Ulitan kasih anak kucing pada ibunya.
Dan ibunya memberi sentuhan kasih kembali pada anaknya.
Ini muqadimah cerita saya hari ini. Saya rasa terkesan bila menonton documentary National Geography mengenai kisah seorang banduan melepaskan diri dari penjara semata-mata kerana rasa amat terpanggil dan rasa amat rindu pada ibunya. Ibunya sedang terlantar sakit yang dijangka tidak dapat hidup lama.
Saya menonton sudah dipertengahan cerita di mana dia menyembunyikan alat wire dalam mulutnya untuk membuka gari ditangan dan kaki. Dia tahu dia akan dibawa ke tempat lain maka dia berazam untuk nekad melarikan diri apabila berpeluang nanti. Dia berbaik-baik dengan pegawai keselamatan penjara dan minta berhenti untuk buang air. Disitulah dia cabut lari tetapi disedari oleh pegawai keselamatan yang menjaganya. Namuni ia dapat "menghilangkan" diri tanpa dapat dikesan oleh anjing pengesan bau.
Saya tidak lihat dia sebagai banduan tetapi melihat bagaimana gigih seorang anak yang rindukan ibunya.
Ia akan berbuat apa sahaja demi ibu tersayang.
Dia berlari dalam belukar ketakutan, memanjat bukit, mengharung sungai dan mengharung berbagai kesusahan dan keperitan. Lapar dan dahaga seperti tidak dirasai.
Tetapi demi hasrat bertemu ibu yang tersayang, dia ambilsegala risiko tanpa berfikir panjang asal saja ia dapat mendakap ibunya buat kali terakhir.
Di pendekan cerita, dia sampai ke rumahnya dan bertanya pada kakaknya kesihatan ibunya. Kakanya amat khuatir untuk memberi tahu ibunya kerana takut terkejut dan akan membahaykan keadaanya. Banduan ini terus menjenguk ke tingkap untuk melihat dari luar dahulu sebelum masuk kerana takut ibunya terperanjat. Dalam pada itu pasukan polis mengejarnya dengan senjata terhunus dan menjerit supaya dia menyerah diri.
Sekali lagi anjing polis beserta menghidu di mana dia berada. Dia memanjat bumbung rumah dan anjing tidak dapat mengesannya.
Dia mengambil keputusan untuk tidak masuk dan berfikiran untuk menghalakan perhatian polis ke tempat lain supaya kemudiannya dia akan kembali pada ibunya.
Diakhir cerita banduan ini tertangkap kembali dan masuklah dia semula ke penjara.
Ibunya meninggal dunia 12 hari selepas dia tertangkap semula.
Saya sering rasa tersedih dengan cerita seperti ini yang melibatkan kasih ibu pada anak dan kasih anak pada ibu.Fakta cerita ini yang melibatkan seorang banduan saya kongsi di sini bukan kerana saya suka perbuatan salahnya, tetapi saya terkesan dengan kejituan hasratnya untuk mengucapkan selamat tinggal pada ibu yang dijangaka tidak berumur panjang. Pengorbanan diri demi ibu adalah sifat dan sikap yang saya ingin kongsikan. Dia mahu mengatakan ibunya adalah amat utama dalam hidupnya walaupun ia tergelincir dalam kehidupan yang lainnya.
Dalam usia saya hingga kini, telah banyak pengalaman saya tentang menjaga ibu,
merawat ibu dan peduli kebajikan ibu.
Alhamdulilah. Allah memberi saya peluang amat berharga dan semoga ibu redha dan Allah meredhai.
Bukankah kasih pada ibu (dan bapa) tidak bersyarat apa jua.
Semoga anak-anak yang masih ada ibu dan bapa akan berkorban apa sahaja untuk ibu dan bapa.
Saya tersedih hati bila melihat ada anak-anak yang tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya menjaga ibu bapa yang gering dan tidak berupaya. Ada yang saya lihat melepaskan tugas mengemas dan mengurus ibu terlantar pada pembantu rumah atau jururawat upahan. Mungkin anak-anak seperti ini berfikiran membelanjakan wang ringgit sudah mencukupi. Tetapi kalau tidak selalu berdampingan, siapakah yang akan membacakan ayat-ayat suci dan mengingatkan waktu solat untuk dilaksanakan. Tidak mungkin pembantu rumah peka dan prihatin seperti anak sendiri. Mengapa gamak dihati membiarkan ibu sering bersendirian dan berseorangan, sepi dari segalanya.
...

Anak-anak seperti ini ada yang berkedudukan selesa dalam masyarakat dan mampu segalanya.
Tetapi hati mereka gersang mengenai kasih ibu walaupun mereka sendiri itu ibu.
Mungkin tidak terlintas memikirkan bagaimana dirinya nanti dihari tua dan sakit tetapi tidak ada anak yang betul-betul peduli padanya.

Hidup seperti mulia, tetapi hatinya papa kedana.
Semoga Allah mengampuni dan meanugerah rahmatnya semoga mengerti Kasih pada Ibu dan Bapa itu tidak bersyarat, malahan mesti dihayati dalam keadaan apa jua.
...
No comments:
Post a Comment