"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, September 3, 2012

MENGOSONGKAN MINDA


Bolehkah kita sebenarnya mengosongkan fikiran atau mengosongkan minda buat seketika. Kita mungkin lakukan waktu selepas solat, waktu bersendirian atau pada waktu semasa kita sudah tidak boleh berbuat sesuatu yang lain melainkan tidur.

Ini pendapat saya dan mungkin ia suatu hipotesis yang tidak boleh dinafikan atau di akui benar. Ini pengalaman saya. Saya pernah disarankan supaya mengosongkan minda buat seketika jika kita mahu memikirkan dengan serious sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Kita perlu berbuat demikian kerana manusia biasanya mempunya cita rasa dan niali-niali hidup yang tersendiri yang sudah terpaku kuat dalam ingatan. Ada juga manusia yang mindanya terisi penuh dengan prejudis atau prasangaka yang akan menolak segala bentuk pemikiran yang tidak pernah didengarinya.

Maka bagaimana kita mahu menghayati prinsip-prinsip hidup seperti:
(i)   Kita harus berlapang dada,
(ii)  Kita harus bersangka baik / khusnul dzan.
(iii) Jangan mudah prejudis,
(iv) Jangan bersikap "Thou art holier"
(v)  dll

Sering kali dalam hidup harian kita kita perlu berinteraksi dengan orang lain untuk apa jua kepentingan. Saya rasa kita harus yakin kita boleh merendah diri semasa kita mahu mendengari sesuatu dari seseorang. Kalau kita sentiasa rasa kita sememangnya lebih pandai, maka tidak perlulah kita berinteraksi dengan sesiapa pun. Ikutlah sahaja cita rasa sendiri dan mungkin ada orang yang akan kata: pergilah tinggal seorang diri di mana-mana pulau yang terpilih.

Isu prejudis adalah antara masaalah yang sering saya alami dalam kerjaya saya semasa saya bekerja dahulu. Sekarang pun masih saya alami tetapi saya mudah meredah isu prejudis kerana saya tidak lagi perlu rasa malu-alah dalam memperkatakan sesuatu. Pegangan saya mengenai prinsip 'yang benar tetap benar dan yang benar itu tidak pernah memihak pada mana-mana pihak' saya lakukan dengan mudah. Mungkin dalam proses itu saya menyinggung persaan seseorang tetapi lebih baik kita tersinggung di sini kerana di sini kita punya banyak ruang untuk membuat U turn jika perlu. Saya applikasikan prinsip itu pada diri sendiri. Biar kita malu di sini jangan sampai pada ketika tidak berguna lagi rasa malu pada manusia. Rasa malu mesti kena pada tempatnya. Kata pepatah: Malu bertanya sesat jalan.

Sikap "thou art holier"  pula adalah satu sikap yang selalu membuat kerja dakwah menjadi hambar.  Tiada siapa yang tidak pernah membuat kesilapan dan dengan kata lain, tiada siapa yang tidak berdosa.Kadang-kadang ada diantara kita yang rasa tidak pernah terjebak dalam kemunkaran. Maka ia tidak rasa ia perlu mengaku ia juga adalah manusia biasa yang boleh tergelincir dari landasan tanpa disedari.

Di sisi ingin saya bertanyakan :Pernah atau tidak kita mendengar seseorang berkata : Saya minta ampun dan maaf jika saya terkasar bahasa dan telah tersilap dalam berkata sesuatu. Saya juga mohon maaf jika ada kekurangan dalam persiapan saya dalam majlis ini.
Mengapa agaknya kita guna "jika saya". Mengapa tidak terus berkata : Maaf atas segala salah silap saya. Bukankah lebih tepat kita katakan terus kita ini manusia biasa dan selalu berbuat salah. Saya lebih selesa tidak menggunakan "jika Saya", kerana  dua perkataan ini  penuh dengan andaian bahawa kita rasa kita ok selalu.Bukan begitu?.......

Apa jua yang ingin kita perkatakan mengenai mengosongkan minda, seorang ustaz berkata: Kita semestinya mengosongkan minda kita buat seketika atau buat beberapa waktu jika kita mahu membuat perubahan mengenai pegangan hidup kita. Dalam minda kita, justeru hati kita, tidak boleh wujud dua prinsip yang sama kuat implikasinya. Contohnya : Bolehkah kita rasa sayang dan tidak sayang pada seseorang dalam masa yang sama. Pastinya tidak boleh. Jika ada yang mengatakan boleh maka saya rasa ruanglinkup 'sayang' atau 'tidak sayang' itu mempunyai definasi yang samar dalam salah satu ciri-ciri dua perkataan itu.

Maka saya berfahaman bahawa untuk memasukan hakikat Kebenaran Kewujudan  Allah itu dan apa jua yang berkaitan dengannya, kita tidak boleh ragu-ragu. Minda dan jiwa yang ikhlas hanya boleh berpegang pada Satu, iaitu benar atau tidak benar. Minda dan jiwa akan dengan sendirinya 'memberontak' jika terisi dengan dua perkara yang berlawanan.

Jadi bagaimana mahu mengosongakan minda dan mengosongakan hati untuk memberi laluan pada cahaya Nur Kebenaran?

Saya sendiri belum tahu sepenuhnya. Kita tanyakan panduan dari 'alim ulamak yang berilmu dan beramal soleh. Saya di sini hanya mahu berkongsi "fikir-fikir". WaAllahu'alam.


....

No comments:

Related Posts with Thumbnails