"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 27, 2012

Mengapa Kamu Tidak Buat......







Maka Allah bertanya pada orang-orang yang beriman: Mengapa kamu tidak melakukan apa yang kamu katakan? Allah amat benci pada mereka yang tidak mengotakan apa yang dikatakan.

Surah As Saf, Ayat 3 dan 4.

61:2

O you who have believed, why do you say what you do not do?

61:3

Great is hatred in the sight of Allah that you say what you do not do.


Saya kagum dan menginsafi diri dengan usaha Pak Hasni, Pengasas Adni Education Centre, yang bukan hanya bercakap mengenai apa yang diyakini, tetapi ia melaksanakannya. MasyaAllah. Projek ADNI ISLAMIC SCHOOL adalah antaranya dan kini mula berkembang bukan sahaja di Malaysia tetapi disetengah-setengah negara Islam di luar sana, termasuk beberapa negara OIC. Di rantau ini ialah di Indonesia.

Dua minggu dulu Pak Hasni  telah mengendalikan program latihan yang di taja oleh  Yayasan Situwangi Indonesia untuk mengaplikasikannya di Situwangi Boarding School, Garut, Indonesia seperti yang telah saya sebut beberapa kali dalam entry blog saya sebelum ini. Kali ini saya hanya ingin mengongsikan kegigihan Pak Hasni dan Team Perlaksanaannya dalam usaha mahu memastikan Pendidikan yang berteraskan al Quran boleh menerajui kepimpinan Umat sejagat, dengan izin dan kehendak Allah jua. Semoga Allah tidak membenarkan dunia Islam terus meraba-raba mencari kepimpinan berwibawa yang disegani siapa jua.

Sering benar disalah fahami bila kita menyebut Pendidikan berasaskan al Quran kerana apa yang mereka lihat pada hari ini seolah-olah di situlah lahirnya bibit-bibit  manusia yang tidak rasional dan mebuat kerosakan di dunia ini. Maka pada pendapat saya kita  harus bela diri dengan berbuat sesuatu dengan niat luhur penuh keikhlasan kerana Allah. Semoga ADNI EDUCATIN CENTRE yang dipelopori oleh Pak Hasni menjadi ikutan mereka yang mahu menegakan Kebenaran. Pak Hasni bermula kecil-kecilan. Maka kami yang mendukung cita-cita yang sama sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa menunjuki jalan, memelihara keselamatan, dan menurunkan rezeki yang tidak terduga untuk memajukannya ke seluruh pelusuk dunia hingga wujud kekuatan Islam dengan Izin dan KehendakNya jua.

Gambar di bawah ini adalah antara yang saya rakam semasa latihan itu berjalan selama 3 hari.

 




Para peserta juga dibawa melawat tapak sekolah dan contoh pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
(Seeing is believing / Believing is seeing.)




Kelihatan Pak Hasni membawa peserta melihat Sekolah ADNI ISLAMIC SCHOOL 
di Sri Ukay, Ulu Kelang.

Ayuh sama-sama kita berdoa semoga sama-sama kita buktikan apa yang kita yakini dan kita katakan.
Laluan ini sulit dan sukar dan kita bertekad tidak mahu  berputus asa  dan
semoga Allah menurunkan pertolonganNya.

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails