"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, September 19, 2012

MERAI TEMAN



Apalah erti meraikan seorang teman. Saya berfikiran itu suatu yang besar ertinya. Ini gambar saya dan teman yang saya kenali dalam kelas pengajian tafsir alQuran oleh Ustaz Kariman di Kelana Jaya. Setiap minggu biasanya kami berkumpul melainkan ada keuzuran atau sebab-sebab lain yang tertentu. Jalinan silaturahim dan berkongsi pengalaman membawa banyak erti bagi diri saya. Teman saya ini mempunyai anak istimewa yang sekarang ini berumur empat puluhan. Kasihnya ibu membawa ke Syurga. Seorang anak lelakinya meninggal dunia kerana menghidap kanser dalam umur 37 tahun., (dalam ingatan saya). Allahyarham anaknya dapat mencatat pengalamannya menjalani ujian Allah. "Facing Death" pernah saya tuilis dalam entry saya sebelum ini. Sang ibu yang mana tidak rasa tersedih dihati. Alhamdulilah teman saya ini tabah. Namun berlenang air matanya bila bercerita dengan saya perihal ketabahan dan kesabaran anaknya menanggong sakit yang biasanya tidak mempunyai harapan lama. Kehendak dan ketentuan Allah tiada siapa dapat menduga. Pengalaman teman saya ini memberi sebuah kekuatan bagi diri saya sendiri. Alhamdulilah.

Maka suatu hari saya bercerita padanya cucu saya menghadapi masaalah membaca. Dalam umurnya 7 tahun ia masih belum dapat membaca dengan lancar. Maka ia bercerita bahawa seorang anaknya adalah pakar dalam mengajar kanak-kanak membaca. MasyaAllah. Allah memberi laluan mudah bagi saya mendapatkan pertolongan. Maka saya ke rumahnya dan mendapatkan buku yang di tulis. Jodolnya: " I - SINA: Kaedah Belajar Membaca Yang Efektif ". Penulisnya : Rahmalizah Ali. Buku ini diterbitka dalam tahun 2006 lagi. Kini saya ingin mencubanya.

Dalam keseronokan mendapatkan buku itu saya berlegar-legar agak lama di rumahnya 'Berhari Raya'. Ia punya rumah yang kemas teratur. Tidak seperti rumah saya yang sentiasa serabut dengan mainan cucu. (Mudah sahaja menyalahkan cucu.) Ia punya taman rumah yang cantik dengan bunga-bunga yang kembang segar. Maka saya rakam di bawah ini untuk menyatakan "terima kasih" saya kerana suka membantu saya. Alhamdulilah, semuanya dengan Rahmat Allah jua.

 



Teman saya ini hampir pertengahan tujuhpuluhan umurnya, tetapi masih cergas dan selalu melancung ke luar negara. Cerita-cerita di luar negara ada yang melucukan. Semoga saya juga dapat melancung sepertinya melihat dan menghayati kebesaran Allah yang maha Pencipta.


Semoga Allah mengampuni kami dan melimpahkan Rahmatnya yang tidak terhingga.

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails