Awal pagi lagi saya sudah menyeberangi jejantas ini yang menghubungi Putra Hotel dan Institut Jantung Negara untuk menanti Pak Hasni dan akan pergi bersamanya ke PWTC. Udara masih nyaman dan lalu lintas belum sesak. Maka saya dan seorang teman sempat belegar-legar melihat warga kota sibuk untuk ke tempat kerja. Saya rasa teruja kerana dapat peluang untuk menghadiri Konvensyen Pendidikan Nasional 2012.
"You Gate-Crashed ke Konvensyen Professor ?"
Tanya seorang teman bila saya buka cerita episod saya ke Konvensyen tersebut hujung minggu yang lalu. Saya rasa seronok menceritakannya. Teman saya ini tidak percayakan saya kerana dia tahu saya semasa muda dulu suka buat kerja seperti "MacGyver".
"Tidak..Oh tidak. Manakan boleh. Pesara tak kan sama dengan Professor....nanti macam hidung tak mancung......"
"Saya tak dapat jemputan kerana saya bukan seorang professor."
"Habis macam mana dapat masuk?" Teman saya tak puas hati mendengar cerita saya dan menjeling saya tak habis-habis.
Sebenarnya saya amat minat dengan hal-hal pendidikan. (Education is my passion in life), maka saya menghadirinya sebagai pengiring Professor Hasni menghadiri Konvensyen itu mewakili Adni Education Centre di mana beliau diminta membentang kertas khas secara perbincangan Panel bertajuk: INNOVATION AND CREATIVITY IN EDUCATION : MEETING 21ST CENTURY LEARNERS NEED. Ahli panel yang lain ialah Pofessor Dr Lee Sing Kong dari National Institute of Education Singapore, dan Datuk Hassan Harun dari Wadi Sofia College.
Saya tekun mendengarinya dan berfikir-fikir berseorangan tentang anjakkan paradigma pendidikan dalam suasana perkembangan teknologi yang seperti tidak namapak di mana penghujungnya. Saya tertarik dengan pembentang kertas Prof. Lee yang secara ringkas menyatakan bahawa pengisian pendidikan (kurikulum) dan sistem penyampaian (delivery) mesti selaras dengan perkembangan teknologi kini. Di Singapura sudah pun bermula anjakkan baru di mana pelajar menjadi paksi proses pembelajaran dan guru hanya menjadi fasilitator sahaja. Bilik darjah dan perpustakaan pun sudah direka bina dengan mengambil kira penggunaan mutimedia yang makin hari makin canggih dan mencabar.
Di bawah ini saya rakam beberapa slide dari persembahan power-point Prof Lee sebagai contoh innovasi yang dibawa.
(Bila dikatakan proses pembelajaran beranjak kepada 'student-centered' dan guru hanya di pinggiran, saya rasa berdebar dihati kerana konsep Guru / Murobbi dalam pendidikan seperti yang saya fahami sudah diketepikan. Saya bertanya pada diri: Adakah keyakinan kita hanya pada teknologi dan amat sedikit pada keberkatan guru. Saya kurang arif. Kalau benar begitu saya sudah mula rasa khuatir. Mungkin dilain forum kita boleh bincangkan perkara ini).
Bagaimana anajakkan baru ini boleh diimplementasikan di Malaysia saya percaya sedang difikirkan oleh professor-professor dan mereka yang berkaitan dengannya. Saya pulang awal pada hari itu kerana pastinya saya tidak diperlukan di situ. Maka di rumah saya tertanya-tanya dan mencari-cari apa kesudahan Konvensyen tersebut yang berjalan selama 2 hari. Saya menemui keratan akhbar seperti dibawah ini yang saya dapat melalui Google Search.
Saya lihat lapuran akhbar di bawah ini sebagai kata sepakat para Professor mengenai Transformasi Pendidikan.
Maaf jika tersilap kerana saya hanya pemerhati dan berada di dewan hanya sebentar.
Konvensyen Pendidikan Nasional usul 8 resolusi mantapkan pendidikan negara
15 September 2012
KUALA LUMPUR - Konvensyen Pendidikan Nasional 2012 mengusulkan lapan
resolusi untuk dipertimbang sebagai input bagi memantapkan lagi tahap
pendidikan negara, termasuk untuk Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Ab Rahim Md Noor berkata,
resolusi konvensyen anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) itu akan
diserah kepada kerajaan setelah didokumentasi dalam tempoh terdekat.
"Konvensyen ini bertujuan untuk memberikan input kepada pihak kerajaan
khususnya bagi mentranformasikan tahap pendidikan negara dengan cara
penggemblengan idea daripada para pengamal pendidikan, termasuk dari
profesor negara.
"Idea serta pandangan dan reaksi yang telah diberi disimpul dalam satu
himpunan resolusi bagi membantu kerajaan dalam usaha ke arah menjulang
kualiti serta keunggulan pendidikan negara," katanya kepada pemberita
pada majlis penutup konvensyen itu, yang bermula semalam, di sini hari
ini.
