha Menyaksikan
Maka akan tergugat pendirian dan tersungkur kebingungan.

Gugurnya ke Bumi akan mengejutkan hati-hati
Oleh itu ayuh kita berikrar diri
Hidup kini kan kita isi amalan soleh dan giat berbakti
Semoga gugurnya kita nanti akan menimbulkan simpati
Dan peanugerahan maghfirah dari yang mahaTinggi.

Semoga kita diterima tanpa hisab menanti
Memasuki Taman-taman Syurga pilihan diri
Kurnia Ilahi yang kita nanti-nanti.
Dengan Rahmatnya kita diiktiraf hamba sejati
Anugerah Illahi yang tertiggi
Tiada yang menandingi.


Amiin Ya Allah, 
AmiinYa Rahman ,
AmiinYa Rahim...

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails