Alhamdulilah, keseronokan berbagai rupa yang Allah kurnia kepada hamba-hambanya semasa berpuasa dan di Hari Raya. Namun pada Tok Wan dan nenek, Embah atau apa jua gelaran diberi, keseronakan yang istimewa adalah bersama cucu-cucu. Keluarga Tok Ayah Baharom Hassan (suami saya) berkumpul di malam Hari Raya dan kami berbuka puasa yang akhir yang merupakan juga Jamuan Raya bersama keluarga anak-anak dan cucu-cucu. Menu kami biasa-biasa sahaja tetapi rasa seronok dapat makan bersama. Itulah sahaja masa yang terluang kerana anak-anak sudah ada komitmen yang lainnya pula pada pagi Hari Raya dan seterusnya.
Tidak mengapa. Yang penting ialah rasa damai dihati.
Ini Ammani Farissa dan Tok Ayah sekembalinya dari Masjid. Senyuman yang menampakan damai dihati.
Maka selepas Solat Hari Raya saya dan suami berkunjung ke rumah abang saya di Shah Alam di Seksyen 13. Rata-rata pada Hari Raya pertama, generasi muda meraikan yang tua. Di atas ini adalah keluarga abang saya, Amat Suyoto Sulaiman. Allah kurnia 4 orang anak dan 5 orang cucu. Alhamdulilah.
Semoga akan terdidik juga akhirnya anak-anak dan cucu-cucu untuk mematuhi kehendak Islam sepenuhnya seperti menutup aurat dan sebagainya.
Saya sentiasa mendoakan warisan fikir diredhai Allah bagi semua termasuk keluarga saya.
Abang saya kurang sihat kerana matanya mengalami masaalah urat mata terputus dan sedang merawatnya. Deria penglihatan menjadi kurang. Saya takut bertanya lanjut kerana saya juga diabetic dan mata adalah yang menjadi sasaran utama penyakit ini. Maka beringatlah kita! Rajin-rajinlah membaca kerana kurnia dari Allah bila-bila masa boleh ditarik balik. Ini ujian kehidupan yang agak berat.
Semoga akan terdidik juga akhirnya anak-anak dan cucu-cucu untuk mematuhi kehendak Islam sepenuhnya seperti menutup aurat dan sebagainya.
Saya sentiasa mendoakan warisan fikir diredhai Allah bagi semua termasuk keluarga saya.
Abang saya kurang sihat kerana matanya mengalami masaalah urat mata terputus dan sedang merawatnya. Deria penglihatan menjadi kurang. Saya takut bertanya lanjut kerana saya juga diabetic dan mata adalah yang menjadi sasaran utama penyakit ini. Maka beringatlah kita! Rajin-rajinlah membaca kerana kurnia dari Allah bila-bila masa boleh ditarik balik. Ini ujian kehidupan yang agak berat.
Bersalaman hormat pada yang tua, suatu lambang kasih mengasihi dan sayang menyangi.
Semoga Allah mengapuni dan melilapah Rahmatnya yang tidak terhingga pada kami dan pada kita semua.
Ameen.
....
4 comments:
Assalamualailum
Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Edul fitri Maaf Zahir dan batin pada Bonda Ngasobah.
Taqabbalallohuminnawaaminkum.
Salam dear Simah. Belum lambat. Di Malaysia raya 30 hari. Tahu buat sambal gorenga jawa ke?
InsyaAllah satu hari kita jumpa.
HELLOO, gud morning ? he he he he
hmm, kalau nak ikutkan hati nihh, saya jujurnya x suka org perli perli , halamak !!! hahahah, oops, terkeluar suda..oouh, regarding the aurat stuff, i think kan orang yg wearing tudung ni, macam byk je yg hipokrit, u setuju x ? sebab kan pada i, org yg pakai tudung ni, ntahla, macam lg jahat pon adew..mulut dia jadi lebih terbukak, hahh !! ntah la, okay, rasenyee org yg xpkai tudung ni x semestinya jahat2 enn? hahahah, ye ahh, kita x judge n x boleyy judge org berdasarkan ape yg dorang pakai enn ?? hahahah, pd saya , org yg xpakai tudung ni lagi smart, xsuke nak kacau hal2 org lain, kan kan??? errr, rasenya ramai org kita now especially bdk2 ahh, dorang ni pkai jeh tudung tp perangai macam hantu raya !! hahhaha, because u knoww, pakai tudung ni x semestinya automatically jd angel, btol tak btol tak ??? hahaaha, yg lebih memalukan u, bdk2 nih lagi teruk, buat free SEX , buang baby sane sini..melucah lucah, mencarut ,rempit,rasuah ,scandal, hahaha U NAME IT LAHH !! hahahah, sume adew. itulah budak2 skrg, kita suruh dia tutup sana sini, tp dia sendiri memberontak dlm hati, sbb dia xtau ape yg sepatutnya disucikan, pada dorang, pakai tudung je sudah ckp menepati syarat, xpayah jga attitude, hamboi !!! bole plak macam tu kan u ?? so pd i lah kan darling, i rase moral tu yg penting, bukan tutup sana tutup sini, kan kan ?? he hehehehe, sebab pd i lah kan, kita ni sume ade past time, everybody got a dark past, ape yg u da buattt ?? ooopppsss !!! so kan , kalau u rase u bagus la, ala, kita kan selalu rase diri kita bagus, hahahaha, jgn la nak kritik org lain, suka dia la kan u ?? hehehehe, haiyyya, yang patut kita tegur ialah moral nye, bukan atas kepala dia ,kan kan ??m hhahahahah..so conclusion nya, kalau da rase perfect, dudok je ahh diam2 kan u ? biarlah dorang, xyahh ahh dok nak ckp dorang xdpt hidayah, macam mne plak dorang nak dpt contoh yg baik dari u kan ?? hmm, ntah hahaha
Thank you Katie for visiting. I respect your opinion. Everyone is entitled to an opinion. But to me life is not all about opinion and logical thinking. And when we talk about morality,it must be Divine morality.
Good day to you. May God give us Guidance.
Post a Comment