Pada 8 Ramadhan yang lalu Masjid Kg. Tunku mengadakan majlis berbuka puasa yang khas yang ditaja oleh sebuah Syarikat "Gerbang Perdana". Ia menjemput Ustaz Kazim Elias berceramah sebelum berbuka puasa dengan tajuk SABAR.
Saya berpendapat ceramahnya baik sekali. Mukadimah ceramah mengimbas semula peristiwa-peristiwa yang berlaku di Timur Tengah dan beberapa negara lain yang masih berjuang untuk kebebasan, yang mana setengah kita berpendapat perjuangan itu bukan semata-mata kebebasan tetapi untuk menegakan Kebenaran Islam. Apa jua, rakyatnya hidup dalam serba tidak selamat dan terpaksa menghadapai kesusahan mendapatkan bahan-bahan makanan dan semua keperluan hidup. Ini belum lagi kita bercerita mengenai rakyat yang negaranya dilanda musibah bencana alam.
Di mana taraf KESABARAN mereka. Bagaimana kita melihat Kesabaran mereka dan bertanya pula bagaimana kita menilai Kesabaran kita sendiri.
Di Malaysia kita tidak menghadapi masaalah seperti itu. Adakah ini bermakna kita tidak perlu mempelajari dan mengenali apa itu KESABARAN.
Maka panjang lebarlah ia berhujah mengenai sifat-sifat orang yang benar-benar bersabar mengikut kehendak alQuran dan hadith. Di samping ceramah, Gerbang Perdana juga menjemput Imam III dari Masjid Al Azhar dari negara Mesir untuk Imam solat malam itu termasuk Solat Terawih. Ia juga memperdengarkan Qasidah yang sama-sama di ikuti oleh jemaah kerana Qasidah itu berupa Solawat kepada Nabi Muhammad SAW.(ia mudah diikuti)
Sehubungan dengan ini, apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah isu kekuatan Jemaah. Kekuatan umat Islam melawan musuh-musuhnya bergantung kuat pada kekuatan Jemaah yang berpegang teguh pada Iman dan Taqwa. Kadang-kadang kedengaran suara-suara yang agak sumbang dan tidak selaras dengan prinsip ini apabila mengatakan mengapa kita perlu bersusah payah memikirkan apa yang berlaku di negara orang wal hal di negara kita masih banyak masaalah kemiskinann, kesusahan dan kekurangan yang belum cukup ditangani.
Setengah orang berpendapat itu adalah sikap mementingkan diri sendiri sahaja. Sikap mementingkan diri sendiri ini tidak dapat diterima terutamanya oleh golongan yang faham apa itu konsep tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain. Dalam Islam kita dituntut untuk menginfak harta dan apa jua yang kita mampu dalam masa senang dan dalam masa susah.
Kita harus merasakan "Cubit peha kiri, Peha kanan sakit juga".
Kita lihat ayat ini: Surah Ali Imran Ayat 134-136.
Kita lihat ayat ini: Surah Ali Imran Ayat 134-136.
Indonesian
(yaitu)
orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun
sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan)
orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Indonesian
Dan
(juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun
terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa
selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya
itu, sedang mereka mengetahui.
Indonesian
Mereka
itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di
dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan
itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal
Terjemahan diambil dari The Noble Quran
Jelas di sini bahawa kita memberi pertolongan tidak mengira kita dalam kesenangan atau kesusahan, tidak mengira warna kulit atau keturunan
Kita Bersama Dalam Satu
Maka baru-baru ini saya dan beberapa orang teman rasa agak tersedih apabila ada kumpulan dalam jemaah yang tidak berminat kita membantu membina Masjid di Gaza, Palestine kerana katanya Masjid kita ini sendiri pun belum lengkap keadaannya. Jika kita berpegang begitu kita tidak akan membantu orang lain. Asyik sahaja kita mengira tentang diri sendiri dan Masjid sendiri
Maka siapakah yang akan membantu mereka yang memerlukan
Maka siapakah yang akan membantu mereka yang memerlukan
Setelah berbincang panjang kami masih belum mendapat kata sepakat Walau bagaimana pun kami meneruskan juga usaha memungut dana untuk membantu pembinaan semula sebuah Masjid di Gaza sebagai satu usaha memperkuat hubungan umat Islam dimana jua. Masjid di Gaza terutamanya adalah lambang kekuatan rakyat di sana kerana hampir semua aktiviti berpuasat di Masjid. Itulah penerangan MAPIM yang telah berjaya membina semula beberapa Masjid denagan pertolonan orang Malaysia. Masjid Kg. Tunku ingin bersama dalam usaha ini
Kekuatan membaling batu oleh belia di Gaza terbina dari kekuatan Masjid. Walau hanya batu, Yahudi laknatullah amat takut. Cuma mereka tidak kata begitu. Kalau tidak demikian bagaimana Gaza boleh bertahan hingga kini dan insyaAllah akan berjaya suatu hari jika semua umat Islam bersatu, termasuk Malaysia. Semoga Allah menurunkan bantuan yang tidak kita sangka-sangka berkat doa dan ikhtiar luar biasa di Gaza dan penyatuan semangat umat Islam di mana jua, termasuk rakyat Malaysia
Jom sama-sama kita terus membantu rakyat Palestine, dan dalam kes ini di Gaza
Ini Kupon Wakaf untuk pembinaan semula Masjid Al Qasam yang telah musnah semasa peperang dengan Israel dua tahun yang lepas
Sila hubungi Jawatankuasa Kerja Masjid Kg Tunku atau Hj Baharom Hassan tel 019 2160064
Semoga Allah menurunkan pertolonganNya dan meredhai usaha yang kerdil ini
Ameen
...
No comments:
Post a Comment