"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, January 31, 2013

Apabila Allah menghendaki...jangan kita menuding jari.





Apabila Allah izin dan Allah menghendaki maka akan terbina satu pencakar langit seindah KLCC yang ada di Malaysia ini. Dan terbinalah senjata-senjata peperangan yang canggih-canggih dan kapal-kapal angkasa dan berbagai lagi. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah jua dan tiada kepintaran melainkan kepintaran Allah jua. Dialah maha Pencipta sekian alam.

Begitulah sifat Allah yang maha Besar maha Berkuasa atas segala sesuatu. Semua ini diyakini oleh siapa jua yang hidup bertuhankan Allah yang maha Esa, maha Berkuasa. Pada yang lainnya mereka beranggapan itu hanya suatu lumrah kepintaran akal dan dan kekuatan tenaga manusia sahaja. Alangkah bebalnya sikap itu. Semoga Allah mengampuni.

Khusus di sini hari ini saya ingin berkongsikan maksud ayat Allah yang jarang-jarang hendak kita suarakan secara lantang akan maksudnya. Saya terpanggil untuk berkongsikan ini setelah mendengar kuliah seorang ustaz di kelas pengajian di akhir tahun lalu. Sama-sama kita lihat surah Al Israa' ayat 16.


A016
 Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padaNya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
(Al-Israa' 17:16) |
When We decide to destroy a population, We (first) send a definite order to those among them who are given the good things of this life and yet transgress; so that the word is proved true against them: then (it is) We destroy them utterly. 

Tafsiran mudah yang saya fahami ialah bahawa Allah memberi peluang pada golongan elite dalam sesebuah negara supaya tidak melampaui batas. Mereka diingatkan supaya mentaati Allah dalam segala urusan tetapi mereka engkar dan terus engkar dan tidak mensyukuri segala kemewahan yang telah Allah kurnia.

Golongan elite yang dimaksudkan ini ialah mereka yang Allah kurnia Ilmu pengetahuan dan kepakaran, Kekayaan harta dan kewangan dan mereka yang memegang kepimpinan kuasa poilitik dan pemerintahan negara. Jika golongan ini sudah melupai tanggong jawab dan tidak lagi menjelaskan amanah Allah, maka ini adalah tanda-tanda janji Allah akan terlaksana. Sesuatu negara itu akan Allah hancurkan sehancur-hancurnya.

Tetapi ramai kita yang ambil ringan ayat ini dan bertekad bahawa negara yang Allah maksudkan itu bukan negara kita. Itu negara orang lain. Mungkin negara yang sedang berperang sama ada dengan musuh dari luar atau musuh sesama sendiri. Negara kita tidak ada kezaliman begitu rupa hingga berlaku porak peranda dalam masyarakat atau berlaku  peperangan. 

Kata ustaz jika yang engkar dan pecah amanah itu orang yang biasa-biasa, maka kesan perbuatannya tidak memusnahkan hingga keperingakt yang membahayakan negara. Tetapi jika yang engkar dan pecah amanah itu pemimpin negara yang berkuasa memerintah segalanya, maka kesan perbuatannya itu akan pasti merosakkan, memusnahkan dan menjahanamkan rakyat dan negara. Orang biasa mencuri ayam, maka hanya penternak ayam yang terjejas. Jika pemimpin negara menyalahgunakan kuasa dan menyelewengkan kekayaan harta negara, maka besarlah padahnya. Rakyat jadi menderita dan papa kedana.

Maka nyatalah bahawa kezaliman dan penyalahguaan kuasa adalah suatu yang relatif sifatnya, dan relatif juga intensitinya.

Pada pendapat saya golongan yang dikira sebagai golongan elite adalah juga relatif struktur dan ciri-cirinya. Kalau kita menduduki jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi, jawatan peringkat manakah yang kita kategorikan sebagai elite? Oleh yang demikian saya mirip mengatakan bahawa setiap kita yang berpelajaran yang ditakrif "mencukupi" tidak boleh berlepas diri dan mengatakan "Aku bukan golongan elite". Begitu juga dari segi harta dan kekayaan dan dari segi pemegang kuasa. Allah maha mengetahui dan Allah maha melihat yang nyata dan yang tersembunyi. Jangan kita menzalimi orang dan menzalimi diri sendiri. Janji Allah itu benar. Mungkin sudah turun berbagai bentuk kehancuran tetapi kita masih mahu menidakan apa yang berlaku. Dalam bahasa Inggeris kita masih "in denial". Kita masih percaya kita okay. Kita melihat kehancuran jika ada peperangan sahaja. Bentuk kehancuran lain kita masih belum mahu menerima hakikat sebenar.

Ayat ini sudah memberi kita amaran. 

Percayalah dan berwaspadalah. Sama-sama kita berbuat sesuatu untuk mengelakan kehancuran. Mungkin kita juga termasuk dalam golongan yang Allah telah beri amaran. Kita golongan yang juga bertanggong jawab. Jangan kita menuding jari pada orang lain sahaja. Jangan kita terperangkap dalam "victim syndrome" dan kita jadi lemah dan kita cuba berlepas diri.

Semoga Allah mengampuni segala kesilapan, segala kelemahan dan kekurangan dan mengangkat kita ke dalam golongan yang bertaubat menginsafi diri dan mahu berbakti semata-mata kerana Allah jua.  

WaAllahua'lam.

....

4 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

Itulah kan, telah diberitakan oleh Allah SWT demikian. Sebenarnya pengurusan negara perlu dikendalikan oleh orang-orang yang ada pada diri mereka kekuatan daripada segi fizikal dan juga amanah.

Rakyat juga bertanggungjawab dalam memilih siapa yang layak menjadi pemimpin.

Makbonda61 said...

Assalam.

Seriaunya saya bila duduk dalam suasana pemimpin bercakap tanpa Allah sebagai sandarannya. Bala apa yang akan ditimpakan pada kita? Apalah erti kekayaan kalau jiwa sentiasa dalam ketakutan,dengan pencuri yang melata,penjualan anak,Pusat pemulihan akhlak yang semakin membangun dan seribu cerita jenayah lagi.



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bala yang melampau, kecelakaan, keputusan yang tidak baik dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku).(Riwayat Bukhari dan Muslim)

ngasobahseliman said...

Salam Werdah,
Betul apa kata Werdah. Pemimpin kita harus muhasabah diri dan amati ayat Allah ini. Kita pula, kita jalankan tanggongjawab kita dan doa semoga kewajipan mengudi di fikir dengan baik dan semoga Allah bukakan hati-hati supaya memilih calun yang beriman dan bertaqwa,

ngasobahseliman said...

Betul Simah. Saya pun khuatir selalu. Sama-sama kita doa. Tetapi saya tak hafal banyak doa dalam bahasa Arab. Nanti saya cuba ingat, sementara itu doa dalam bahasa kita.
TK kongsi fikiran.

Related Posts with Thumbnails