Ab Rahim berkata, jika usul dalam resolusi itu diterima jawatankuasa
panel pendidikan, kementeriannya bersama Kementerian Pelajaran akan
memantau pelaksanaan tersebut.
Usul itu, yang dibacakan Pengarah Konvensyen Datuk Dr Zakaria Kasa,
menyatakan pengurusan pendidikan dan pengajian tinggi di Malaysia
menerusi proses kemuafakatan sedia ada amat perlu dipertingkat merentasi
sempadan tadbir urus Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian
Tinggi serta melibatkan kementerian lain berdasarkan kerelevanan.
Usul kedua menyatakan pemerkasaan autonomi tadbir urus institusi
pendidikan dan pengajian tinggi, dengan garis panduan lengkap, perlu
dipercepat bagi membolehkan pengurusan institusi dilaksanakan secara
pragmatik dan berkesan untuk menyelesaikan masalah institusional serta
cabaran luar jangka.
Ketiga, prinsip meritokrasi dan tindakan afirmatif perlu digabung dalam
komposisi dinamis agar jurang keberhasilan pendidikan di kalangan
rakyat termasuk golongan berkeperluan khas, yang wujud sejak sekian lama
dapat diminimumkan.
Keempat, pemupukan nilai universal perlu dipertingkat dalam kurikulum
pendidikan dan pengajian tinggi bagi menjamin semangat patriotisme serta
kesetiaan terhadap kepentingan negara dan masyarakat Malaysia.
Kelima, setiap cabang ilmu perlu peka dengan kewujudan piawaian
antarabangsa yang relevan, justeru, strategi penggunaan piawaian itu
bagi mengukur kualiti kurikulum dan keberhasilan sistem pendidikan
negara perlu diperhalusi.
Usul keenam ialah sistem pendidikan negara perlu dinaungi akta dan
peraturan yang 'luwes' (mudah disesuaikan) bagi membolehkan institusi
pendidikan dan pengajian tinggi melakukan proses merekasarya proses
pengajaran dan penaksiran dengan pantas.
Ketujuh, jurang pemisah bidang sains dan teknolongi dengan bidang sains
sosial, kemanusiaan dan lain-lain perlu dirapatkan supaya pelbagai
cabang ilmu boleh bergerak bebas merentasi garis itu secara bertimbal
balik.
Usul terakhir ialah memberi peluang pendidikan yang merata dan saksama
kepada komuniti pinggiran dan pedalaman dengan menerapkan komponen ilmu
lokal serta budaya komuniti dalam kurikulum pendidikan.
Sumber: SINAR HARIAN.
Saya faham ini hanya ringkasan sahaja. Saya terdiam seketika selepas membacanya kerana tidak nampak secara jelas dan explicit program Innovasi dan Creativity yang dipersembahkan oleh Professor Hasni dari Adni Centre for Education. Antara idea beliau ialah seperti dibawah ini.
Saya mengharapkan dalam dokumen rasmi nanti isu ini mendapat tempat yang sewajarnya.
Isu akhlak (character building) seperti tidak kedengaran. Saya juga tercari-cari kalau-kalau ada kenyataan mengenai hala tuju pendidikan berasaskan ILMU YANG BENAR. Rasa agak tersedih kerana paksi pemikiran yang popular seperti yang tertara dalam Resolusi tersebut masih belum mahu menyatakan nilai-nilai hakiki kewujudan manusia vis-a-vis Penciptanya.
Saya mendukung prinsip yang dipegang oleh Adni Education Centre:
ILMU DAN TAQWA MENJAMIN KEJAYAAN
Saya berpendapat kertas Prof Hasni memberi laluan alternatif jika apa yang disarankan tidak dapat diadopt dan diadept sepenuhnya dalam aliran perdana pendidikan. Beliau sudah membuktikan bahawa pelajar yang melalui sistem yang dipelopori olehnya bukan sahaja mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik tetapi mereka juga terdidik dengan nilai moral dan akhlak yang tinggi. Pastinya mereka akan menjadi warga yang mampu memimpin dan tidak bermasaalah dipimpin.
Dulu saya berkerja di Kementerian Pendidikan selama 20 tahun. Rasa terkilan juga melihat perkembangan pendidikan yang masih belum dapat menylesaikan masaalah masyarakat dan negara.
Integrated and Holistic Education System dan Quranic Generation Development program
yang dilaksana oleh Adni Education Centre saya yakin dapat menyumbang kepada usaha
memperkasa Sistem Pendidikan Nasional ke arah membentuk membangunkan negara
yang maju dan bermarwah.
Saya sendiri tidak dapat menyumbang dengan berkesan.
Hanya maghfirah dari Allah swt jua semoga terampun segala kekurangan dan kelemahan.
Namun saya masih berminat tentang pendidikan umat manusia di mana jua mereka berada. Semoga Allah mengampuni dan menyelamatkan umat yang bersungguh-sungguh ingin patuh padaNya.
....