"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, January 4, 2013

Bawa pisang balik kampung......





Ada pepatah Inggeris yang berbunyi  - "bringing coal to Newcastle." Ia itu membawa arang batu ke Newcastle. Di Newcastle hasil bumi yang utama ialah arang batu. Maka apa perlunya kita bawa balik ke sana arang batu. Satu kerja yang sia-sia. Maka dalam bahasa Melayu saya terjemahkan menjadi "Bawa pisang balik kampung". Dalam bahasa Inggeris kita kata maksudnya sebagai: "to do something pointless and redundant."

Apa gunanya kita membawa sesuatu ke sesuatu tempat kalau tempat itu sememangnya sudah lumayan dengan apa yang dibawanya. Ini termasuk barangan atau idea atau apa jua. Dengan lain perkataan : Apa faedahnya kita berbuat sesuatu yang tidak membawa munafaat kepada sesiapa pun. Kalau pun berfaedah, ia bukan suatu yang amat diperlukan. Iaitu seperti "ada boleh, tak ada pun boleh". 

Saya teringatkan pepatah ini apabila ada teman-teman yang berkata pada saya kenapa saya sibuk mahu menubuhkan sebuah Tadika / Taska walhal sudah pun tertubuh banyak pusat-pusat seperti itu di tempat kita. Dari satu sudut memang benar kata-kata itu kerana kini sudah ada Tadika secara rasmi di peringkat sekolah-sekolah kerajaan persekutuan. Ibu-bapa tidak perlu membuat bayaran yang mahal. Di daerah kecil di seluruh negara pun sudah banyak  terutamanya yang ditubuhkan oleh KEMAS dan Jabatan Perpaduan. Selain itu telah banyak juga tertubuh "day-care centres" atau pusat penjagaan anak-anak. Dan di bandar-bandar besar juga banyak tertubuh "private pre school" yang membawa berbagai tema dan menawarkan berbagai keistimewaan.

"Sobah, kenapa Tadika/Taska? Buatlah yang lain, yang ada hasil pulangan yang lumayan." kata seorang teman.

Tercengang saya seketika mendengar pertanyaan itu. Apakah sesuatu yang kita buat harus ada pulangan yang lumayan serta merta. Saya senyum sahaja, kemudian berkata.

"Tak apa lah. My passion is education. So let me fill my remaining time with educating little children the right way and in a manner the best way I know how." 

Anak-anak dilahirkan putih bersih. Orang dewasalah yang mewarnakan anak-anak itu dan bukan sahaja ibu-bapa. "It takes the whole village to raise a child".






Bertitika tolak dari situ, maka saya dan beberapa orang teman sedang giat cuba menubuhkan sebuah Tadika / Taska yang kami anggap berlainan. Dia ada nilai tambah supaya tidak tergolong dalam  pepatah "bawa pisang balik kampung."

Kami tubuhkan sebuah Tadika/Taska di Johor dan kami beri nama "SMARTOP SUBUR FITRAH INTEGRATED PRE-SCHOOL (SUFI) TANGKAK, JOHOR". Dahulunya sekolah ini di beri nama Subur Fitrah dan telah beroperasi selama 12 tahun.  Oleh kerana bertembung dengan banyak persaingan, maka bilangan anak-anak yang mendaftar makin tahun makin berkurangan hinggalah lebih kurang belasan orang sahaja. Kami tidak mahu Tadika/Taska ini ditutup atau diserah pada pihak yang kami fikir tidak sesuai untuk mengendalikannya.

Kami bertekad "to make a difference" di daerah Ledang temapat kelahiran salah seorang dari teman saya. It is not just what we can do for ourselves but how can we make a difference to others.  Erti hidup lebih bermakna jika kita suka memberi.

Maka bagaimanakah  kita mahu membuat sesuatu perbezaan dalam suasana yang sudah sarat dengan pemikiran-pemikiran yang kurang sempurna jika dilihat dari aspek membangunan ummah berasaskan paradigma Tauhid.

