Isu bersih pasti ada di hati siapa jua yang waras dan ikhlas. Cuma erti bersih berbeza dari seorang keseorang yang lain. Perbezaan ini adalah dari segi prinsip dan rupa warnanya mengikut kefahaman seseorang tentang falsafah hidupnya yang diwarisi dari orang tuanya atau yang dipelajari dari sumber-sumber yang hak dan sohih kebenaranya.
Kebelakangan ini riuh rendah orang memperkatakan BERSIH 3.0, masing-masing membawa cita rasa dan pendirian sendiri. Cita rasa dan kefahaman boleh berbeza seperti langit dan bumi. Lihat gambar di atas ini yang saya rakam secara santai semasa di Seoul baru-baru ini ketika saya bersiar-siar-siar dan melihat-lihat perihal dan perilaku orang Korea. Tukang sapu ini membersihkan kawasan perniagaannya hingga ke kaki-lima tempat orang lalu lintas. Saya nampak sudah bersih, tetapi padanya belum cukup bersih dan di sapu-sapu hingga puas hatinya. Dalam hati saya berkata betapa ia mahu menentukan kebersihannya itu betul-betul bersih. Sifat orang bukan Islam yang orang Islam belum semuanya menghayati demikian rupa.
Maka kita mahu menegakan elemen BERSIH dalam keluarga, masyarakat dan pentadbiran negara. Tetapi semuanya tidak memegang satu definasi bersih yang sama. Masing-masing ingat dan merasai bahawa definasi bersih yang dipegangnya adalah yang cukup sempurna. Dan mereka menyangka dan menganggap bahawa pihak lain harus juga faham akannya dan menyetujuinya. Di dalam arena politik pula Pihak Pentadbiran Negara memegang satu konsep bersih dan Pihak Pembangkan pula mahukan yang berlainan rupa.
Maka di mana titik pertemuan.
Atau adakah kita peduli untuk mencari titik pertemuan.
Maka dicarinya titik pertemuan di perhimpunan, dicarinya juga di Dewan perbahasan, dicarinya di Masjid-masjid dan tempat-tempat yang lainnya. Belum juga ada titik pertemuan. Siang malam memanggil kumpulan-kumpulan tertentu untuk penerangan. Tetapi apa asasnya? APAKAH PRINSIP DASAR RUJUKANNYA?
Pada pendapat saya , oleh kerana kita kabur dalam hal ini, atau kita senghaja buat-buat kabur atas kepentingan tertentu, maka isu BERSIH.3.0 baru-abru ini sudah menjadi isu lain. Bukan lagi isu bersih tetapi isu yang lain-lain seperti isu keganasan, isu fitnah dan sebagainya. Saya ibaratkan seperti "Perhimpunan Buluh Kasap." Pangkal Hilang, Hujung Lesap. Bukan lagi isu bersih dari segi pengurusan negara tetapi menjadi isu "Love-Hate" antara semua yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung.
Ini pemerhatian perbadi sahaja. Mungkin tidak betul tetapi mungkin juga betul.
Kalau kita hanya mahu membersihkan daftar pemilih untuk pilihan raya umum, amat kecil sekali implikasinya pada isu bersih dalam pengurusan negara, seperti "Tip of the Iceberg". Siapa jua yang memerintah jika definasi bersihnya tidak mengikut apa yang sebenarnya, maka sia-sia belaka segala usaha walaupun usaha itu mengorbankan masa, tenaga dan harta dan mungkin nyawa.
Bersih perlu definasi yang lengkap yang TOTAL.
Tetapi tidak ramai yang benar-benar berminat untuk bercerita tentang hal ini.
Saya diajar dan dididik untuk berpegang pada prinsip bahawa yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil. Kita tidak bolih lari dari alQuran, walaupun kita hidup dikalangan rakyat berbilang kaum dan agama. Allah yang mengatakan begitu. Bukan idea saya sedikit pun. Subhanallah. Maha suci Allah yang wajib di BENARKAN dan dipatuhi. Saya selalu ditanya mengapa kita sentiasa bersikap "APOLOGETIC" dalam hal ini. Kita lebih takut menyinggung perasaan sahabat handai dan orang-orang tertentu daripada takut dengan kemurkaan Allah.
Saya terpanggil menulis sedikit dalam hal ini kerana saya lihat debat BERSIH seperti yang ada sekarang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Saya yakin demikian. Semoga Allah memelihara kita. Mungkin kita bertemu disekerat jalan tapi besar kemungkinan tidak sampai kedestinasinya. Sama-sama kita muhasabah diri. Setiap kita harus mencari punca masaalah yang ada dalam negara kita ini. Kita cuba sedaya upaya supaya tidak hanya menuding jari. Kita sebagai individu tanyakan pada diri sama ada sudah cukup bersih. Saya pun belum cukup bersih dan saya sentiasa berdoa dan berusaha ke arah itu. Kalau kita seorang pemimpin masyarakat atau negara, tugas ini lagi amat besar. Saya bertekad untuk memilih pemimpin yang berpegang kuat pada alQuran dan hadith, tidak kira warna kulit dan keturunan. Saya yakin bahawa hanya Islam sahaja yang dapat menyatukan segala rupa manusia.
Ayuh kita semua menginsafi diri. Pastinya ada yang tidak kena maka negara kita ini nampak aman damai, tetapi sebenarnya makan hati didalam. Itu perasaan saya. Munkin salah, tetapi mungkin juga betul. Siapa yang tidak rasa begitu saya khuatir ia tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling. Dalam alQuran Allah ingatkan kita yang bermaksud supaya kita jangan jadi seperti binatang ternakan. Binatang ternakan dari fitrahnya hanya kira pasal diri sendiri sahaja. Jika sudah kenyang dan cucup makan, ia sudah puas hati. Tidak kira yang lain dan tidak kira apa akan jadi esuk hari, walaupun esuk hari ia akan disembelih.
Hakikanya ialah susah untuk kita jadi bersih sepenuhnya, seperti kain putih. Masa lahir sahaja putih bersih kerana belum dicemari dengan berbagai ragam peristiwa hidup. Tetapi Allah yang maha Pengampun dan maha Mengasihani memberi kita peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri selagi sakaratul maut belum menghapiri.
Mengapakah kita tidak boleh duduk berunding dan mencari penyelesaian tanpa merugikan mana-mana pihak. Dalam kehidupan pasti ada perbezaan pendapat dan cita rasa. Tetapi itu tidak bererti hidup ini jadi huru hara kerana masing-masing pihak mendakwa mereka yang betul dan yang lain-lain itu salah.
Kita mahu jadi khalifah dimuka bumi ini Allah sudah janji dengan syarat-syarat tertentu, termasuk mesti bersih dalam semua aspek kepercayaan dan perilaku. Lihatlah Surah An Nur, ayat 55.
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
(55) Allah has promised, to those among you who believe and work
righteous deeds, that He will, of a surety, grant them in the land,
inheritance (of power), as He granted it to those before them; that He
will establish in authority their religion - the one which He has chosen
for them; and that He will change (their state), after the fear in
which they (lived), to one of security and peace: ´They will worship Me
(alone) and not associate aught with Me. ´If any do reject Faith after
this, they are rebellious and wicked.
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh diantara kamu bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di Bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka. Dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama yang telah diredhainya untuk mereka; Dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh); Mereka terus beribadat kepada Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Ku dan (ingatlah) siapa yang kufur engkar sesudah itu maka mereka itu orang-orang yang fasik.
Kita dingatkan supaya tidak menzalimi diri dan menzalimi orang lain. Jika kita berbeza pendapat, kembali pada Quran dan Hadith. Jika kita berterusan bersifat dusta dan zalim maka Allah akan murka. DIA mengingatkan kita dalam surah Al Isra' (17) ayat 16 dan ayat 17 seperti di bawah ini.
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
And when We intend to destroy a city, We command its affluent but they defiantly disobey therein; so the word comes into effect upon it, and We destroy it with [complete] destruction.
Dan bila sampai tempuh Kami hendak membinasakan penduduk sebuah negeri kami perintahkan (terlebih dahulu) orang -orang yang melampaui batas dari golongan Elite supaya mereka taat; lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat. Maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya dengan sehancur-hancurnya.
وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنَ الْقُرُونِ مِن بَعْدِ نُوحٍ ۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا
And how many have We
destroyed from the generations after Noah. And sufficient is
your Lord, concerning the sins of His servants, as Acquainted
and Seeing.
Dan berapa banyak kaum selepas Nabi Nuh yang telah Kami binasakan. Dan cukuplah Tuhan mu yang maha Mengetahui, maha Melihat dosa hamba-hambanya.
Golongan ELITE yang dimaksudkan ialah mereka yang menjadi pemimpin kekuasaan politik, kekuasaan ekonomi dan kekuasaan ilmu. Mereka inilah yang dipertanggojawabkan dengan kewajiban untuk duduk berunding dengan seikhlas-ikhlanya demi mematuhi kehendak Allah untuk mencari penyelesain sebaik mungkin tanpa mengakibatkan perpecahan. Jika berlaku pecah belah dan huru hara pasti musuh-musuh akan mengambil kesempatan untuk menundukan mereka dan mengikut telunjuk mereka. Kita harus mencontohi Nabi Harun dalam sejarah Islam bagaimana ia menyantuni pengikut-pengikutnya supaya jangan menyembah patung lembu yang dibuatnya tetapi kembali kepada mentauhidkan Allah jua. Apa bila mereke ingkar, Nabi Harun bersabar dan menanti kepulangan nabi Musa untuk berbincang bagaimana menyelesaikan masaalah yang ada. Nabi Harun tidak berlagak keras hingga pengikutnya berpecah belah kerana dia tahu ini akan menyulitkan lagi kedudukan. Bila Nabi Musa kembali, ia berjaya mengembalikan aqidah mentauhidkan Allah tanpa perpecahan pengikut-pengikutnya.
Maka kita harus berfikiran panjang dan membetulkan nowaitu dalam tindakan. Jika kita hanya mementingkan kuasa mengikut hawa nafsu tanpa hala tuju yang jelas atau yang serong, maka inilah yang akan mendatangkan kemurkaan Allah dan kita semua menanggong Risiko dibinasakan.
Semoga Allah masih membuka pintu-pintu taubat untuk hamba-hambanya membetulkan pegangan aqidah dan nowaitu tindakan, tidak kira sama ada ia seorang pemimpin atau seorang pengikut. Tetapi kalau pemimpin menunjuki contoh yang baik dan cemerlang, maka mudah sahaja pengikut-pengikut akan memberi sokongan. Sama-sama kita beringat bahawa ancaman Allah khusus pada kaum elite dalam sesebuah negara. Kesan tindakan mereka amat mempengaruhi rakyat seluruhnya.
AlQuran itu diturunkan bagi semua manusia, tidak kira warna kulit dan keturunannya. Semoga Allah mengampuni dan memimpin kita ke jalan yang lurus yang diredhaiNya. Walauapa perbezaan yang wujud sekalipun, janganlah sampai menzalimi diri dan menzalimi orang-orang yang bergantung harap dan minta dilindungi. JANJI Allah itu benar.
WaAllahu'alam.
.....
Maka kita harus berfikiran panjang dan membetulkan nowaitu dalam tindakan. Jika kita hanya mementingkan kuasa mengikut hawa nafsu tanpa hala tuju yang jelas atau yang serong, maka inilah yang akan mendatangkan kemurkaan Allah dan kita semua menanggong Risiko dibinasakan.
Semoga Allah masih membuka pintu-pintu taubat untuk hamba-hambanya membetulkan pegangan aqidah dan nowaitu tindakan, tidak kira sama ada ia seorang pemimpin atau seorang pengikut. Tetapi kalau pemimpin menunjuki contoh yang baik dan cemerlang, maka mudah sahaja pengikut-pengikut akan memberi sokongan. Sama-sama kita beringat bahawa ancaman Allah khusus pada kaum elite dalam sesebuah negara. Kesan tindakan mereka amat mempengaruhi rakyat seluruhnya.
AlQuran itu diturunkan bagi semua manusia, tidak kira warna kulit dan keturunannya. Semoga Allah mengampuni dan memimpin kita ke jalan yang lurus yang diredhaiNya. Walauapa perbezaan yang wujud sekalipun, janganlah sampai menzalimi diri dan menzalimi orang-orang yang bergantung harap dan minta dilindungi. JANJI Allah itu benar.
WaAllahu'alam.
.....
No comments:
Post a Comment