"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, September 30, 2012

Bohong, kalau kata tak pernah mimpikan.......






Memang bohong kalau saya kata tak pernah mimpikan nak rumah besar, kereta besar, suami besar dan kaya besar. Itu pun sebenarnya angan-angan yang tercetus sejak sekolah menengah lagi. Maklumlah duduk di kampung di tepi hutan semasa kecil dan berpindah dekat ' Bandar Pontian" bila remmaja, tidak pernah menjejak kaki di Kota Raya. Pertama kali ke Kuala Lumpur pun semasa di tingkatan 5 dalam tahun 1964 bila mewakili negeri Johor dalam pertandingan Syarahan (pidato) Bulan Bahasa Kebangsaan. Ketika itu semuanya percuma ditanggung oleh kerajaan. Rasa seronok tak kira sebab tidak mampu untuk pergi dengan keluarga.( Ini sejarah perbadi kerana generasi kini tidak tahu apa itu Bulan Bahasa Kebangsaan dan dasar kerajaan yang berkaitan dengannya ).


Maka malam tadi saya dan keluarga mengunjungi rumah  adik suami yang meraikan sanak saudara dalam majlis kesyukuran kerana baru berpindah rumah di pinggiran kota.

MasyaAllah, besar dan cantik rumahnya. Tak termimpi kerana impian saya ketika kecil pun bukan rumah sebesar itu dan secantik itu.  Allah kurnia rezeki pada hambanya berbagai cara. Maka apabila telah mempelajari Islam lebih sedikit dan dalam umur senja ini impian saya sudah bertukar wajah dan bersyukur dengan apa yang seadanya. Itu fitrah dari yang maha Esa. Saya mendoakan semoga rumah ini akan dimunafaatkan sewajarnya.

Alhamdulilah. Ikatan kasih kekeluargaan sebelah suami saya amat rapat sekali. Legacy Bin Hassan kami cuba hayati semoga hingga peringkat anak cucu dan seterusnya perjuangan menegakan Islam akan terus berjalan hingga akhirnya. Adat hidup di dunia. Kegeseran rasa di hati pasti wujud dari masa ke masa dan atas sebab-sebab yang hanya tiap-tiap individu yang memahaminya. Sedangkan lidah lagi tergigit. Itu ungkapan seniman Tan Sri P. Ramli Tetapi kesabaran dan memahami erti apa itu pengorbanan telah membawa keluarga Bin Hassan keperingkat kini, mendapat kurnia yang maha Esa dan semoga Allah meredhai segalanya. Segala puji bagi Allah dan kesyukuran yang tidak terhingga.




Pada malam itu saya diberi peluang memberi sepatah dua kata kerana saya tertua dan mewakili yang mendatang dalam keluarga. Saya mengingatkan bahawa kekuatan keluarga akan wujud jika ada perjuangan yang sama. Silaturahim keluarga tiada munafaatnya jika hanya datang bersalam-salaman bertanyakan berita dan makan minum menjamu selera. Silaturahim harus menjalin hati-hati semua tidak kira apa kedudukan kita, Allah hanya lihat nowaitu dan usaha ikhlas ke arahNya. Kita akan hanya memahami erti pengabdian jika semuanya melalui proses pendidikan yang berteraskan  alQuran. Maka saya pun mempromosi Sekolah Islam Adni dan yang serupa dengannya. InsyaAllah anak cucu akan berjaya dan menjadi pemimpin yang berakhlak mulia.

Pendek sahaja hujah saya dan selepas memperrkenal diri dan urutan keluarga, kami pulang membawa kenangan hingga pertemuan Legacy Bin Hassan seterusnya.
Semoga Allah meredhai dan memimpin kami semua. Amin.

...

2 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum
Syukur, pastilah kita gembira melihat ahli keluarga kita hidup mewah dan bahagia. Dan ingat pula mereka, antaranya, akan pentingnya memanjangkan tali silaturrahim, khususnya sesama ahli keluarga besar. Semoga dari situ akan berlangsunglah pula pelbagai aktiviti lain yang merupakan pemenuhan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Insya-Allah. Matur nuwun.

ngasobahseliman said...

Waalaikummussalam.
Pak Temuk.
Sebenarnya cerita sikit pasal keluarga cuma untuk anak cucu akan datang.Tapi tulis macam nak beri tahu semua orang.
Saya bersyukur dapat tumpang rezki adik-adik ipar. Allahyarham Pak mertua saya murah hati orangnya dan anak-anak ikut contoh. Alhamdulilah. Ada juga masaalah. Adat hidup mesti ada masalah.Tapi berkat doa ibu bapak masaalah terselesai juga.Selesai satu timbul satu. Itulah kurnia ujian untuk meningkatkan murtabat di sisiNya. Alhamdulilah. Anugerah Allah dekat asalkan kita patuhi larangannya dan ikhlas melakukan suruhannya.Itu pesan orang tua-tua. Kini sendiri dah tua.Belum memenuhi semua janji dan tanggongjawab sebagai hamba. Semoga Allah menurunkan pertolongan dan mengampuni. Selitkanlah doa untuk saya dan keluarga dalam doa Pak Temuk. TQ.

Related Posts with Thumbnails