Berbagai cara boleh dibuat tetapi teman-teman dan saya memilih laluan pendidikan, satu laluan asas dalam membina hati dan fikrah sesorang manusia. Kami teringatkan akan ayat alQuran:



A096 
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Al-A'raaf 7:96) |
If the people of the towns had but believed and feared Allah, We should indeed have opened out to them (All kinds of) blessings from heaven and earth; but they rejected (the truth), and We brought them to book for their misdeeds.
  

Maka kami pilih Iman dan taqwa untuk mendasari strategi membangunkan anak-anak di Daerah Tangkak yang sekarang diberi nama Daerah Ledang. Kami amat yakin hanya ILMU dan TAQWA sahaja yang boleh dan dapat melahairkan kejayaan yang sebenarnya yang Allah redhai.
Kami ada masa hanya hampir tiga bulan sahaja untuk menubuhkan sekolah ini dengan sumber kewangan yang amat terhad. Almaklumlah semua yang terlibat adalah golongan warga emas. Maka sumber kewangan kami adalah jauh dari mencukupi. Tambahan pula persekitaran sekeliling mengundang banyak pertanyaan tentang hasrat kami.

Kami hanya ada dua bulan lebih sahaja menjelang satu Januari 2013. Maka dengan tekad Allah maha pemurah dan maha kaya dan Allah akan memberi pertolongan  pada hamba-hambanya yang berusaha mendirikan kebenaran, kami ambil langkah-langkah berikut:
  • Kami memohon bantuan idea dari ADNI EDUCATION CENTRE dari kuala lumpur menerusi Professor Hasni Muhammad dan isterinya puan Zaiton. Mereka telah  menubuhkan Adni Islamic School dan telah banyak membantu banyak sekolah-sekolah lain membangun sepertinya. Maka kita tidak perlu me "Reinvent The Wheel" dan terus sahaja menggunakan module yang ada. Module itu dinamakan"Integrated and Holistic Education System" dan program yang diikuti ialah "Quranic Generetion Development Program".
  • Kemudian kami mengumpulkan tenaga adik beradik dan saudara mara yang agak berada dari segi kewanagn untuk membantu kami. Mereka menyokong sepenuh hati mengikut kemampuan masing-masing.
  • Sedikit-sedikit "harta" yang kami ada kami lepaskan untuk menambah dana.
  • Kami menghubungi pihak-pihak persendirian yang bolih memberi "soft-loan" untuk memulakan kerja.
  • Kami mendapatkan kerjasama Adni Islamic School untuk memasukan guru-guru Murobbiah) kami dalam program latihan mereka semasa cuti sekolah akhir tahun.
  • Dan lain-lain.....  
Usaha ini tidak semudah yang kami senaraikan kerana masa terlalu terhad dan sumber yang terkumpul juga amat terhad. Namun kami tidak berhenti berusaha dan berdoa semoga sekolah ini yang pertama sekali di negeri Johor akan menjadi kenyataan. 



A029 
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
(Faatir 35:29) |
Those who rehearse the Book of Allah, establish regular Prayer, and spend (in Charity) out of what We have provided for them, secretly and openly, hope for a commerce that will never fail.

Berpegangkan janji-janji Allah kami memberanikan diri untuk memulakan kerja mengikut kemampuan yang ada. Modal kami hanyalah usaha dan doa yang tidak putus-putus semoga Allah medengari dan menurunkan pertolongannya yang tidak disangka-sangka. Aameen.

Kami mulakan usaha dengan  mengadakan sessi penerangan konsep baru yang akan kami terapkan di Subur Fitrah. Dengan kerjasama Pentadbiran Masjid Jamik di Tangkak kami telah melancarkan penerangan umum akan idea baru yang kami bawa. Tadika ini akan menggunakan bahasa Inggeris seluasnya dan pendidikan alQuran akan kami lakukan secara sepadu.
Antara sessi perbincangan dengan Proffesor Hasni Di Tangkak.

