"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, August 28, 2012

EDILFITRI etc, etc .....




Suami saya kalah dengan cucu. Berbuat sesuatu bersama cucu-cucu adalah suatu yang mengembirakan hatinya.
"Kita bukan 'sempat' tengok mereka besar, bersekolah dan bekerja. La ni lah kita enjoy dengan cucu-cucu".


Maka pada Hari Raya ke 5 anak lelaki saya, Azrul, mencadangkan kita pergi ke Taman Rama-rama kerana kami sudah ada di Penang ketika itu  setelah menzirahi emak saudara di Penanti. Saya ikut sahaja kesukaan suami kerana takut jadi 'Perempuan Neraka' (na'uzubilah) kisah cerita sebuah drama di TV yang saya terlihat semasa menunggu suami saya mandi di Hotel tempat kami menginap. (By the way, ada skrip yang amat tidak sesuai yang mengatakan lebih kurang bermaksud: Kerana sayang saya sanggup masuk ke Neraka demi kasih saya pada isteri....dll)

Ini foto saya di Taman itu. Saya tidak masuk dan hanya menunggu diluar bersembang santai sambil memerhati pengunjung yang lainnya.

Seronok bersama anak-cucu. Bagi yang tiada anak cucu pasti Allah kurnia keseronokan yang lain.
 Bagi yang ada anak-cucu tetapi tidak dapat bersama, juga Allah kurnia keseronokan yang lain.
Keseronokan adalah suatu ujian yang boleh membuat kita lagha. Maka kita harus menghayati mesej yang Allah turunkan disebalik keseronokan itu.
Allah maha mengetahui, maha mendengari, maha bijaksana dan maha adil dalam segala penentuanNya.
Tiada suatu yang Allah cipta itu sia-sia. Kita lihat dengan mata hati jua.
 Subhanallah.

Selepas ke Taman Rama-Rama kami pusing memutar Balik Pulau ke Jelutung mencari tempat makan kesukaan suami saya. (He will travel 500 mikes to get his favorite food, rain or shine.)





Ini bukan iklan. Tetapi kalau suka nasi kandar apa salahnya. Kami sampai lebih kurang jam 4 petang dan sudah tersangat lapar. Lihat betapa panjang kami beratur untuk mendapatkan makanan dan temapt duduk. Saya hanya mampu senyum mengikutkan "karenah" suami saya. Anak-anak tidak complain. Saya lega. Takkan tak sanggup berkorban sekecil ini untuk ayah.....
Ini keadaan jalan-jalan cari makan. Sudah tidak sanggup lagi makan pulut dan rendang waktu itu.
Dalam keseronokan makan  kami ingat juga pada mereka yang bersusah payah mencari sesuap nasi seteguk air untuk makan dan minum. Kami sentiasa ingat saudara seIslam kita yang sedang Allah uji dengan kesukaran kerana perang atau dilanda bencana alam. Ujian dalam kemewahan seperti di Malaysia boleh memerangkap minda dan jiwa yang lagha. Semoga Allah sentiasa menunjukki jalan yang benar.

Nasi kandar adalah kegemaran keluarga sebelah suami saya.
Tetapi saya berlainan sedikit. Saya mudah dengan makanan.(I am easy with food and meals has never been a big agenda with my folks in Pontian.) Maka di Kota Tinggi Johor saya minta anak saudara saya masak tempe dan sambal jawa sahaja. Saya enjoy tetapi suami saya hanya senyum melihat saya makan dengan sungguh-sungguh  masakan tradisional keturunan kaum pendatang.

Kalau dalam satu keluarga pun boleh wujud banyak perbezaan, bayangkan keadaan dalam negara dan dunia seluruhnya. Maka Allah sentiasa mengingatkan kita bahawa dalam perbezaan ada Rahmatnya yang tertentu.
Kita fikir-fikir bersama dan bertindak sewajarnya.



Ini hidangan cara kampung. Makan bersaprah di atas lantai. Satu nostalgia bagi saya. Ini warisan arwah kakak sulung saya yang mahir membuat tempe semasa hayatnya. Semasa saya kecil saya selalu membantunya dan dewasa ini bila makan tempe pasti saya teringatkan kakak yang menyediakan makan minum saya semasa bersekolah dulu.
 Semoga ilmu yang saya munafaatkan menjadi sebahagian dari amal solehnya dan semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan dosa-dosa kami semua.
Ameen.

...

4 comments:

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,

Masa kecik dulu makan hidangan dalam talam dan bersaprah, siap air basuh tangan macam tu!

Makan pula berjemaah sekeluarga - sebab tu kita sentiasa terkenang hidup di kampung!

Unknown said...

salammualaikum,
saya tidak lagi berkesempatan lagi ke pulau pinang.. wahh, nampaknya masing masing nampak romantis bangat, muga mugahan kekal sampai akhir hayat, itu pun sekiranya laki laki nya tidak mencari cewek yang lain, muga muga tidalah sampai begitu sekali, kerana laki laki ini kalau boleh pergi 500 km utk cari kan dirinya makanan sedap, dia juga boleh sanggup pergi 50 000 batu mencari cewek, ini kita tidak harus pandang enteng ya. berkenaan dengan megikuti suaminya, saya berpendapat, dalam satu perhubungan ,masing masing perlu punya pengorbanan, tidak adil lah satu pihak saja yang berkorban selamanya, itu pada saya bukan pergorbanan, tetapi goblok, maap la ya kerana pada saya dan ibu yang berada di endonesia mengatakan, kehendak laki laki ini, bukan semua yang mesti dituruti pasal itulah banyak perempuan yang ditindas, banyak juga lobang belakangnya yang sudah koyak, alhamdullilah lah kita tidak begitu ya.. jangan biarkan diri kita sampai begitu sekali. semuga dapat direnung renungkan bersama

ngasobahseliman said...

Salam Sis. Betul tu. Rindu hidup cara kampung. Bukan teringat tempe sahaja, tapi ingat juga nasi ambeng.
Nak cuba-cuba.

ngasobahseliman said...

Waalaikummussalam Sister Megawati.
Terima kasih atas pendapat. Saya akan fikir-fikirkan.Saya selalu mohon pada Allah untuk kesejahteraan hidup dunia akhirat.Semoga dianugerahi. Ameen.

Related Posts with Thumbnails