"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, August 2, 2012

SABAR ITU JALAN MENCAPAI REDHA ALLAH.







Lautan mana tidak pernah bergelora.....

Entah kenapa di Ramadhan ini banyak pula melihat dan mengimbas kembali laluan hidup yang telah jauh ditinggalkan. Berbagai rasa meluru datang semula. Teringatkan detik-detik yang gembira. Tetapi yang membawa rasa sayu dan sedih dan kecewa pun ada juga. Allah maha Pemerhati.Tiada yang terlepas dari pemerhatianNya.

Adat hidup di dunia. Apabila ditimpa kesusahan, iman yang belum mantap ini tertanya-tanya. Berulang kali memujuk hati untuk melepaskan segala memori jika memori itu hanya akan merobek waktu yang tinggal amat sedikit ini. Lalu bangkit dan tidak mahu lagi menendiri yang boleh membuka ruang untuk iblis membolak balek hati.

Biasanya apabila ditimpa musibah, mudah sahaja orang menasihati supaya bersabar. Kalau kita ditimpa kekecewaan kerana kegagalan mendapatkan sesuatu, mudah juga orang menasihati supaya bersabar. Rata-rata inilah pengalaman kita. Hari ini di dalam di dalam kelas pengajian mingguan Ustaz mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW pun melalui ketika-ketika ia rasa kecewa dan sedih dan sebagainya. Maka Allah SWT menurunkan ayat 20/129 dan 20/130 seperti di bawah ini.



A129
 Dan jika tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah Tuhanmu (wahai Muhammad), dan satu tempoh yang ditentukan nescaya balasan jenayah mereka sudah semestinya berlaku.
(Taha 20:129) |

A130
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
(Taha 20:130) |


Antara lain, ayat 130 menuntut kita bertasbih dan bertahmid, iaitu kita mensucikan Allah dan kita memuji Allah. Apa yang berlaku pada diri kita yang bukan akibat perbuatan yang menyalahi hukum, adalah suatu ujian, maka kita harus bersabar. Antara cara untuk membina kesabaran ialah dengan zikrullah dan didahului dengan taubat nasuhah kerana manusia tidak sunyi dari silap dan salah.Maka sempena Ramadhan al kareem tahun ini kita perkuat usaha kita membina kesabaran pada diri kerana mahu meraih balasan Redha Allah yang amat besar hikmahnya dan jiwa akan rasa tenang aman damai. Apabila kita redha dengan Allah dan Allah redha pada kita akan benar-benar mensyukuri segala kurniaan Allah, senang atau susah. Ya Allah! ampunilah kami dan perkuatkan tekad kami untuk menjadi hambamu yang kau redhai.
Ameen.


....

2 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redhaNya... Amiin

Benar kak, menyuruh orang bersabar tu memang mudah diungkapkan, tapi bila kita sendiri yang mendapat ujian tak tahu bagaimana kita bersabar.. begitulah yang saya pernah dengar daripada kuliyah ustaz Kariman tentang sabar.

Sungguh, untuk mendapat redha Allah kita kena sabar dan redha serta sentiasa mengungkapkan kata-kata baik kaepadaNya yang mencipta dan menguji kita.

Pengajaran daripada kisah nabi-nabi dipaparkan kepada kita untuk kita ambil iktibar.

Terima kasih kak atas motivasi ini.

ngasobahseliman said...

Salam Werda. Semoga Ramadhan ini menguatkan lagi usaha kita bersabar dalam apa jua keadaan. Kak sendiri pun sering terjebak-jebak dengan sifat kurang sabar. Maka entri ini untuk kak juga. Terima kasih datang singgah dan semoga sihat selalu.

Related Posts with Thumbnails