Antara Perbincangan dengan Pengerusi Lebaga Pengelola yang kerap kami lakukan,
kadangkala ketika minum pagi di warung kopi seperi di bawah ini.

Yang berbaju merah ialah En Azman Md Top yang mempunyai "kepakaran serba bolih" mengendalikan masaalah pembanunan fisikal yang kami perlukan.

Yang berbaju biru ialah Puan Hajah Noertipah Md Top, pengasas Subur Fitrah 
yang kami beri wajah baru dan nafas baru. Amat terhutang budi padanya.

Usaha kami membangunkan semula Subur Fitrah dengan "wajah baru" dan kurikulum dan bahasa penghantar baru melibatkan kerja-kerja seperti berikiut:
  • Membina pagar untuk menentukan keselamatan sekolah terpelihara. Sebelum ini banyak berlaku kecurian ala-alat sekolah.
  • Menyenggara bangunan dengan membaikpulih kemudahan-kemudahan yang ada dan menyenggara perparitan sekeliling sekolah supaya persekitaran menjadi lebih ceria.
  • Mengecat banunan dengan warna baru melambangankan pentadbiran sekolah yang baru.
  • Mencari guru-guru yang sesuai yang dapat memahamai konsep "Murobbiah".
  • Membeli alat-alat dan kemudah pengajaran dan pembelajaran yang baru atau menambah yang sedia ada.
  • Mengaturkan bilik pejabat pentadbiran supaya pengurusan menjadi lebih berkesan.
  • Membeli alat-alat permainan kanak-kanak dan kemudahan untuk mengasuh bayi bagi Taska.
  • Memasang tikar getah yang baru hingga kami mampu menerap lantai yang lebih canggih.
  • Mencari sponsor untuk membeli alat-alat elektronik untuk pengurusant dan pembelajaran.
  • Menyediakan menu makanan anak-anak yang membina tubuh dan minda mereka.
  • Mendapatkan contoh kurikulum dan extra kurikulum dari Adni Islamic School untuk digunapakai mengikut persekitaran tempatan.
  • Merangaka jadual harian untuk anak-anak dan para murobbiah.
  • Mendapatkan buku-buku yang sesuai yang kami pinjam dari NGO HALUAN.
  • Lain-lain lagi.....


 

 Pemandangan bangunan Tadika / Taska SUFI, Tangkak Johor.


 



Dengan izin dan kehendak Allah jua dapatlah kami menyempurnakan sebahagian besar kerja-kerja menambah baik dan memulakan konsep IHES dan QGDP di Tadika/Taska kami yang baru ini. Pada 1 Januari 2013 alhamdulilah kami telah dapat melalukan "Soft-Opening" SmarTop Subur Fitrah Integrated Pre school Tangkak, Johor ini. Nama singkatnya ialah SUFI. Soft Opening telah dilakukan oleh seorang pakar "Early chiladhood Education" dari UKM, Bangi Selangor. Ia adalah Assosiate Professor Dr Rosadah.






Walau pun bilangan ibu-bapa yang hadir tidak seramai anak-anak yang mendaftar kerana hari itu hari bekerja bagi negeri Johor, tetapi mereka tekun mendengari apa yang disranankan oleh YBhg Datuk Safarudin selaku Pengerusi Lembaga Pengelola dan tetamu khas kita Dr Rosadah hingga keakhir program. Pakar Motivasi dari UTM Johor Bahru Dr Hamdan Abd. Kadir, yang menjadi ahli Lembaga, juga memberi taklimat ringkasnya berhubung dengan keistimewaan Tadika / Taska yang baru tertubuh ini.

Alhamdulilah hasil dari usaha yang di lakukan dan sokongan yang diberi oleh semua pihak terutamanya oleh Ustaz  Khairudin Salimin dari Pejabat Khadi, Tangkak,  bilangan yang mendatar hingga tarikh ini ialah 28 bagi Tadika, 26 bagi Taska dan 10 bagi 'Day- Care' yang kami uruskan. Kami tidak menjangka sama sekali bilangan ini dapat menyambut seruan kami kerana di Tangkak sudah banyak tertubuh Tadika dan Taska. Mungkin kerana mereka mahu perubahan yang kami cuba bawa dalam pendidikan kanak-kanak pra sekolah (IHES dan QGDP) yang telah mendorong mereka tampil kehadapan. Alhamdulilah penduduk Tangkak sudah mahu melihat alternatif dalam bidang pendidikan.

Hanya kesyukuran yang tidak terhingga yang kami panjatkan pada Ilahi kerana Tidak ada Kekuatan melainkan Kekuatan DariNya.


   Kami mulakan hari pertama pada 2 Januari 
 dengan sarapan pagi pada jam 8.00 untuk semua.

Teman saya dengan anak -anak yang sedang menunggu lainnya tiba di sekolah.
(pakaian seragam anak-anak sedang disiapkan)
Sebahagian dari Tiny Tots yang sedang cuba menyesuaikan diri.

Sebahagian ibu-bapa yang melihat sebentar telatah anak-anak pada hari pertama.

Alhamdulilah, kesyukuran yang tidak terhingga, 
saya dan teman senyum lega sebelum meninggalkan premis pada hari pertama.
(Hari ini dalam sejarah untuk kami warga emas)

Walaubagaimana pun banyak lagi tugas yang perlu difikirkan untuk tindakan selanjutnya, terutama cara mana kami harus mencari Dana membayar gaji guru dan staf am 
dan lain-lain keperluan asas.
 Yuran yang kami kenakan amat rendah sekali kerana tujuan utama bukan mencari keuntungan tetapi sebagai laluan mencari Redha Allah dalam umur yang lanjut ini.
 Kami mohon doa semua yang mengikuti cerita kami ini.
 Perjalanan kami ini masih jauh. Kami bercita-cita menubuhkan sekolah rendah pula sebagai kesinambungan pendidikan yang sepadu dan holistik 
yang berpandukan pada Quran dan Hadith. Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan dan
Semoga Allah meredhai. Aameen.

....  
    

4 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum Kak

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

Alhamdulillah, memang kak seorang yang berwawasan (dengan pertolonganNya), memanfaatkan masa/umur dengan sebaik-baiknya. Membaca kebanyakan N3 kak memberikan gambaran kepada saya betapa kesinambungan kerjaya kak diteruskan dengan sangat baik. Semoga usaha kak dalam memertabatkan pendidikan menyuburkan fitrah anak-anak diredhaiNya..Aamin.

Al-Manar said...

Two statements made me stop and leave comments " Kalau takut dipukul ombak jangan berumah ditepi pantai" and " Tak apa lah. My passion is education. So let me fill my remaining time with educating little children the right way and in a manner the best way I know how."

My house is indeed facing the sea, very stormy right now. Education for the under-privilaged is what matters to me now.

Selamat maju jaya

ngasobahseliman said...

Terima Kasih Werda. Selalu saja Kak dapat semangat yang lagi kuat dari catatan Werda. Doakan Kak sihat dan masih ada masa lagi untuk menghabiskan tugas ini sajauh dan sebaik mungkin. Salam.

ngasobahseliman said...

Thank you Al Manar. Indeed a pleasant surprise to have you drop-bye. I have looked thru' some entries of your blog and I found it refreshing even before this visit. Pak Temuk introduced it and it was worth the time.
Come and join us if you can spare sometime in between your busy schedule helping the under privileged. And that house by the see must have given you some inspiring ideas. May All grace us with the best in life and the hereafter. Salam.

Related Posts with Thumbnails